What's Hot

    Memang normal kalau tak ingat no KWSP. Bukannya nombor itu kita perlu guna hari-hari. Asalkan majikan carum, itu sudah cukup.

    Jadi, bagi orang yang tak ingat atau terlupa nombor KWSP, izinkan kami berkongsi.

    No KWSP tak ingat?

    Pertama sekali, jangan kelam kabut sangat kalau terlupa nombor. Kalau setakat mahu mohon i-Lestari atau mohon i-Sinar sahaja pun, tidak perlu menggelabah. Tak lari gunung dikejar.

    #1 Kalau tak ingat no KWSP, cek dengan EPF CMC

    Ini adalah cara untuk check KWSP guna IC, andai anda memang tak ingat langsung.

    1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
    2. Selalunya, panggilan akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
    3. Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
    4. Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan
    5. Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh anda
    6. Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda

     

    #2 Cek nombor KWSP di kiosk

    Kalau rumah anda berdekatan dengan cawangan KWSP, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

    1. Sentuh skrin di kiosk dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau English
    2. Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
    3. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
    4. Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
    5. Oleh kerana tujuan anda adalah untuk check no KWSP sebab tak ingat, pilih Cetak Penyata
    6. Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
    7. Lihat dan semak nombor KWSP yang terpapar pada kertas yang dicetak
    8. Ambil semula Kad Pengenalan anda

     

    #3 Paling mudah, semak no KWSP secara online melalui i-Akaun

    Kalau benar-benar terlupa dan tak ingat nombor KWSP, anda juga boleh menggunakan i-Akaun. Walau bagaimanapun, anda perlu daftar i-Akaun terlebih dahulu samada secara online ataupun daftar KWSP guna kiosk.

    1. Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
    2. Pilih bahsa samada Bahasa Melayu atau English
    3. Masukkan ID Pengguna
    4. Tekan butang Teruskan.
    5. Isikan Kata Laluan
    6. Tekan butang Log Masuk.
    7. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem i-Akaun
    8. Klik menu PROFIL di bahagian atas
    9. Lihat dan sahkan Nama Ahli
    10. Lihat No KWSP seperti yang terpapar

     

    Akhir kalam

    Kami sarankan agar anda simpan nombor KWSP dalam Notes dalam telefon bimbit anda. Mudah untuk cari apabila terlupa.

    Walaupun tak ingat no KWSP itu bukanlah masalah besar, namun ia akan melambatkan urusan-urusan lain yang urgent. Bagi yang belum mendaftar lagi walaupun sudah bekerja, sila rujuk cara buka akaun KWSP untuk pekerja baru.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    32 Comments

    1. MARMOSTEIN ANAK JOHN UNJANG on

      Saya belum daftar KWSP i-lestri.saya nak kemaskini i-lestri saya ini nombor telefon saya.-+60139480698-ic-861028526499

    2. shazwan akmar on

      sy x igt no ahli kwsp..dan x tau brpa baki dlm akaun kwsp..x trma pnyata dh trlalu lama…boleh bantu??

    3. shazwan akmar on

      sy tak igt no ahli kwsp..dan tak tau brpa baki dlm akaun kwsp..tak trma pnyata dh trlalu lama…boleh bantu??

    4. Mohamad Rizal Affzan Bin Idrus on

      Sya tk pasti sama ad sya dh daftar atau pon belum dftar KWSP sya cuma nak pasti sam ad sya sudah daftar KWSP atau belom daftar

    5. Yeap Zhan Ming on

      Name: YEAP ZHAN MING
      Ic:941205075247
      Phone:0143470850
      no.kwsp lama tak pakai sekarang nak pakai balik
      tapi sudah lupa.

    6. Engelbert primus on

      saya dah daftar kelmarin d kiosk d utc kota Kinabalu tpi kertas habis d mesin,jadi saya tidak tau apa no,dan sila hubungi melalui

    7. NAK TUKAR NO FON DENGAN ID …YANG LAMA TAK BOLAH GUNA
      BOLAH .DH BUAT TAPI TAK BOLAH.. NAK SEMAK PENYATA TAK BOLAH NAK LOG IN

    8. KANAGEI PARAMASEVA on

      Selamat pagi cik, Nama saya KANAGEI PARAMASEVA
      NOM IC :780407085430
      I tak Tau nom EPF I, blh tk cik cheak Nom ic n bg Tau nom EPF I Tq

    9. Muhamad Zairi syamri bin othman on

      Selamat pagi cik.
      Nama sy Muhamad Zairi syamri bin othman
      941103035551
      0148533610
      Saya lupa no kwsp saya

    Leave A Reply