Cara paling mudah langgan internet Tune Talk ialah melalui aplikasi Tune Talk: buka app, pilih plan di bahagian Subscribe Now atau Get Add-Ons, kemudian bayar guna kredit. Selain itu, anda boleh dail *111# atau hantar SMS kod plan ke 2222.

Plan Internet Tune Talk Semasa

Tune Talk kini menawarkan plan Epik+ dan beberapa pilihan lain seperti berikut:

  • Epik+ 28: 50GB 5G/4G, RM28/bulan (SMS: EPIK28)
  • Epik+ 35: 200GB 5G/4G, RM35/bulan (SMS: EPIK35)
  • Epik+ 50: 500GB 5G/4G, RM50/bulan (SMS: EPIK50)
  • Mingguan: 15GB, 7 hari (SMS: MINGGUAN)
  • Tahunan 200: 10GB, setahun, RM200 (SMS: TAHUNAN200)
  • Tahunan 99: 2GB, setahun, RM99 (SMS: TAHUNAN99)

Anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui cara sos topup Tune Talk.

Anda juga boleh baca cara share kredit Tune Talk sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan share kredit.

Cara langgan Internet Tune Talk guna app

Berikut merupakan cara langgan internet melalui aplikasi Tune Talk. Pastikan anda telah muat turun aplikasi ini sebelum menggunakan cara ini.

  1. Buka aplikasi Tune Talk pada telefon anda.
  2. Pastikan kredit anda cukup dan telah ditambah nilai (topup).
  3. Klik butang Subscribe Now yang berada di bahagian My Account.
  4. Anda akan diberi pilihan plan internet yang ditawarkan oleh Tune Talk.
  5. Pilih dan klik data plan yang diingini.
  6. Kemudian, klik Pay with Credit.
  7. Klik Confirm.
  8. Satu pop-up akan mengesahkan bahawa Your subscription request has been sent and will be activated within 3 minutes.
  9. Klik butang OKAY.
  10. Selesai.

Cara langgan Internet Tune Talk melalui SMS

Anda juga boleh melanggan melalui SMS seperti panduan di bawah. Setiap SMS ke 2222 dikenakan caj RM0.20.

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Klik New Message (mesej baru).
  3. Taip kod plan pada ruang mesej baru dan hantarkan ke 2222.
  4. Contohnya, untuk langgan Epik+ 28 (50GB, RM28/bulan), taip EPIK28 dan hantar ke 2222.
  5. Anda akan terima SMS pengesahan bahawa transaksi anda telah berjaya.
  6. Selesai.

Subscribe Internet Tune Talk (Dail *111#)

Anda juga boleh langgan internet Tune Talk melalui USSD seperti cara di bawah.

  1. Dail *111#.
  2. Pilih 3, Data Plan.
  3. Klik Send.
  4. Kemudian, pilih tempoh plan yang dikehendaki:
    • 1, Daily
    • 2, Weekly
    • 3, Monthly
    • 4, Yearly
  5. Pilih plan yang sesuai dan klik Send.
  6. Pilih 1, Confirm dan klik Send.
  7. Anda akan terima pop-up pengesahan bahawa langganan sedang diproses.
  8. Klik OK.

Untuk semak baki data, dail *134#.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tentang cara langgan internet Tune Talk telah memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.