Mesti ada di antara anda yang masih tertanya-tanya adakah rangkaian telco anda masih aktif atau sudah disenarai hitam. Bagi anda yang ingin tahu cara check blacklist telco, mari ikuti penerangan kami dalam penulisan kali ini.

Izinkan kami berkongsi.

Apa itu telco?

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, mari ketahui apa itu telco.

  • Lebih dikenali sebagai rangkaian telekomunikasi.
  • Ia digunakan untuk perhubungan yang luas.
  • Telco diguna pakai dalam jenis pelbagai bentuk searus perkembangan teknologi.

Itu adalah serba sedikit mengenai telco.

Izinkan kami berkongsi.

Cara check blacklist telco

Berikut merupakan beberapa cara check blacklist telco untuk anda tahu dan cuba.

1. Tidak boleh mendaftar pelan postpaid yang lain

Sekiranya anda sudah di blacklist, anda tidak boleh mendaftar pelan postpaid dari mana-mana telco yang lain.

Kebiasaannya, untuk mendapatkan pelan postpaid dari telco yang lain. Pihak telco berkenaan akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran yang baru untuk anda.

 

2. Check blacklist dengan menggunakan (MNP)

MNP bermaksud Mobile Number Portability iaitu salah satu sistem yang membolehkan pelanggan menukar rangkaian atau pelan telco sedia ada kepada yang lain atau mengekalkan nombor telefon yang sama untuk bertukar ke telco yang berbeza.

Anda boleh membuat MNP di mana-mana cawangan atau pusat servis telco pilihan yang berdekatan anda. Anda juga boleh membuat permohonan MNP melalui laman web, mesej atau panggilan telefon mengikut permintaan telco berkenaan.

Jika anda tidak boleh menggunakan sistem MNP, ia bermaksud anda telah di blacklist oleh rangkaian telco sebelum ini.

 

3. Semak online di laman utama rangkaian postpaid

Lawati mana-mana laman utama postpaid anda melalui website secara atas talian. Setiap semakan mempunyai cara yang berlainan mengikut proses pada laman utama postpaid berkenaan.

Sebagai contoh, jika anda ingin membuat semakan menggunakan laman web U Mobile.

Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Layari laman web U Mobile di sini https://www.store.u.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama U Mobile Online Store.
  3. Sila tekan butang CHECKOUT.
  4. Anda akan dibawa ke ruangan New Plan Validation.
  5. Sila isikan maklumat yang diminta dengan lengkap seperti:
    • Identification Number
    • Date of Birth
  6. Tekan Verify. (Anda tidak akan dibawa ke laman seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran sekiranya anda telah di blacklist)
  7. Selesai.

PERHATIAN

  • Anda akan menerima notis pemberitahuan seperti Sorry, you are unable to make any purchases now as you have been blacklisted by service provider(s) below jika anda telah di blacklist oleh rangkaian telco anda sebelum ini.

 

4. Ada masalah untuk check blacklist telco?

Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk check blaclist telco anda. Sila berkomunikasi dengan pihak rangkaian telco anda melalui panggilan telefon, mesej, email dan seumpamanya.

Anda juga boleh melayari akaun media sosial rangkaian telco berkenaan untuk mendapatkan sebarang pengumuman dan maklumat lanjut.

 

Akhir kalam

Diharapkan penulisan ini dapat membantu memberikan pencerahan kepada anda yang ingin tahu cara check blacklist telco dengan mudah dan cepat. Semoga ianya dapat memudahkan urusan anda.

Sekadar berkongsi, terdapat pelbagai senarai telco di Malaysia yang boleh anda cuba untuk memastikan anda mendapat servis rangkaian telco yang terbaik walau di mana anda berada.

Rugi juga kalau bayar mahal-mahal tetapi line kurang. Betul tak? Buatlah pilihan yang bijak.

Semoga bermanfaat.

 

 

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply