Sebenarnya, selain Akaun 2, memang ada cara keluarkan duit KWSP Akaun 1. Ya, anda memang boleh buat pengeluaran penuh. Yang pertama ialah apabila sudah pencen, iaitu cukup umur 55 atau 60 tahun.

Yang kedua ialah pengeluaran sebahagian duit KWSP yang akan dibenarkan oleh kerajaan dalam Bajet 2021 yang lalu.

Jika masih tidak pasti, boleh rujuk jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan.

Pengeluaran RM500 sebulan

Untuk makluman, i-Sinar adalah lanjutan pengeluaran duit caruman yang dipanggil i-Lestari sebelum ini.

i-Lestari ialah pengeluaran RM500 setiap bulan dari Akaun 2. Walau bagaimanapun, kemudahan i-Lestari ini akan berakhir pada bulan Mac 2021.

i-Sinar pula ialah pengeluaran RM10k Akaun 1 yang dijangka bermula pada pertengahan Disember 2020. Boleh baca cara apply i-Sinar KWSP.

Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 1

Pengeluaran melalui i-Sinar

Setakat ini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai i-Sinar. Perincian berkenaan pengeluaran i-Sinar diumumkan pada  18 November 2020 nanti.

i-Sinar diwujudkan hasil perbincangan bersama pihak berkepentingan agar ahli-ahli KWSP yang terkesan dapat mengharungi hidup zaman pandemik ini.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat seawal pertengahan Disember 2020. Seperti biasa, amaun yang dipohon akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Jangan lupa baca cara memohon i-Sinar KWSP yang boleh keluarkan duit Akaun 1.

 

Keluarkan jika umur 55 dan 60 tahun

Cara mengeluarkan duit dari akaun KWSP 1 apabila pencen cukup mudah. Tidak akan ada apa-apa persoalan kerana anda sememangnya layak.

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi KWSP iaitu www.kwsp.gov.my
  2. Log masuk ke i-Akaun (ahli) anda.
  3. Kemudia,n anda perlu mengesahkan identiti anda secara online pada laman web yang anda layari sebentar tadi.
  4. Contoh pengesahan identiti yang anda perlu lakukan adalah ID pengguna anda, kata laluan anda, imej sekuriti anda dan frasa rahsia anda.
  5. Selepas mengisi dan mengesahkan identiti anda secara online anda perlu membuat permohonan untuk mengeluarkan wang dari akaun anda.
  6. Anda perlu mengisi borang e-Permohonan dengan segala butiran diri anda dan anda perlu menghantar borang tersebut untuk pengesahan identiti.
  7. Anda akan diberikan authorisation code (TAC) melalui nombor telefon anda yang telah anda daftarkan bersama KWSP.
  8. Cara mengeluarkan duit dari akaun KWSP 1 yang seterusnya adalah dengan menunggu permohonan anda  diluluskan oleh pihak KWSP.
  9. Sekiranya anda menepati syarat-syarat e-Pengeluaran, tidak akan ada masalah. Walau bagaimanapun, ada juga kes yang ditolak.
  10. Ada pula sesetengah kes di mana dalam keadaan tertentu, KWSP memerlukan pemohon untuk datang ke pejabat KWSP untuk pengecaman cap ibu jari.
  11. Sekiranya permohonan anda lulus, bayaran secara pengkreditan akan dilakukan secara terus ke akaun bank simpanan / semasa anda.
  12. Bayaran juga boleh dikreditkan ke akaun bank rakan strategik KWSP.
  13. Anda akan menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun anda.
  14. Pihak KWSP akan menghantar SMS dan makluman di inbox anda bagi tujuan pengecaman cap ibu jari dan juga penghantaran dokumen (jika perlu).
  15. Notifikasi SMS bertujuan sebagai notifikasi status bayaran KWSP anda.

 

Akhir kata

Diharapkan panduan cara mengeluarkan duit dari akaun KWSP 1 dapat memudahkan lagi dan membantu anda untuk berurusan dengan pihak KWSP.

Tujuan anda mempunyai KWSP adalah untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi hari tua dan persaraan anda nanti. Kerajaan juga telah memperkenalkan i-Lestari dan i-Sinar bukan suka-suka.

Jadi, jika sudah dapat keluarkan duit, jangan berbelanja dengan boros. Simpanlah sedikit untuk masa depan.

Jika masih tidak cukup untuk buat belanja, boleh cuba cara keluarkan duit ASB pula. Jemput juga baca cara check KWSP guna no IC.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

6 Comments

  1. Saya perlukan duit untuk model bisnes online saya ne..
    Saya perlukan duit..
    Musim pkpb saya tiada pekerjaan buat masa sekarang…
    Bisnes online saja yang boleh saya buat untuk cari rezeki di musim pkpb ini..
    Saya harap permohonan saya ini diluluskan..

  2. Harap Pihak KWSP luaskan skop dan syarat unyuk pengeluaran bagi semua golongan yang B40 & M40 dan yang pernah memperolehi Bantuan Sara Hidup (BSH) bukan hanya golongan yang tersasar sahaja. Terima kasih.

  3. NUR HIDAYAH BINTIFAM LU CHIN on

    Saya nk keluarkan akaun 1… boleh ker..sebab saya perlukan duit untuk bayar bilik sewa…barang dapur..!harap boleh!

Leave A Reply