Penggunaan kaedah pembayaran melalui ShopeePay dapat mengurangkan kesulitan semasa pembayaran. Dengan menggunakan pembayaran melalui ShopeePay, pengguna juga layak untuk isu kupon bagi penghantaran percuma yang tertakluk kepada terma dan syarat. Jadi, izinkan kami berkongsi cara topup ShopeePay yang cukup ringkas.

Bagi yang belum ada akaun Shopee lagi, jemput baca cara daftar akaun Shopee.

Cara topup ShopeePay

Berikut merupakan panduan tambah nilai ShopeePay melalui aplikasi dalam telefon pintar anda. Pastikan anda sudah aktifkan ShopeePay terlebih dahulu.

  1. Buka aplikasi Shopee dalam telefon pintar anda.
  2. Jika masih belum download, klik pautan ini untuk iOS dan Android untuk install terlebih dahulu
  3. Di halaman utama, tekan kotak berlogo dompet tertulis ShopeePay yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia (RM). Kotak ini terletak di bawah kotak pencarian utama.
  4. Sekiranya ini adalah kali pertama anda gunakan ShopeePay, akan keluar butang Activate ShopeePay
  5. Walau bagaimanapun, jika anda sudah pernah guna sebelum ini, teruskan scroll paparan skrin telefon ke bawah. Klik butang Top Up Now dijumpai.
  6. Di halaman ShopeePay yang tertera, klik pada logo dompet yang disenarai nama Top Up.
  7. Terdapat dua pilihan bagi proses tambah nilai iaitu pilihan jumlah tambah nilai secara automatic atau secara manual.
    • Untuk topup secara automatik, jumlah tambah nilai secara automatik boleh dibuat melalui pemilihan diantara enam kotak berdigit yang tertera.
    • Untuk tambah nilai secara manual pula, ia boleh dibuat menerusi kotak yang tertera Input Top-up Amount.
  8. Bagi proses pembayaran, kaedah pembayaran boleh dipilih pada butang Payment.
  9. Klik pada butang tersebut dan paparan seterusnya akan membenarkan pengguna untuk memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keselesaan pengguna.
  10. Pilihan kaedah pembayaran yang tertera seperti:
    • Kad Kredit
    • Kad Debit
    • FPX
    • 7-Eleven
  11. Seperti yang dimaklumkan di atas, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, pembayaran secara tunai di 7-Eleven serta pembayaran secara dalam talian melalui FPX.
  12. Pemilihan boleh dibuat mengikut keselesaan pengguna. Setiap proses tambah nilai yang dibuat hanya untuk satu masa sahaja dan pengesahan oleh pemilik akaun adalah diperlukan.
  13. Tanda butang betul atau tick berwarna oren akan terlihat sekiranya pemilihan telah dilakukan.
  14. Seterusnya, klik pada butang Confirm di halaman bawah yang tertera bagi pengesahan untuk kaedah pembayaran.
  15. Selesai pemilihan kaedah pembayaran, kembali ke laman tambah nilai dan tekan butang Pay Now untuk membuat pembayaran melalui kaedah yang telah dipilih.
  16. Pastikan jumlah dan kaedah pembayaran yang dipilihan adalah tepat. Sebarang proses pemulangan jumlah wang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  17. Proses tambah nilai adalah secara serta-merta. Pemilihan pembayaran melalui ShopeePay dapat dilakukan di laman Check Out. Enam digit pin bagi tujuan keselamatan akan diperlukan sebelum transaksi pembayaran dapat diteruskan untuk setiap transaksi yang berjaya.

 

Top up ShopeePay gagal?

Jika anda mempunyai masalah untuk topup seperti menunjukkan in progress sahaja, anda boleh hubungi customer service Shopee di sini.

Anda juga boleh bercakap dengan mereka melalui telefon di talian berikut:

  • 03-27779222

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara topup ShopeePay wallet ini akan memudahkan urusan pembelian anda secara online.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply