Untuk semua para pengguna setia Apple, kini Apple telah melancarkan sebuah pelan unik untuk semua pelanggan Apple. Syarikat Apple telah melancarkan “Apple One” baru baru ini pada 30 Oktober 2020 khas untuk semua penggunanya.

Jadi, bagi yang tidak tahu macam mana nak subscribe, izinkan kami kongsi cara langgan Apple One.

Sedikit mengenai Apple One

Berita mengenai Apple One ini diumumkan oleh ketua pegawai kewangan Apple, Luca Maestri.

Apple One merupakan langganan semua dalam satu (All-In-One) yang menghimpunkan empat perkhidmatan Apple, antaranya termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud.

Harga pakej langganan Apple One di Malaysia

Di Malaysia, terdapat dua pelan pakej yang ditawarkan oleh Apple. Pertama adalah pelan individual dan yang kedua merupakan pelan keluarga (family).

Pakej individu Apple One

Harga yang ditawarkan oleh Apple untuk pelan individu adalah sebanyak RM19.90. Dalam pakej individual antara servis yang akan dinikmati oleh pelanggan adalah Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud sebanyak 50 GB.

Jika anda tidak berkongsi dengan siapa-siapa, ini adalah pakej yang sesuai. Terus baca cara langgan Apple One seperti di bahagian bawah.

Pakej keluarga Apple One

Seterusnya untuk pelan keluarga (family) Apple menetapkan harga sebanyak  RM33.90, antara servis yang bakal dinikmati dalam pelan keluarga adalah Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud sebanyak 200 GB. Bagi pelan keluarga, pelan tersebut boleh dikongsi dan digunapakai oleh seluruh keluarga, Ia boleh dikongsi sehingga 5 orang.

Apple One Premier tidak ditawarkan di Malaysia

Namun di Malaysia, pelan Apple One Premier tidak akan ditawarkan atau mungkin akan ditawarkan dalam masa akan dating dan bukan dalam masa yang terdekat.

Dalam pelan Premier pula storan iCloud yang ditawarkan adalah sehingga 2 TeraByte (TB), Apple News+ dan Apple Fitness+ juga disatukan di dalam pelan tersebut.

Buat masa ini, hanya dua sahaja pelan yang akan ditawarkan di Malaysia. Apple dijangka akan menambah pelan premier dan beberapa lagi perkhidmatan lain seperti Apple News+ dan Apple Fitness+ tidak lama lagi.

Cara langgan Apple One Malaysia

Berikut ialah cara yang paling mudah dan ringkas untuk subscribe Apple One.

  1. Pertama, anda harus ke tetapan (settings) pada telefon pintar anda
  2. Setelah membuka tetapan, anda hanya perlu tekan pada nama anda di bahagian paling atas pada telefon pintar anda
  3. Kemudian anda perlu tekan pada “Subscriptions” dan anda mungkin perlu menunggu buat beberapa saat sebelum Apple One dipaparkan pada skrin telefon anda
  4. Setelah Apple One muncul pada paparan telefon anda, anda perlu klik “Get Apple One
  5. Setelah anda klik, akan muncul pada paparan skrin telefon anda dua pelan iaitu pelan Individual(RM19.90 / sebulan) dan pelan Family (RM 33.90 / sebulan). Anda perlu memilih mana mana pelan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.
  6. Setelah itu tekan “Start Free Trial”, dan anda perlu mengesahkan langganan tersebut dan selesai sudah langganan anda kepada pelan Apple One.

Akhir kata

Tahukah anda, menurut Soya Cincau, harga langganan Apple One Malaysia sebenarnya lebih murah dari negara lain. Jadi, tentu sekali berbaloi.

Tambahan lagi, Apple menyediakan tempoh percubaan selama sebulan bagi mana mana perkhidmatan yang belum pernah dilanggan. Anda hanya perlu cuba cara langgan Apple One seperti di atas sahaja.

Setelah tamat sebulan sekiranya tidak dibatalkan pelan, pelan tersebut akan diperbaharui secara automatik sebagai langganan bulanan anda.

Terakhir, jemput baca solusi kepada permasalahan peranti Apple seperti kenapa iPhone tak boleh on dan kenapa iPhone cepat panas.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply