Prudential BSN Touch (PruBSN Touch) adalah platform digital yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful Berhad. Platform ini membolehkan pelanggan untuk menguruskan pelan takaful mereka secara atas talian. Melalui Prudential BSN Touch, pelanggan dapat mendaftar untuk pembayaran automatik, membuat pembayaran sekali sahaja, dan mengakses informasi berkaitan polisi insurans mereka.
Kini anda boleh menyemak pelbagai maklumat insurans anda secara online melalui PruBSN Touch tanpa perlu merujuk pada ejen insurans. Ini dapat menjimatkan masa dengan melakukannya sendiri melalui Prudential BSN Touch. Anda perlu mendaftar dan log masuk untuk menggunakan PruBSN Touch di app.prubsn.com.my.
Apa yang ada dalam Prudential BSN Touch?
Jika anda pelanggan Prudential BSN Takaful, antara kemudahan yang ada di app.prubsn.com.my adalah seperti berikut:
- Muat turun Annual Statement (AS) / Penyata Tahunan.
- Muat turun Family Takaful Contribution Statement (FTCS).
- Membayar sumbangan Takaful.
- Semak maklumat perlindungan (E-Certificate)
- Semak statement bayaran dan status polisi.
- Semak penyata cukai.
- Semak maklumat peribadi.
Macam mana cara daftar Prudential BSN Touch?
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar di PruBSN Touch:
- Layari app.prubsn.com.my.
- Tekan butang Register Now.
- Masukkan butiran berikut:
- Certificate number (sila rujuk ejen anda)
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon bimbit (sama dengan nombor semasa daftar polisi)
- Tekan Next.
- Nombor TAC akan dihantar pada anda.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar.
- Tekan Next.
- Isikan maklumat berikut:
- Username
- Password
- Confirm password
- Tekan Next.
- Isikan Secure Phrase (minimum 5 patah perkataan, maksimum 12 patah perkataan termasuk space)
- Pilih warna yang anda inginkan.
- Isikan Security Questions dan Security Answers.
- Tekan Submit.
- Skrin akan memaparkan Secure Phrase dan warna yang anda sudah pilih tadi. Tekan Sign In Now.
- Isikan username anda.
- Tekan Login.
- Pastikan paparan Secure Phrase anda adalah betul.
- Masukkan password anda.
- Tekan Submit.
- Baca Terms & Conditions. Klik I Agree.
Tahniah! Anda sudah berjaya mendaftar akaun anda di PruBSN Touch.
Macam mana cara login Prudential BSN Touch?
Sesudah mendaftar, anda boleh terus login dan menggunakan portal ini. Izinkan kami berkongsi cara-caranya:
- Layari app.prubsn.com.my.
- Di sebelah kiri skrin, masukkan Username anda.
- Tekan Login.
- Secure Phrase anda akan dipaparkan. Pastikan ia betul dan tepat.
- Masukkan Password anda.
- Tekan Submit.
- Baca Terms & Conditions, tick I Agree.
- Selesai.
Macam mana kalau terlupa password Prudential PruBSN Touch?
Sekiranya anda terlupa password PruBSN Touch, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari app.prubsn.com.my.
- Pilih Forgot Username / Password.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Tekan Submit.
- Nombor TAC akan dihantar pada nombor telefon bimbit anda.
- Pastikan Secure Phrase anda tepat.
- Tekan Reset Password.
- Masukkan Password baru dan Reconfirm password baru.
- Verify Password baru anda. Password baru anda telah berjaya ditukar.
Hubungi PruBSN Touch
Sekiranya anda ada mengalami masalah untuk login, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Prudential BSN di 03-20537188 atau lawati cawangan PruBSN untuk bantuan.
Akhir kata
Semoga perkongsian kami akan memberi manfaat dan anda boleh menggunakan portal PruBSN Touch ini dengan lebih mudah.