Adakah anda sampai ke sini sebab nak cari cara nak semak baki kad kredit Standard Chartered Bank anda? Iyalah, shopping sana-sini. Sikit-sikit Shopee. Sikit-sikit terkena racun TikTok Shop. Takut juga terlebih belanja guna credit card Standard Chartered Bank kan?

Jangan bimbang, jom kita check sama-sama.

Cara semak baki kad kredit Standard Chartered Bank
online

Nak pantau berapa banyak sudah guna kad kredit Standard Chartered Bank, memang tak lah.

Lagipun, kadang-kadang bila guna kad kredit, dia tak terus masuk dalam latest transaction.

Terpaksa tunggu beberapa hari.

Tahu-tahu, dah banyak baki terkumpul.

Jadi, untuk elakkan hutang menimbun, ada baiknya selalu check balance credit card Standard Chartered Bank anda.

Guna online banking sahaja.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Sila layari online banking Standard Chartered Malaysia di sini: https://sc.com/my/
  2. Halaman utama Standard Chartered akan terpapar
  3. Log masuk sc.com/my/ seperti biasa
  4. Tekan butang Login > INTERNET BANKING LOGIN
  5. Untuk makluman, anda juga boleh gunakan direct link https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
  6. Masukkan Username
  7. Sila sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
  8. Masukkan Password
  9. Tekan butang LOGIN
  10. Sila sahkan sesi cubaan login anda melalui mobile app Standard Chartered (jika ada)
  11. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem SCB Malaysia
  12. Klik Dashboard > Credit Cards > Card Summary
  13. Klik Card Details
  14. Klik kad kredit anda, contohnya JustOne Platinum Mastercard Credit Card atau Platinum Mastercard® Basic Rewards Credit Card
  15. Pastikan nombor kad kredit tersebut adalah betul
  16. Lihat outstanding balance seperti yang terpapar
  17. Buat bayaran minimum jika perlu
  18. Sila screenshot untuk rujukan dan simpanan
  19. Selesai

 

Kalau nak check balance credit card Standard Chartered Bank melalui Customer Service, boleh tak?

Boleh.

Kebiasaannya, ada dua pilihan.

Satu, bercakap dengan robot. Tekan-tekan nombor, ikut arahan, terus dapat baki.

Kedua, bercakap dengan customer service terus.

Cuma ini kena tunggu lama sedikit.

Biasalah, talian sibuk.

Ramai orang yang berhutang kad kredit macam anda nak tau macam mana nak kasi settle.

Gurau!

Alahai, janganlah ambil hati.

Apa pun, boleh cuba follow panduan di bawah:

  1. Buat panggilan ke Standard Chartered Bank di talian 1300 888 888
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Tekan lagi nombor ikut arahan seperti yang dinyatakan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Kad Kredit Standard Chartered Bank
  6. Teruskan mengikut arahan daripada layanan automatik untuk mendengar baki kad kredit anda
  7. Jika anda selesa untuk bercakap dengan manusia, pilih untuk bercakap dengan khidmat pelanggan
  8. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  9. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  10. Beritahu khidmat pelanggan, anda nak semak baki kad kredit
  11. Berikan nombor kad kredit anda, VISA atau MASTERCARD Standard Chartered Bank anda
  12. Kalau tak ingat nombor kad kredit, berikan nombor IC
  13. Jika perlu, pegawai di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
  14. Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  15. Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu
  16. Baki kad kredit anda akan diberitahu
  17. Tanya pegawai jika anda ada apa-apa soalan berkaitan pembayaran baki kad kredit yang tertunggak
  18. Rekodkan dan simpan semua maklumat penting yang diberikan
  19. Jika baki kad kredit masih banyak, mungkin boleh cuba buat balance transfer
  20. Jika baki tidak banyak dan masih mampu bayar, buat pembayaran kad kredit
  21. Selesai

 

Kalau pergi branch Standard Chartered Bank
untuk semak baki kad kredit, boleh ke?

Boleh memang boleh.

Tapi jarang-jarang orang buat.

Tapi kalau anda jenis veteran yang tak biasa guna Perbankan Internet, boleh sahaja datang ke cawangan.

Ini panduan yang ringkas untuk anda:

  1. Sila pergi ke branch SCB yang berkekatan
  2. Pastikan bawa credit card dan IC untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Pastikan anda ingat nombor akaun pinjaman peribadi SCB anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Duduk di tempat yang disediakan
  6. Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Pegawai bertugas akan bantu untuk buat semakan baki kad kredit anda
  10. Jika perlu, minta pegawai print statement kad kredit anda sekali
  11. Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan baki tertunggak kad kredit anda
  12. Selesai

 

Kalau hutang kad kredit makin banyak, boleh buat balance transfer Standard Chartered Bank tak?

Mestilah boleh.

Balance transfer kad kredit itu biasa.

Normal.

Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu semak baki kad kredit Standard Chartered Bank anda dulu.

Dah dapat tahu balance, baru boleh rancang untuk penyelesaian baki.

Jangan semberono dan bertindak melulu.

Dengar orang buat balance transfer, anda pun nak buat juga.

Research dulu, baru buat keputusan.

Chup!

Sekadar mahu berkongsi berkenaan balance transfer yang juga dipanggil debt consolidation ini.

Senang cerita, dalam Bahasa Melayu dipanggil “penyatuan hutang”.

Anda satukan semua hutang-hutang yang ada dengan pelbagai bank ke satu bank sahaja.

Apa yang bagusnya dengan balance transfer ialah anda boleh pindahkan hutang kad kredit daripada Standard Chartered Bank ke mana-mana bank lain dengan 0% interest dalam tempoh tertentu.

Kebaikan paling utama yang orang nampak bagi balance transfer ialah tempoh bayaran menjadi semakin pendek.

Menarik kan?

Ya, memang menarik tawaran untuk buat balance transfer keluar dari Standard Chartered Bank.

Tapi ada keburukannya juga.

Memanglah dia kata 0% interest dan repayment period iaitu tempoh bayaran semula jadi semakin pendek.

Tapi kalau anda tak dapat jelaskan hutang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, siaplah anda kena sembelih dengan bank.

Ini maklumat umum sahaja.

Tak semua bank sama.

Lain bank, lain caranya.

Cuma jika anda beragama Islam, adalah lebih baik jika buat balance transfer kepada kad kredit Islamik yang patuh syariah berbanding kad kredit konvensional.

 

Boleh cerita lagi tentang balance transfer Standard Chartered Bank dan penyatuan hutang?

Masih tak faham?

Mari sini rapatkan saf.

Duduk depan sikit.

Kami nak kongsi cara kira-kira untuk balance transfer.

Katakan anda buat balance transfer bagi hutang pinjaman peribadi dengan Standard Chartered Bank sebanyak RM5,000.

Katakanlah tawaran yang diberikan ialah 0% interest.

Katakan pula pilih tempoh masa balance transfer selama 6 bulan.

Katakan lagi anda pilih untuk bayar minimum 1% sahaja iaitu RM50 setiap bulan.

Jadi, anda hanya akan bayar RM50 selama 5 bulan.

Maknanya di sini, pada bulan ke-6, anda perlu bayar baki RM4,750 secara penuh.

Kalau tidak, gula-gula dan janji 0% tadi akan bertukar semula ke kadar faedah yang asal.

Mungkin kadar faedah pinjaman peribadi yang asal itu setinggi 30%.

Gila kan?

Ya, memang gila.

Itulah cara bank cari untung.

Nama pun kapitalis.

Kalau anda tak pandai rancang, mesti sakit nak bayar interest tinggi.

Itulah, pandai pinjam, pandailah bayar.

Seperkara lagi, sebelum kami terlupa, selalunya anda perlu bayar one-time processing fee pada bank yang anda ingin pindahkan dari Standard Chartered Bank.

Cuma seperti kami kata, ini panduan umum semata-mata.

Lain bank, lain cara.

Semak dulu dengan mereka supaya cakna.

 

Akhir kata

Shopping memang best, tapi bab nak bayar balik hutang kad kredit Standard Chartered Bank memang menyeksakan.

Walaupun nafsu membeli itu tinggi, kita kena juga hati-hati.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki kad kredit Standard Chartered Bank ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Nasihat kami, selagi boleh guna cash, gunalah cash.

Guna kad kredit di tempat-tempat yang perlu sahaja.

Memanglah boleh kumpul points, tapi selalunya ramai yang terbabas.

Disebabkan nak kumpul mata ganjaran, terbeli yang bukan-bukan.

Berbelanjalah berpada-pada.

Jangan lupa bayar hutang yang ada.

Cepat-cepat selesaikan hutang kad kredit Standard Chartered Bank.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply