What's Hot

    Adakah anda masih tidak tahu di mana nak buat pinjaman untuk melabur? Jika ya. Kami cadangkan anda cuba pinjaman ASB Bank Muamalat. Untuk setiap tahun, pemegang sijil ASB akan menerima pulangan atau kadar dividen bergantung kepada keuntungan yang telah dikira.

    Walaupun anda meminjam, anda masih mendapat faedah. Menarik bukan?

    Sebelum itu, langkau artikel ini jika anda lebih berminat untuk mohon pinjaman peribadi Bank Muamalat, CIMB, Maybank atau RHB Bank. Tetapi, sekiranya anda ingin tahu lebih jelas mengenai pinjaman ASB Bank Muamalat ini. Anda telah berada di tempat yang betul. Ikuti penulisan ini untuk maklumat lanjut.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman ASB Bank Muamalat

    Berikut merupakan jenis pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Bank Muamalat.

    Pembiayaan Berjangka-i ASB (Standard)

    Pinjaman ini adalah pembiayaan pelaburan patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman pelaburan berjumlah RM10,000 sehingga RM200,000.

    Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah bermula dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun atau ketika mencapai umur persaraan.  Seterusnya, pinjaman ini mempunyai margin kewangan yang diberikan sehingga 100% dan mampu mencecah 105% termasuk GCTT dengan kadar keuntungan 3.56% setahun.

    Tambahan lagi, antara faedah yang akan anda perolehi melalui pembiayaan pelaburan ini adalah kadar yang kompetitif, ada perlindungan Takaful dan penyelesaian pembiayaan terjamin yang disesuaikan untuk pelaburan dalam ASB.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Berjangka-i ASB (Standard) ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar keuntungan 3.56% setahun
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 35 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000
    Margin kewangan 100% hingga 105%
    Kelayakan
    • Warganegara Malaysia
    • Individu berumur antara 18 tahun sehingga 70 tahun
    Kategori pinjaman Pembiayaan islamik

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Berstatus bumiputera Malaysia.
    • Individu berumur antara 18 tahun sehingga 70 tahun.
    • Mempunyai pendapatan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan My Tentera (jika berkaitan).
    • Salinan penyata terperinci pelaburan tunai ASB.
    • Surat pengesahan pekerjaan (ECL) atau HRMIS dicetak di cawangan.
    • Slip gaji 1 bulan terkini.
    • Penyata pencen 1 bulan terkini (jika berkaitan).
    • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 1 bulan terkini (jika berkaitan).
    • Penyata KWSP 6 bulan terkini (pilihan).
    • E-filing borang BE terkini (pilihan).
    • Cukai pendapatan terkini (jika berkaitan).
    • Akaun penyata CASA 6 bulan terkini (jika berkaitan).
    • Akaun penyata Tabung Haji 6 bulan terkini (dokumen sokongan). (Pilihan)
    • Penyata mini ASNB terkini (dokumen sokongan). (Pilihan)
    • Sebarang bukti nilai bersih.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Berjangka-i ASB (Standard)?

    Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB ini secara konsisten. Sila rujuk jadual 1 atau jadual 2 yang ada di laman web rasmi mereka sebagai panduan.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB Bank Muamalat ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ASB Bank Muamalat ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran anda.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Muamalat di sini muamalat.com.my.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman ASB Bank Muamalat yang dapat kami sediakan untuk anda. Diharapkan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan pencerahan dan persediaan awal sebelum anda mengemukakan sebarang permohonan.

    Apa-apa pun sebelum buat pinjaman, kena pastikan dahulu anda layak dan dokumen anda lengkap. Barulah proses permohonan pinjaman anda jadi lebih mudah.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply