Sebagai pelanggan HSBC, pasti anda ingin berdaftar untuk online banking HSBC, bukan? Adakah anda masih keliru dengan panduannya? Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar HSBC online banking secara padat tapi mudah.

Persediaan 

Pastikan anda pelanggan HSBC sebelum berdaftar untuk online banking HSBC.

Anda juga perlukan HSBC/HSBC Amanah sebelum teruskan ke cara daftar online banking HSBC:

  • Nombor kad kredit dan PIN
    • Bagi aktifkan kad kredit anda, hubungi +603 8321 8999.
    • Tekan 1 untuk aktifkan kad kredit anda.
    • Kemudian, ikut arahan yang diberi
    • Setelah selesai, tekan 2 untuk create kad kredit PIN anda.
  • Nombor kad debit dan PIN
    • Bagi aktifkan kad kredit anda, hubungi +603 8321 8999.
    • Tekan 2 untuk PIN kad debit.
    • Masukkan MyKad/Pasport dikuti dengan 4 angka terakhir kad debit anda.
    • Kod sekuriti berangka 6 akan dihantar kepada nombor telefon yang berdaftar.
    • Masukkan kod sekuriti tersebut bagi melengkapkan proses ciptaan PIN.
    • Masukkan PIN berangka 6 yang baru.
    • Sahkan PIN tersebut.
  • Phone banking number dan PIN
    • Hubungi talian hotline 1300 88 1388/1300 88 9393
    • Bagi pelanggan HSBC (deposit), anda akan diminta untuk memberikan nombor kad debit berangka 16/MyKad & PIN kad debit.
    • Bagi pelanggan HSBC kad kredit, anda akan diminta untuk memberikan MyKad bagi tujuan pengesahan.

Sekiranya terlupa nombor phone banking anda, hubungi 1300 88 9393 atau lawati cawangan HSBC yang terdekat.

Cara daftar HSBC online banking

Panduan daftar untuk HSBC online banking terbahagi kepada dua seperti di bawah.

#1 Melalui HSBC/HSBC Amanah secara online

Berikut cara pendaftaran HSBC online banking secara online.

  1. Layari laman web untuk terus ke laman pendaftaran https://www.hsbc.com.my/security/registration/
  2. Pilih Credit card number/Phone banking number/Debit card number.
  3. Sekiranya anda pilih kad kredit, masukkan nombor kad kredit anda pada ruangan Credit card number (16 digits).
  4. Tandakan pada kotak Yes, I have a HSBC bank account sekiranya ada akaun HSBC.
  5. Tapi sekiranya hanya ada kad kredit HSBC sahaja, tandakan pada kotak No, I only have my credit card.
  6. Sekiranya anda pilih Phone banking number, masukkan nombor telefon yang anda daftar untuk akaun bank anda (pada ruangan Phone banking number).
  7. Masukkan PIN berangka 6 anda pada ruangan Phone banking PIN.
  8. Jika anda pilih Debit card number, masukkan nombor kad debit anda pada ruangan tersebut.
  9. Masukkan PIN berangka 6 pada ruangan Debit card PIN.
  10. Klik Continue.
  11. Anda akan terima 1 SMS kod verifikasi.
  12. Masukkan kod berdigit 6 yang diterima tersebut pada ruangan Please enter the 6 digit activation code.
  13. Klik Continue bagi teruskan proses cara daftar online banking HSBC.
  14. Kemudian, masukkan username anda pada ruangan Username (6 – 30, mengandungi abjad, nombor atau simbol bukan abjad & nombor).
  15. Reka password seperti yang disyaratkan dan masukkan pada ruangan Password.
  16. Sahkan password pada ruangan Confirm password.
  17. Klik Continue.
  18. Pada bahagian Create security question,  pilih soalan keselamatan pada ruangan Security question.
  19. Pada ruangan Answer pula, masukkan jawapan bagi soalan keselamatan anda.
  20. Sahkan jawapan bagi soalan keselamatan pada ruangan Confirm security answer.
  21. Klik Continue.
  22. Kemudian, tandakan pada kotak I have read and agree to the terms & conditions for online banking.
  23. Klik Continue.
  24. Selesai. Anda boleh log on ke akaun online banking anda.

 

#2 Melalui aplikasi mobile banking HSBC Malaysia

Selain secara online, anda juga boleh daftar menggunakan aplikasi mobile banking HSBC Malaysia.

  1. Klik pada butang Not registered for online banking.
  2. Klik pada kotak I accept the Terms & Conditions.
  3. Klik Continue.
  4. Sahkan identiti anda menggunakan Debit card PIN/Credit card PIN/Credit card number,date of birth & mobile number/Phone banking PIN.
  5. Klik Continue.
  6. Buat unique username anda antara 6 – 30 (mengandungi abjad & nombor).
  7. Klik Continue.
  8. Reka password pada ruangan Create password.
  9. Sahkan password pada ruangan Confirm password.
  10. Klik Continue.
  11. Pilih soalan keselamatan pada bahagian Choose a security question.
  12. Kemudian, klik Continue.
  13. Tentukan jawapan untuk soalan keselamatan pada bahagian Answer security question.
  14. Sahkan jawapan tersebut pada ruangan Confirm answer.
  15. Klik Continue.
  16. Masukkan PIN berangka 6 baru anda pada ruangan Enter your new 6 – digit PIN.
  17. Anda akan terima SMS yang mengesahkan Mobile Secure Key anda telah berjaya diaktifkan.
  18. Anda juga boleh baca cara register mobile banking HSBC untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar online banking HSBC di laman web rasmi HSBC di sini.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar HSBC online banking telah memudahkan lagi urusan anda.

Untuk pengguna foreign bank yang lain, boleh rujuk panduan yang kami tulis; antaranya cara daftar Standard Chartered online banking dan juga daftar OCBC Bank.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply