What's Hot

    Kalau lupa password untuk log masuk Bank Muamalat, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Bank Muamalat.

    Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Bank Muamalat anda secara online.

    Reset Kata Laluan Bank Muamalat Online

    Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Bank Muamalat melalui Perbankan Internet Bank Muamalat:

    1. Pergi ke laman web rasmi Bank Muamalat di sini: https://www.i-muamalat.com.my
    2. Halaman utama i-Muamalat akan terpapar
    3. Klik ‘Reset Password’
    4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Bank Muamalat ini
    5. Masukkan maklumat yang dikehendaki iaitu: Debit / Credit Card Number, Identity Type, Identity Number, Username, New Password dan Confirm New Password
    6. Klik butang Submit
    7. Ikuti arahan selanjutnya (jika ada) dan pastikan proses penetapan semula kata laluan ini siap sepenuhnya
    8. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Bank Muamalat
    9. Selesai

    Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bank Muamalat

     

    Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Bank Muamalat?

    Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Bank Muamalat.

    Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Bank Muamalat untuk minta bantuan:

    1. Hubungi pihak Bank Muamalat di talian 03-2600 5500
    2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
    3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
    4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Bank Muamalat
    5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
    6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
    7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
    8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
    9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
    10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
    11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
    12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
    13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
    14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
    15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
    16. Selesai

     

    Lepas Berjaya Reset, Login Bank Muamalat Semula

    Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Bank Muamalat anda melalui https://www.i-muamalat.com.my.

    Pastikan anda log masuk Bank Muamalat untuk pastikan masalah ini telah selesai.

    Berikut ialah cara untuk login Bank Muamalat sekali lagi:

    1. Sila layari Internet Banking Bank Muamalat di sini: https://www.i-muamalat.com.my
    2. Muka hadapan i-Muamalat akan terpapar
    3. Sila login i-muamalat.com.my macam biasa
    4. Isikan Username
    5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Next
    6. Sila sahkan Chosen Image
    7. Isikan Password
    8. Klik butang Login
    9. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem i-Muamalat
    10. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui i-Muamalat
    11. Selesai

     

    Kenapa Perlu Reset Semula?

    Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Bank Muamalat:

    1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Bank Muamalat
    2. Anda tidak pernah login Bank Muamalat beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
    3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Bank Muamalat
    4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

    Anda perlu faham bahawa pihak Bank Muamalat sangat mementingkan keselamatan pengguna.

    Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Bank Muamalat tetap selamat.

     

    Jangan Salah Reset!

    Menetapkan semula kata laluan Bank Muamalat itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

    Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

    1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
    2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Bank Muamalat ini mudah difahami.

    Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Bank Muamalat dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

    Pihak Bank Muamalat tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

    Sila hubungi Bank Muamalat sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

    Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply