Ada kalanya, kita terima panggilan dari entah siapa-siapa yang kita tidak kenal. Entahkan betul, entahkan tidak. Jika rasa ragu-ragu, izinkan kami kongsi cara check scammer secara online menggunakan Semak Mule PDRM yang boleh dilakukan melalui nombor telefon dan nombor akaun bank.

Cara check scammer online

Selain SSO PDRM yang berfungsi untuk semak saman trafik, tak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:

  • No Akaun Bank
  • Nombor telefon

#1 Cara check no akaun bank scammer

Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:

  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak No Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih Kategori Akaun Bank
  6. Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik Semak Maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi
    Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

#2 Cara check scammer phone number

Ikut langkah dan cara semak no telefon scammer seperti di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam database PDRM:

  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak Nombor Telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih Kategori Nombor Telefon
  6. Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik Semak Maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi
    Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

Guna Truecaller app

Menggunakan Truecaller sangat mudah. Cuma install, download dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada.
Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera.
Kekurangan Truecaller, ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, bukannya nombor akaun bank.
Mudah-mudahan, dengan menggunakan app ini, serba-sedikit dapat mengelakkan kita dari penipuan online.

Link

Bagi pengguna Android, boleh muat turun Truecaller dari Google Play
Bagi pengguna Apple iOS, boleh muat turun Truecaller dari App Store
 

Guna Whoscall app

Lebih kurang sama dengan Truecaller, menggunakan Whoscall juga sangat mudah. Kebelakangan ini, kita boleh dengar iklan Whoscall di corong-corong radio tempatan.
Pemasangan Whoscall juga sangat mudah. Cuma download, install dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada. Mudah-mudahan, dapat mengelakkan kita dari penipuan online.
Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera.
Sama juga seperti Truecaller, kekurangan Whoscall ialah ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, tidak nombor akaun bank.

Link

Untuk pengguna Android, download Whoscall dari Google Play
Untuk pengguna Apple iOS, download Whoscall dari App Store
 

Akhir kata

Berhati-hati di alam maya. Penipuan online tidak mengira sesiapa. Tua, muda, kaya, miskin – semuanya dia sapu. Sebelum mengangkat panggilan dan telefon dan menelefon semula, pastikan baca semak daftar no telefon yang tak dikenali terlebih dahulu.
Diharapkan agar cara check scammer online ini dapat membantu anda.
Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

12 Comments

  1. tuan,
    Saya Ramli Baba masih ragui dalam kes pelaburan syarikat ini. Syarikat Imperial Invesment Company..alamat PT4753 Tingkatan Atas,Jln Meranti 1/2 Bdr Baru Gua Musang,18300 GUA MUSANG..Phone 0147226643. Nama Bank,Hons Leong Bank akaun No 18100099717 Khairul Anwar b Othman. Dipromosikan.Masuk akuan diatas RM400 mendapat pulangan RM7,400 dalam 24 jam. Beliau (Khairul) janjikan akan pulangkn duit tersebut jika yg dujanjikan tidak dapat pulangan RM7400 , selama 4 thn kerja katanya belum terjadi lagi. Mohon Pencerahan tuan. Phone saya 0142172040 tk

  2. Saimon Bin Ambi on

    Selamat pagi.
    Saya telah melanggan tawaran online personal loan dgn E Master Credit (M) Sdn.Bhd No104-1 Mutiara Melaka, Taman Mutiara Melaka,75350 Melaka (101864H) WL2532/04/01-9/120822
    Permohonan saya diluluskan dan saya diarah untuk masukkan bayaran Insuran pinjaman. Adakah sykt kredit ini wujud.
    No. Handpone pekerja sykt ini yg berurusan dgn saya 01161938874, (perampuan) 011228719127(lelaki)

  3. muhammad faiz redzuan on

    assalamualaikum tuan sy faiz tuan, sy telah joen company I mahmur ventures.. *Assalamu’aikum*
    *Cik sebelum Cik bank in *sila pm kami dulu pasti *kan Ade kosong ke x *terimaksih*
    *bank traeder yg akan control akun cik selama 24jam*
    *MAYBANK*
    *MOHD AMALUDDIN BIN KASMAN*
    *162245751321* ni nombor account yang telah sy telah daftar company ni telah menipu sy suruh sy bayar rm2061.22.. sy telah membayar rm440 .. sy harap tuan dapat membantu sy tuan masalah ini

  4. Assalammualaikum tuan,sy zack,sy telah joing satu pelaburan saham.
    Nama syarikat MOROOD INVERMENT SDN.BHD.. yg beralamat di sarawak.
    NO.TALIAN 0177582003 CIK LAILA..
    Pelaburan sy telah berjaya dia cakap tp untuk dapat kan duit tu saya diminta untuk membayar wang proses RM2+++…adakah pelaburan ini betul dah sahih…

  5. saya bercadang utk melabur dalm satu syarikat bernama “Binomo” adakah syarikat tersebut memang wujud dan sdang beroperasi sekarang.

  6. saya bercadang utk melabur dalam satu syarikat bernama “Binomo” adakah syarikat tersebut memang wujud dan boleh dipercayai atau sekadar untuk meraih wang dari orang lain.

  7. Hi saya nak report seller Nama FB mohdijam jb
    Hp : 0137740104 / 0177319139
    Acc CIMB : 7627126027 mohd nizam bin jamaludin
    Penipu Kat FB jual barang Antik
    Sampai sekarang barang x sampai Dan Bagi alasan

  8. SCAMMER, Penipu jual Smartwatch huawei di facebook, setelah di transfer tidak dikirim, hati hati.

    +601151152460
    Bank Account
    CIMB
    7643462682
    Ahmad Dahlan

Leave A Reply