Kalau lupa password untuk log masuk BSN, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan BSN.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password BSN anda secara online.
Reset Kata Laluan BSN Online
Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan BSN melalui Perbankan Internet BSN:
- Pergi ke laman web rasmi BSN di sini: https://mybsn.com.my
- Halaman utama MyBSN akan terpapar
- Klik ‘Forgot password’
- Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun BSN ini
- Pastikan anda bersedia dengan maklumat berikut: Debit / Credit Card Number, Debit / Credit Card PIN dan juga Registered Mobile Number
- Masukkan maklumat yang dikehendaki seperti berikut: Username, Debit / Credit Card Number, CVV2, Expire Date, New IC Number (ataupun dokument lain seperti Old IC, Passport Number mahupun Military No).
- Klik butang Submit
- Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap sepenuhnya
- Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet BSN
- Selesai
- Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card, PIN, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan BSN
Dah Try, Tapi Gagal Reset Password BSN?
Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja BSN.
Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan BSN untuk minta bantuan:
- Hubungi pihak BSN di talian 1-300 88 1900
- Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
- Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Bank Simpanan Nasional
- Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
- Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
- Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
- Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
- Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
- Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
- Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
- Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
- Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
- Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
- Selesai
Lepas Berjaya Reset, Login BSN Semula
Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan BSN anda melalui https://www.mybsn.com.my .
Pastikan anda log masuk BSN untuk pastikan masalah ini telah selesai.
Berikut ialah cara untuk login BSN sekali lagi:
- Sila layari Internet Banking BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
- Muka hadapan MyBSN akan terpapar
- Sila login mybsn.com.my macam biasa
- Isikan Username
- Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
- Sila sahkan Online Image seperti yang terpapar
- Isikan Password
- Klik butang Login
- Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem MyBSN
- Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui MyBSN
- Selesai
Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan BSN?
Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password BSN:
- Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh BSN
- Anda tidak pernah login BSN beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
- Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun BSN
- Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank
Anda perlu faham bahawa pihak BSN sangat mementingkan keselamatan pengguna.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun BSN tetap selamat.
Jangan Salah Reset!
Menetapkan semula kata laluan BSN itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.
Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.
- Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
- Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan BSN ini mudah difahami.
Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari BSN dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!
Pihak BSN tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.
Sila hubungi BSN sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.
Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?
Semoga bermanfaat.