Untuk login EPSA, layari laman web rasmi EPSA di https://www.epsa.gov.my, pilih bahasa pilihan (Bahasa Melayu atau English) dan klik butang ‘Log Masuk’. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan tekan butang ‘Log Masuk’ untuk mengakses sistem EPSA.
Jika terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ untuk reset password dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan. Anda akan menerima kata laluan baharu melalui e-mel yang didaftarkan. Akaun pengguna akan dikunci selama 6 minit jika gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanyak tiga kali berturut-turut.
Log Masuk EPSA
Apa Itu EPSA?
EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) adalah platform pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk kakitangan kerajaan di Malaysia. EPSA bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat dalam kalangan penjawat awam, termasuk guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Platform ini menyediakan pelbagai kursus dan modul untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjawat awam. Sehingga kini, EPSA mempunyai 425,605 pengguna berdaftar, 312 kursus, dan 34 agensi penyumbang bahan kursus. EPSA juga menawarkan kursus dalam pelbagai kategori seperti Audit, Bahasa, Etika dan Integriti, Hal Ehwal Islam, Kepimpinan, Pembangunan Kendiri, Pendidikan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Bagaimana Cara Login EPSA?
Untuk log masuk EPSA, layari https://www.epsa.gov.my, pilih bahasa, klik ‘Log Masuk’, masukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis dan kata laluan, kemudian tekan butang ‘Log Masuk’. Jika terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan ikuti arahan yang diberikan. Berikut ialah langkah-langkah untuk login EPSA:
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut.
Kenapa Tak Boleh Login EPSA?
Anda tidak dapat log masuk ke laman web ePSA (epsa.gov.my) kerana terdapat masalah teknikal pada pelayan laman tersebut. Ralat yang terpapar iaitu “cache/Unable to load the cache configuration file” menunjukkan bahawa sistem tidak dapat memuatkan fail konfigurasi cache yang diperlukan untuk menjalankan laman dengan betul. Ini biasanya berlaku apabila fail sistem tertentu hilang, rosak atau tidak dapat diakses oleh pelayan.
Masalah ini bukan disebabkan oleh kesilapan pengguna seperti salah kata laluan atau akaun tidak aktif, sebaliknya ia berpunca daripada ralat dalaman di pihak pengurusan laman ePSA. Oleh itu, anda tidak boleh log masuk buat masa ini walaupun maklumat yang dimasukkan adalah betul.
Satu-satunya penyelesaian adalah menunggu pihak pengurusan teknikal ePSA (di bawah INTAN) membaiki masalah ini. Jika anda perlu mengakses ePSA dengan segera, anda boleh menghubungi pihak ePSA melalui emel di [email protected] atau telefon pihak INTAN untuk melaporkan masalah tersebut dan mendapatkan maklumat lanjut.
Bagaimana Cara Daftar EPSA?
Untuk mendaftar EPSA, pengguna baharu perlu melayari laman web rasmi EPSA di https://www.epsa.gov.my dan klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web. Pengguna perlu menggunakan e-mel rasmi jabatan untuk pendaftaran. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, mereka perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
Proses pendaftaran melibatkan pengisian maklumat seperti Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis, nama penuh, dan e-mel rasmi. Setelah mengisi maklumat tersebut, pengguna perlu klik butang ‘Daftar’. Pengguna akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui e-mel yang didaftarkan. Pautan tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput. Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar EPSA:
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
- Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
- Masukk email rasmi
- Tekan butang Daftar pada papan kekunci
- Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
- Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
- Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan
Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, mereka perlu memuat turun Surat Pengesahan Majikan, mengisinya, dan mendapatkan tandatangan penyelia sebelum memuat naik semula dokumen tersebut ke sistem EPSA. Pendaftaran akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
Bagaimana Cara Reset Password EPSA Jika Lupa Kata Laluan?
Untuk reset password EPSA sekiranya pengguna terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ di laman login EPSA. Pengguna perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis yang didaftarkan. Sistem akan menghantar kata laluan sementara ke e-mel pengguna. Pengguna perlu mengikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan.
Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, mereka boleh menghubungi Bantuan EPSA di talian 03-2084 7689/7809/7729/7737 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 4.00 petang). Pengguna juga boleh menghubungi e-mel [email protected] untuk bantuan lanjut.
Bagaimana Cara Login EPSA Kali Pertama?
Bagi pengguna yang pertama kali log masuk, sistem akan memaparkan borang soal selidik yang mengandungi tiga skrin. Pengguna boleh memilih untuk melengkapkan borang ini atau menekan butang ‘Langkau’. Walau bagaimanapun, borang ini akan terus dipaparkan sehingga pengguna selesai menjawab semua soalan.
Adakah EPSA Menawarkan Kursus Online?
Ya, E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menawarkan pelbagai kursus dalam talian yang direka khas untuk penjawat awam di Malaysia. Kursus-kursus ini merangkumi pelbagai bidang seperti kepimpinan, teknologi maklumat, etika dan integriti, serta pembangunan kendiri. Penjawat awam boleh mendaftar dan mengikuti kursus-kursus ini secara percuma melalui portal EPSA. Kursus-kursus ini dikategorikan mengikut bidang seperti berikut:
- Kepimpinan – Termasuk kursus seperti Leadership and Organisational Management dan Creative Thinking and Problem Solving.
- Pengurusan Kewangan – Menawarkan kursus seperti Perakaunan dan Pengurusan Kewangan.
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) – Merangkumi kursus berkaitan Pengurusan Projek ICT dan Pengurusan Keselamatan ICT.
- Etika dan Integriti – Kursus seperti Integriti dan Akauntabiliti dan Nilai dan Etika disediakan dalam kategori ini.
- Bahasa – Menawarkan kursus seperti Mandarin Komunikasi Asas dan Pra Asas Bahasa Arab.
- Keselamatan: Kursus berkaitan Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control dan Occupational Safety and Health Management System.
- Pembangunan Kendiri – Termasuk kursus seperti Pengurusan Stress dan Pengurusan Masa
Untuk melihat senarai penuh kursus yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi EPSA di https://www.epsa.gov.my/course/. Kursus-kursus online disusun mengikut kategori yang akan memudahkan anda memilih kursus yang sesuai dengan keperluan dan minat.
Apa Itu EPSA SPLKPM?
EPSA SPLKPM merujuk kepada penggunaan platform EPSA oleh guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod dan mengurus latihan serta kursus yang diikuti. SPLKPM (Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah sistem yang digunakan untuk merekod penyertaan guru-guru dalam kursus dan latihan. Melalui EPSA, guru-guru boleh mengikuti pelbagai kursus dalam talian dan merekod penyertaan mereka dalam SPLKPM untuk tujuan penilaian dan pembangunan profesional yang berterusan.
Apa Itu EPSA PDRM?
EPSA PDRM adalah platform E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Platform ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota PDRM melalui pembelajaran dalam talian. Untuk log masuk, anggota PDRM perlu melayari laman web rasmi EPSA di https://www.epsa.gov.my, memilih bahasa pilihan, dan klik ‘Log Masuk’. Mereka perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Jika terlupa kata laluan, anggota PDRM boleh klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan mengikuti arahan yang diberikan. Segala urusan berkaitan EPSA seperti menetapkan semula kata laluan, kelulusan modul, dan pendaftaran kursus perlu dihantar kepada pegawai latihan di Jabatan/Kontinjen/Formasi masing-masing.
Apa Itu EPSA Malaysia Madani?
EPSA Malaysia Madani adalah modul latihan yang dibangunkan oleh EPSA untuk menyebarluaskan kefahaman mengenai konsep Malaysia Madani dalam kalangan penjawat awam. Modul ini bertujuan untuk membantu peserta memahami dan menerapkan prinsip-prinsip Malaysia Madani dalam tugas harian mereka. Konsep Malaysia Madani diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 19 Januari 2023, dengan tujuan memupuk nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan dalam pentadbiran negara.
Apa Itu EPSA Celik Digital?
EPSA Celik Digital adalah kursus dalam talian yang ditawarkan melalui platform EPSA untuk meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan penjawat awam. Kursus ini selaras dengan sasaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) untuk mencapai 100% celik digital dalam perkhidmatan awam menjelang 2025. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari kemahiran asas seperti penggunaan komputer, internet, dan teknologi digital lain yang relevan dengan tugas harian mereka.
Bagaimana Cara Daftar Kursus di EPSA?
Untuk mendaftar kursus di EPSA, pengguna perlu log masuk ke portal EPSA dan melayari Katalog Kursus. Pengguna boleh memilih kursus yang diinginkan mengikut kategori seperti Audit, Bahasa, Etika dan Integriti, Hal Ehwal Islam, Kepimpinan, Pembangunan Kendiri, Pendidikan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Setiap kursus hanya boleh didaftarkan sekali sahaja.
Sebagai contoh, kursus seperti Nilai dan Etika, Pengurusan Kenderaan, dan Creative Thinking and Problem Solving adalah antara kursus popular yang ditawarkan. Pengguna perlu memastikan mereka memenuhi syarat pendaftaran kursus sebelum mendaftar.
Bagaimana Untuk Mencetak Sijil Tamat Kursus?
Untuk mencetak sijil tamat kursus, pengguna perlu log masuk ke portal EPSA dan klik pada menu ‘Sijil’. Sistem akan memaparkan senarai kursus yang telah tamat. Pengguna perlu klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.
Syarat untuk mendapatkan sijil tamat kursus adalah pengguna perlu memastikan semua topik dan sub-topik dalam kursus tersebut telah selesai. Selain itu, pengguna juga perlu memenuhi tempoh minimum pembelajaran yang ditetapkan untuk setiap kursus. Sebagai contoh, jika tempoh minimum pembelajaran untuk kursus tertentu adalah 1 jam, pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.