Tahukah anda, sekarang kita boleh tengok polisi insurans secara online? Tak perlu simpan polisi bercetak yang tebal-tebal dalam stor. Jika anda bercadang untuk muat turun semula atau memperbaharui insurans kenderaan, boleh sahaja gunakan servis Etiqa ini. Berikut kami kongsikan cara daftar Etiqa dan seterusnya cara login Etiqa secara online.

Cara daftar Etiqa

Mohon izin maklumkan, ini adalah cara daftar Etiqa untuk melihat polisi insurans sedia ada. Boleh juga boleh untuk register dan renew insurans.

Perkongsian ini bukannnya cara login untuk agent.

Teruskan membaca langkah di bawah untuk proses pendaftaran Etiqa.

  1. Layari laman web https://www.etiqa.com.my
  2. Anda akan tiba di portal rasmi Etiqa.
  3. Pada bahagian menu atas, boleh tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia
  4. Seterusnya, tekan butang MY ACCOUNT.
  5. Pada laman seterusnya, tekan butang Register untuk First Time Registration
  6. Akan keluar pop-up box Terms & Conditions. Baca terma & syarat yang tertera. Jika anda bersetuju, tekan butang I Agree.
  7. Akan tertera pop-up box Beberapa ruangan perlu anda sediakan. Pada ruangan Policy/Certificate Number, masukkan nombor policy anda. Sekiranya nombor policy anda mempunyai abjad, masukkannya sekali.
  8. Pada Identification Type, pilih jenis pengenalan diri yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan baru atau MyKad anda, pilih New NRIC.
  9. Pada ruangan Identification Number, masukkan nombor MyKad anda.
  10. Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda dan mestilah bermula dengan nombor 60. Pastikan tiada simbol ”“ dimasukkan.
  11. Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  12. Tekan butang Proceed untuk meneruskan proses dan cara daftar Etiqa
  13. Kemudian, anda akan menerima SMS daripada Etiqa yang mengandungi kod pengaktifan.
  14. Pada laman seterusnya, masukkan kod pengaktifan yang anda peroleh pada ruangan yang disediakan.
  15. Tekan butang Proceed.
  16. Pada laman seterusnya, ialah laman untuk Security Settings. Isi kesemuanya.
  17. Kemudian, tekan butang Save.
  18. Anda akan menerima emel daripada Etiqa memaklumkan bahawa pendaftaran akaun anda berjaya.
  19. Pendaftaran akaun anda berjaya.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mengalami masalah mengenai registration atau cara daftar Etiqa, ada Live Chat di bahagian bawah kanan dari pihak Etiqa. Boleh tanya apa-apa sahaja soalan sekiranya mereka online.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara daftar Etiqa ini dapat memudahkan lagi urusan anda dalam memperbaharui insurans kenderaan.

Jika pembayaran insurans adalah secara automatik dari Maybank, sila login Maybank2u dan buat pengesahan samada amaun yang betul ditolak setiap bulan.

Sekali-sekala, perlu buat semakan. Bimbang tersilap kiraan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

5 Comments

  1. Kenapa xboleh daftar? Xboleh daftar bgi salah mana² bahagian ok la.. Ini dibalas bhsa plenet mana aku pun tak faham. Minta translit ( )

Leave A Reply