Kalau anda salah seorang pengguna Digi tegar yang telah menggunakannya bertahun-tahun lamanya, tentu berpengalaman menggunakan sistem mereka. Untuk orang lama juga, kami akan kongsikan cara login Digi OCS.
Macam-macam perkara boleh buat menggunakan portal ini seperti semak baki dan membayar bil. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk login semula, kerana ada sistem yang baru MyDigi. Izinkan kami berkongsi adakah wujud cara login Digi OCS untuk memudahkan anda semua.
Sebelum itu, apa itu Digi OCS?
Untuk makluman semua, ini ialah satu sistem yang hanya eksklusif pada pengguna Digi sahaja. Anda boleh menguruskan akaun Digi anda secara online dan akses pelbagai servis hanya dengan beberapa klik sahaja.
Apa lagi boleh buat dengan Digi OCS?
Sebenarnya, ada terlalu banyak.
Kami senaraikan beberapa sahaja iaitu:
- Semak status akaun
- Akses servis Digi
- Bayar bil Digi
- Reload atau topup akaun prepaid secara online
- Mudah
- Langgan e-billing
- Aktfikan tetapan atau setting tertentu
- Hantar SMS percuma
Bagaimana cara login Digi OCS?
Hasil semakan kami, bila Google kami masih lagi nampak url tersebut, iaitu digi.my/ocs. Namun apabila klik sahaja, ia akan membawakan kita ke laman web MyDigi yang baru.
Kenapa tak boleh login Digi OCS?
Seperti yang kami terangkan di atas, kami beranggapakan bahawa ia tidak lagi wujud kerana sistem baru MyDigi telah menggantikan sistem lama.
Sistem baru MyDigi ini lebih cantik dan mudah digunakan. Apa yang anda perlu buat cuma perlu dapatkan ConnectID.
Apa yang menarik dengan MyDigi app yang baru?
MyDigi ini memang tak sama langsung dengan Digi OCS. Nampak lebih segar antaramukanya.
Walau bagaimanapun, tak ada beza banyak dengan sistem atau MyDigi app lama, kecuali tentang ganjaran. Terdapat tiga lapisan keahlian untuk MyDigi Rewards yang baru iaitu:
- Yellow
- Gold
- Platinum
Berbanding dengan Digi OCS lama yang tidak ada apa-apa ganjaran, dengan MyDigi, setiap pengguna Digi akan bermula pada tingkat Yellow iaitu yang memungut sehingga 299 mata dalam tempoh tertentu. Gold pula memungut antara 300 hingga 1,499 manakala Platinum memiliki mata 1,500 dan keatas.
Setiap RM1 yang dibelanjakan keatas bil prabayar ataupun pascabayar, nombor telefon itu akan menerima 1 mata. Berada di tingkat tertentu membolehkan anda menikmati ganjaran eksklusif untuk tingkat tersebut.
Tawaran turut terbahagi dalam beberapa kategori seperti:
- F&B
- Shopping
- Travel
- Entertainment
- Wellness
- Cash Voucher
- Others
Lebih tinggi tahap anda, lebih banyak ganjaran dan rebat yang boleh ditebus. Fungsi ini tiada dalam Digi OCS.
Tidak perlu daftar apa-apa. Hanya perlu download MyDigi app dari Google Play Store untuk Android, atau Apple AppStore untuk iOS, dan masukkan nombor telefon anda. Tidaklah sesukar mana untuk daftar.
Sedikit selingan, jika anda menggunakan Celcom Xpax, boleh baca di sini untuk mengetahui cara topup Celcom pula.
Semoga bermanfaat.