Kad Bank Islam anda dah tamat tempoh dan cara paling cepat adalah tukar kad Bank Islam online? Nanti dulu. Sebelum anda bertindak, ini adalah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenainya.

Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian kami.

Boleh tukar kad Bank Islam online?

Berdasarkan pencarian kami mengenai soalan ini, jawapannya adalah anda tidak boleh melakukan pertukaran kad Bank Islam secara online.

Cara lain nak tukar kad?

Buat masa ini, hanya terdapat 1 cara saja untuk tukar kad Bank Islam iaitu dengan mengunjungi cawangan Bank Islam.

Ikuti panduan pertukaran kad Bank Islam di cawangan seperti berikut:

  1. Dapatkan kad pengenalan dan kad Bank Islam anda yang lama.
  2. Kemudian, hadir di mana-mana cawangan Bank Islam yang ada berdekatan anda.
  3. Pergi ke kaunter ambil nombor giliran.
  4. Ambil tempat duduk anda sementara menunggu nombor giliran anda dipanggil.
  5. Apabila nombor giliran anda sudah dipanggil, sila ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  6. Maklumkan pada kakitangan bertugas yang anda nak tukar kad Bank Islam.
  7. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan maklumat dan memberikan butiran yang diperlukan oleh kakitangan bertugas untuk memproses permintaan anda.
  8. Sila ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas bagi melengkapkan proses tukar kad Bank Islam anda sehingga selesai.
  9. Jika tiada sebarang masalah, kad anda akan berjaya ditukar.
  10. Tamat.

Ada masalah untuk tukar kad Bank Islam?

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesukaran atau kesulitan berhubung penukaran kad Bank Islam atau isu-isu lain yang berkaitan. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-26-900-900.

Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected] untuk mendapatkan maklum balas, membuat aduan, pertanyaan atau tindakan lanjut.

Akhir kata

Harapan kami agar perkongsian ini dapat membantu urusan anda untuk tukar kad Bank Islam menjadi lebih mudah. Di samping itu, sekali lagi kami ingin tegaskan bahawa anda tak boleh gantikan kad Bank Islam anda secara online.

Oleh itu, anda terus saja datang ke cawangan.

Akhir sekali, jika anda juga ialah salah seorang pelanggan Maybank yang perlu renew atau ganti kad anda. Anda boleh saja tukar kad Maybank anda sama ada menggunakan online banking atau di cawangan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply