Jadual pinjaman peribadi RHB Bank merupakan satu jadual yang sangat penting. Sebelum sign agreement untuk buat personal loan RHB Bank, ada baiknya anda semak dahulu jadual pinjaman peribadi RHB Bank yang terkini. Setidak-tidaknya, dengan merujuk kepada repayment table RHB Bank ini, anda dapat gambaran berapa banyak perlu buat bayaran balik untuk setiap bulan.
Tak perlu susah-susah pergi laman web https://www.rhbgroup.com semata-mata nak check repayment schedule. Kami sudah siap-siap letak RHB Bank punya personal loan table di sini untuk rujukan pembayaran anda.
Jadual Pinjaman Peribadi RHB Bank (Islamik)
Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi RHB Bank yang patuh syariah. Kalau tidak nampak dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.
Untuk Penjawat Awam: Payment Table for Personal Financing-i for Civil Sector 2023
Untuk Orang Pencen: Payment Table for Personal Financing-i for Pensioners 2023
Untuk Pekerja Swasta: Payment Table for Personal Financing-i for Private Sector 2023
Untuk senarai penuh jadual pinjaman RHB Bank dalam format PDF, sila klik pautan di laman web RHB:
- Personal Financing-i for Private Sector
- Personal Financing-i for Pensioners
- Personal Financing-i for Civil Sector
Jika anda berminat dan rasa mampu untuk bayar balik, boleh terus pembiayaan peribadi RHB Bank yang patuh syariah ini.
Jadual Pinjaman Peribadi RHB Bank (Konvensional)
Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi RHB Bank konvensional. Kalau tidak boleh lihat dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.
Untuk Pekerja Swasta: Payment Table for Personal Financing for Private Sector 2023 With Insurance
Untuk Pekerja Swasta: Payment Table for Personal Financing for Private Sector 2023 Without Insurance
Untuk Pekerja Swasta: Payment Table for Personal Financing for Private Sector Variable Rate Promo
Jika komitmen bulanan anda tidak banyak dan masih lagi mampu untuk buat bayar balik, boleh terus pinjaman peribadi RHB Bank konvensional ini.
Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman RHB Bank Terkini?
Kami berusaha sedaya upaya untuk mengemaskini artikel ini berdasarkan jadual pinjaman peribadi yang palint latest yang ada di laman web rasmi RHB Bank.
Walau bagaimanapun, ada kemungkinan RHB Bank punya personal loan repayment table yang dikongsikan di atas sudah berubah dan kami tidak cakna.
Sekiranya ini berlaku, boleh rujuk pautan di bawah ini:
Sila layari laman web yang diberikan di atas dan buat carian dengan kata kunci “jadual bayaran balik” ataupun “repayment table”.
Selalunya, jadual pembayaran balik ini adalah dalam format PDF. Download PDF tersebut dan simpan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.
Kalau anda masih belum mohon, boleh download dan buat penilaian sendiri sebelum isi borang permohonan pinjaman RHB Bank.
Kalau anda sudah mohon dan lulus pinjaman peribadi RHB Bank, boleh gunakan untuk semak baki pinjaman peribadi RHB Bank online dan ketepikan amaun bayaran yang dikehendaki siap-siap selepas dapat gaji bulanan untuk bayar komitmen ini.
Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi RHB Bank
Apa yang kami tulis di bawah ini hanyalah sekadar penjelasan untuk mudah faham.
Contoh ini menunjukkan hubung kait amaun pinjaman pokok, tempoh pinjaman dan kadar faedah RHB Bank yang boleh mempengaruhi jumlah bayaran bulanan.
Katakan anda buat personal loan RHB Bank dengan pinjaman pokok sebanyak RM5,000.
Anda pilih bayar semula dalam tempoh 1 tahun, iaitu 12 bulan.
Seterusnya, katakan kadar faedah pinjaman peribadi RHB Bank pula ialah 10%.
Untuk mengira jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar bagi pinjaman RHB Bank ini, anda perlu darab jumlah pinjaman pokok dengan kadar faedah pinjaman. Seterusnya, darab dengan tempoh pinjaman.
Dalam contoh ini, jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar kepada RHB Bank ialah RM 5,000 x 10% x 1 tahun = RM 500.
Amaun RM500 itu hanya bunga semata-mata.
Untuk mengira interest atau kadar faedah RHB Bank yang perlu dibayar bulan-bulan pula, anda perlu bahagi kadar faedah tahunan pinjaman dengan bilangan bulan dalam satu tahun.
Dalam contoh ini, kadar faedah bulanan yang dikenakan RHB Bank adalah 10% / 12 bulan = 0.83% setiap bulan.
Dalam cara pengiraan bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi RHB Bank ini, anda perlu bahagi jumlah faedah keseluruhan pinjaman dengan bilangan bulan dalam tempoh pinjaman.
Dalam contoh ini, bayaran bulanan bagi pinjaman adalah RM 500 / 12 bulan = RM 41.67 setiap bulan.
Jadi, bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi RHB Bank ini bayaran balik yang biasa tanpa faedah iaitu RM208.33 dan ditambah dengan interest sebanyak RM41.67.
Jumlah bayaran bulanan keseluruhan untuk pinjaman RM5000 selama 1 tahun dengan kadar faedah 10% dengan RHB Bank ialah RM250.
Mudah sahaja kan nak kira?
Senario #1: Berbaloi ke Pinjam RHB Bank RM5,000 Dalam Tempoh 2 Tahun?
Ini senario pertama berdasarkan jadual pinjaman RHB Bank.
Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 2 tahun dengan kadar faedah 8%, bayaran bulanan ialah RM241.67.
2 tahun itu sama dengan 24 bulan.
Nampak bayaran balik tersebut agak tinggi kerana tempoh pinjaman yang pendek dengan RHB Bank.
Tapi, kalau anda kira RM241.67 x 24, jawapannya ialah RM5800.08.
Pinjam RM5000 dengan RHB Bank, kena bayar balik RM5800.08.
Jumlah interest yang anda perlu bayar pada RHB Bank ialah RM800.
Nampak macam okay juga. Tak banyak sangat kan?
Senario #2: Berbaloi ke Pinjam RHB Bank RM5,000 Dalam Tempoh 6 Tahun?
Ini senario kedua berdasarkan jadual pinjaman RHB Bank.
Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 6 tahun, bayaran bulanan ialah RM102.78.
6 tahun itu sama dengan 72 bulan.
Nampak bayaran balik tersebut sangat rendah kerana tempoh pinjaman yang agak panjang dengan RHB Bank.
Tapi, kalau anda kira RM102.78 x 72, jawapannya ialah RM7400.16.
Pinjam RM5000 dengan RHB Bank, kena bayar balik RM7400.16.
Jumlah interest yang anda perlu bayar pada RHB Bank ialah RM2,400.16.
Gila banyak kan?
Kalau Ikut Personal Loan Repayment Table RHB Bank Tadi, Apa Pilihan Terbaik?
Soalan ini sangat sukar untuk dijawab.
Kami hanya mampu berikan 2 senario sahaja.
Ada banyak lagi kombinasi yang anda boleh cuba.
Jadi, jawapan paling selamat ialah ikut kemampuan dan jangan pinjam lama-lama.
Itu sahaja.
Kenapa?
Lagi lama tempoh pinjaman anda dengan RHB Bank, lagi banyak kena bayar.
Kalau ada pilihan 1 tahun, pilihlah 1 tahun.
Kalau tak dapat 1 tahun, cuba pilih 2 tahun.
Jangan lama-lama sangat.
Nanti terjerat.
Pinjaman dalam tempoh masa yang lama dengan RHB Bank boleh menjadi tidak berguna kerana ia boleh meningkatkan kos pinjaman anda.
Biasanya, pinjaman dengan RHB Bank dalam tempoh masa yang lebih lama akan mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh meningkatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu anda buat.
Jika anda tidak dapat membayar pinjaman peribadi RHB Bank anda, anda mungkin akan berhadapan dengan kesulitan kewangan yang serius.
Kalau rasa tak layak, jangan pinjam.
Sila semak kelayakan pinjaman peribadi RHB Bank terlebih dahulu sebelum tambah komitmen bulanan yang baru.
Kenapa Perlu Buat Bayaran Balik Hutang RHB Bank Mengikut Masa?
Mudah sahaja.
Membayar hutang merupakan suatu kewajiban yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah meminjam wang dari RHB Bank atau apa-apa sahaja institusi kewangan yang bermurah hati memberi pinjaman pada anda.
Sekiranya anda tidak membayar hutang RHB Bank anda, anda bakal mengalami masalah kewangan yang lebih serius.
Ini termasuk denda, bunga yang tinggi dan yang paling teruk, anda mungkin kehilangan aset anda.
Selain itu, jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman RHB Bank anda dalam tempoh yang dipersetujui, ini dapat mempengaruhi skor kredit anda.
Ya, ramai yang tidak ambil peduli dengan skor kredit.
Jika skor kredit tidak cantik, anda akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman di masa depan.
Jadi, membayar balik hutang adalah penting supaya status kewangan anda tetap dalam keadaan baik.
Nak buat pinjaman yang lain dengan RHB Bank pun mudah.
Apa Kepentingan Untuk Rujuk Jadual Bayaran Balik Pinjaman RHB Bank?
Mengatur jadual pembayaran balik pinjaman peribadi RHB Bank adalah satu cara yang berguna untuk membantu anda membayar hutang anda secara efektif dan tepat pada waktunya.
Ini dapat membantu anda untuk:
- Buat anggaran kewangan anda setiap bulan. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran pinjaman RHB Bank, anda dapat melihat secara jelas berapa komitmen bulanan anda dan berapa banyak wang yang harus dikeluarkan setiap bulan. Mudah untuk asingkan siap-siap amaun yang perlu dibayar secara tepat.
- Bantu bayar hutang anda tepat waktu. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran balik ini, anda akan tahu bila anda harus membayar hutang. Ini dapat mengelakkan anda terlambat bayar dan dikenakan denda atau bunga yang tinggi.
- Peringatan supaya tidak berhutang lagi. Pastinya dengan mengikuti jadual bayaran balik RHB Bank ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak akan meminjam lebih banyak wang daripada yang mampu anda bayar.
- Mengurangkan stress dan kerisauan. Sudah pasti dengan merujuk jadual bayaran balik RHB Bank ini, anda akan rasa hidup lebih tersusun dalam menguruskan kewangan. Jika hal kewangan dikendalikan dengan baik, pasti hidup lebih tenang.
Apa Akan Jadi Kalau Tak Bayar Hutang Personal Loan RHB Bank?
Seperti yang diberitahu tadi, kalau anda tidak membayar hutang, anda sengaja menempah masalah kerana anda bakal mengalami masalah kewangan yang serius.
Pemberi pinjaman seperti RHB Bank ini boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran balik.
Jangan lupa, denda dan kos tambahan mungkin dikenakan oleh pihak RHB Bank .
Ini juga boleh merosakkan reputasi credit score anda, menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman di masa hadapan.
Oleh itu, adalah penting untuk membayar hutang RHB Bank anda dengan tepat pada masanya.
Jika anda menghadapi masalah kewangan yang menyukarkan anda untuk membayar hutang, beritahu pihak RHB Bank secepat mungkin dan carilah bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Perlu Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Pinjaman RHB Bank?
Ya, kami faham, apa yang kami tulis di sini mungkin tidak cukup lengkap.
Kami bukan orang RHB Bank.
Jadi, ada maklumat yang kami tidak tahu.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, ada baiknya anda hubungi sendiri pihak RHB Bank.
- Buat panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan RHB Bank di talian 03-9206 8118
- Pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Pilih Bahasa Melayu
- Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing RHB Bank
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan
- Apabila panggilan sudah dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan, perkenalkan diri anda
- Jika anda seorang pelanggan, beri nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan
- Jika anda bukan pelanggan, maklumkan pada Pegawai Khidmat Pelanggan
- Seterusnya, tanyakan soalan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pembayaran balik pinjaman yang anda masih lagi belum jelas
- Ada kemungkinan Pegawai Khidmat Pelanggan tidak dapat memberikan penerangan yang jelas
- Jadi, mungkin Pegawai Khidmat Pelanggan akan minta anda hadir ke cawangan RHB Bank
- Rekodkan semua maklumat penting yang dimaklumkan Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pinjaman
- Jika perlu, boleh bersiap-siap untuk datang ke RHB Bank
- Selesai
Akhir kata
Bayaran balik pinjaman peribadi RHB Bank merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.
Membuat bayaran komitmen bulanan tepat pada masanya adalah sangat penting.
Ini bertujuan untuk memastikan anda dapat mengekalkan kelayakan untuk meminjam wang dengan RHB Bank pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama, skor kredit anda tetap terjaga.
Semoga bermanfaat.