What's Hot

    Jika anda ingin melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda harus membuat temujanji terlebih dahulu di mytemujanji.jpn.gov.my sebelum pergi ke pejabat JPN. Ini adalah kerana bagi mengelakkan kesesakan di kaunter memandangkan Malaysia masih lagi dalam wabak pandemik.

    Izinkan kami berkongsi.

    1. Cara buat appointment di mytemujanji.jpn.gov.my

    Berikut adalah cara-cara untuk membuat temujanji:

    1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
    2. Pilih MULA TEMPAHAN.
    3. Sila baca Terma dan  Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu Jpn.
    4. Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
    5. Tekan Seterusnya.
    6. Pilih Negeri pilihan anda.
    7. Pilih Pejabat JPN.
    8. Pilih Perkhidmatan yang anda inginkan.
    9. Tekan SETERUSNYA.
    10. Anda dikehendaki untuk memilih tarikh untuk temujanji. Tarikh berwarna merah menandakan sudah penuh, sila pilih tarikh berwarna hitam.
    11. Tekan Semak.
    12. Sila pilih Masa untuk temujanji anda.
    13. Tekan SETERUSNYA.
    14. Masukkan Maklumat Anda yang diperlukan iaitu:
      • Nama
      • No Pengenalan Diri
      • Telefon
      • Email
    15. Tekan HANTAR.
    16. Slip Tempahan akan dipaparkan. Sila mencetak/memuatnaik/screenshot untuk dibawa ke pejabat JPN semasa temujanji anda nanti.

    PERHATIAN

    1. Tiada emel pengesahan akan dihantar oleh sistem.
    2. Semakan tempahan boleh dibuat di laman utama Sistem MyJanjitemu.
    3. Sebarang pertanyaan atau pembatalan temujanji, sila hubungi [email protected].

    Selesai.

     

    2. Cara semak atau batalkan temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

    Setelah anda membuat temujanji, anda juga boleh menyemak temujanji anda. Berikut adalah cara-caranya:

    1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
    2. Pilih SEMAK/BATAL PERMOHONAN.
    3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
      1. No Pengenalan
      2. No Telefon
      3. Emel
    4. Tekan Semak/Batal Permohonan.
    5. Waktu temujanji anda akan dipaparkan.
    6. Anda boleh semak semula dan muat turun Slip Tempahan temujanji anda.
    7. Jika anda ingin membatalkan temujanji anda, tekan batal.

    Jika anda ingin menukar tarikh temujanji anda, anda perlu membatalkan temujanji anda dan memohon semula tarikh yang baru.

     

    3. Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN

    Berikut ialah khidmat yang ditawarkan JPN:

    1. Daftar kelahiran anak.
    2. Mohon Kad Pengenalan.
    3. Mohon anak angkat.
    4. Mohon kahwin bukan Islam.
    5. Mohon cerai bukan Islam.
    6. Daftar kematian ahli keluarga.
    7. Mohon warganegara Malaysia.

     

    4. Senarai cawangan JPN yang tidak beroperasi

    Sebelum memohon tarikh temujanji, pastikan cawangan JPN yang anda ingin pergi masih beroperasi. Berikut adalah cawangan JPN yang tidak beroperasi:

    1. JPN Cawangan PKD Johor (Kulai)
    2. JPN Pulau Tioman (pejabat JIM)
    3. JPN Cawangan Pelabuhan Klang
    4. JPN Seri Kembangan
    5. JPN Taman Melawati
    6. JPN Bandar Baru Kerteh
    7. JPN Cawangan PKD Terengganu (Al-Muktafi Billah Shah)
    8. JPN Seputeh
    9. JPN Taman Maluri
    10. JPN Cawangan Hospital Pakar Likas

     

    Akhir kata

    Sila pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat yang diberikan. Semoga perkongsian ini akan memudahkan urusan anda di JPN.

    Bagi anda yang sudah buat permohonan MyKad dan ingin menyemak samada  status kad sudah diambil atau tidak, anda boleh ketahui cara semak status kad pengenalan anda di oskp.jpn.gov.my.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    45 Comments

    1. Sy pon sama..pilih tarikh tp still x dpt nak masuk..sy try pilih dekat cwgn lain,pon masih sama jgk..x dpt nak masuk kt bhgian tarikh tu..bila tekan ‘seterusnya’ dia akn pergi semula ke ‘pilih tarikh’.

      • Azman Bin Bakar on

        Hai sir..saya bernama azman bakar..saya nak buat temu janji dengan sirr,saya nak buat tukar mykad saya sebab mykad saya cip mykad saya bermasaalah..bila saya dapat buat temujanji dengan sirr

    2. AUDREY ELFIRA on

      Nak tanya mcm mana sy nak batal tarikh perkahwinan kat janjitemu jpn bila ada tersalah isi atau nak tarikh tukar awal sikit ? Boleh tak kita tukar tarikh lain bila kita ubah fikiran sbb nak tarikh yg betul kitaorg sama2 ada hari cuti..sebelum kita nak dtg ofis nk kene call dulu ? Kitaorg serba tak tau..apa2 bagitau info yer

    3. Saya menggunakan telefon yang sama dan memilih tarikh yg bertanda hitam kemudian tekan semak dan telah memilih slot tetapi semuanya penuh bertanda merah ? Saya cuba pakai telefon daripada kawan untuk membuat temujanji kenape masih sama . Saya memilih warna hitam hanya slot saja penuh bertanda merah , saya tak berapa nak faham ? Jika saya menekan seterusnya dia akan kembali ke pilih tarikh . Boleh saya tahu macam mana nak buat secara online kalau saya ikut satu² macam mana web nak tapi tak boleh . Saya harap boleh bagi tindak balas yg secepat mungkin . Terima kasih

    4. Hendak buat permohonan kad pengenalan untuk anak. Tapi semua slot bertanda merah and penuh sehingga bulan 12. Kita dihendaki membuat permohonan sebelum 30 hari dari tarikh harijadi. Harap ada penjelasan.

    5. SAIPOL NIZAM BIN BAHARUM on

      Untuk makluman pihak tuan bagaimana cara saya nak menepah temujanji..dah berkali saya masuk x boleh,harap tuan dapat membantu. Saya memohon untuk temujanji di Pej Pendaftaran Jawi ,SPS Pulau Pinang..Memohon kad pengenalan anak 12 tahun..Harap pihak tuan dapat membantu..
      012-4671205
      SAIPOL NIZAM BIN BAHARUM

    6. Muhainih binti Amat on

      Saya sangat² memerlukan temu janji membuat surat beranak anak saya..saya ibunya
      Muhainih binti Amat..Nama suami ku Rabinin bin Johar..

    7. SUHANA BINTI BUJANG on

      Kenapa ssh sgt nk dpt date
      .dah ade yg kosong x blh plak msk…call sume line dah ttp..knape..call pon blh kena covid jgk ke…Cuba bt atur keja jgn smpi menyusahkan sume org…stress btl

    8. Nak tanya kalau mahu buat pengesahan sah sijil lahir dan mykad (CTC), boleh terus pergi counter atau nak buat temujanji di web dulu ?

    9. Saya dah 3 hari masuk web my temu janji , tapi still tak lepas . Ada tarikh yg tak full tapi sistem buat hal tak dpt tembus . Macam mana ni ?

    10. yam, 18 Spt 2021 on

      KES KEHILANGAN KAD PENGENALAN, mula proses temujanji ”online” , mengikut syarat2 yang dinyatakan, sehingga tahap pilih tarikh (hitam) dan SETERUSNYA, tapi tidak berjaya untuk seterusnya, ulang semula perkara yang sama terjadi kenapa dan apa yang silap. Malangnya, masa dan hari berikutnya untuk cuba buat semula tarikh berkenaan dah menjadi merah, masalah sungguh dah la kita orang “veteren”.

    11. Kamal Hisham Jaafar on

      Saya perlu buat pindaan alamat di kad Pengenalan, sudah banyak kali saya cuba minta untuk temujanji di.JPN Kangar TETAPI HAMPA, mohon jasa baik temujanji pada 29 Sept atau 30 Oct. Khairul Bariyah Abd Rashid 0192100105

    12. Sampai Tangan patah tekan banyak Kali.. Try many cawangan Dan tarikh semua penuh …pls help needs to apply kid IC 12years old who birthday on 26/08..until now can’t apply appointment …

    13. haryati bt mat rashid on

      memang tkde cara lain ke?takkan semua date penuh la.saya urgent ni ic n my kid anak hilang.susah la camni.takkan cal pun x boleh

    14. Jesslyn Dickson on

      Laman web blocked.tak boleh pakai..puas sy cuba next day dan next day..masih sama.sy nk buat appt please..

    15. Mahadi Bin Misuari on

      Saya mahadi bin misuari 770429126089, pemuda UMNO bahagian pinamapng kk sabah, saya merayu kerajaan keluarga malaysia jabatan JPN, ,untuk memohon may kad untu penama tersebut
      1. Raman bin roslan,. Sijil lahir orang asing
      2, abdu Rahim bin roslan, sijil lahir dan may warga negara Malaysia
      3, nor putri binti Roslan sijil lahir dan kad hilang, 4,. Abdu syam bin roslan ,. Sijil lahir orang asing,. Saya merayu kepada JPN mempercepatkan,. Kernah jpn d sabah keturunan sultan sulu original sabahan decument dpolitikan sejak tahun 1970,.sehingga hari ini kaum tersebut. Sebagai contoh ibu bapa warga negara, tapi anak berada d pusat tahanan PTS, atau. D pulau pilipina, tugang tabalik, saya mohon dari pihak tuan menyampaikan ke pejabat perdana menteri. Masala kaum kami keturunan sulu oreginal borneo sabah,
      D bandingkan kaum kadazan dusun asal pelarian dari negara vatnam,.
      Budi baik tuan amat saya hargai jutaan terimah kasih

    16. Please advise how to apply for a re-print of my birth certificate from Japan.
      Now live and work in Japan.
      Passport expired in 2021, need birth certificate to renew passport.
      Thank you!

    Leave A Reply