Jika mahu mulakan bisnes dan pening kepala di mana mahu dapatkan permohonan bantuan, jemput baca tentang pinjaman MARA untuk perniagaan seperti di bawah.
Apply dahulu, dapat atau tidak itu belakang cerita.
Sedikit mengenai pinjaman perniagaan MARA
Pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan negara ini, terutama di kalangan usahawan Bumiputera. Ada cara-cara khusus dan syarat-syarat kelayakan khas untuk memohon pinjaman perniagaan MARA.
Sebahagian besar daripada syarat kelayakan memohon pinjaman perniagaan MARA biasanya mudah dipenuhi.
Pinjaman MARA untuk perniagaan
Berikut ialah perincian mengenai cara memohon pinjaman perniagaan MARA berserta jenis pinjaman dan syarat kelayakan berkaitan.
Info asas pinjaman perniagaan MARA
MARA ialah agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan.
Secara khusus, MARA berfungsi membantu aktiviti ekonomi, termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan untuk usahawan.
Menerusi pinjaman perniagaan MARA, usahawan berkelayakan mampu mengatasi masalah ketidakcukupan dana kewangan bagi melicinkan operasi perniagaan dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Pembiayaan MARA biasanya antara lain bertujuan membolehkan usahawan membeli aset tetap, menambah modal kerja dan menampung belanja pengurusan.
Pembiayaan menerusi pinjaman perniagaan MARA ini juga dapat digunakan oleh usahawan untuk membeli bahan mentah, bahan separuh siap, bahan siap dan peralatan alat ganti, iaitu bergantung pada keperluan dan kesesuaian perniagaan masing-masing.
Sebahagian besar pembiayaan MARA ialah berdasarkan konsep al-Murabahah.
Untuk keperluan membeli aset perniagaan, usahawan boleh memilih pinjaman perniagaan MARA di bawah konsep al-Ijarah.
Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli peralatan mesin, kilang, kenderaan dan aset mudah alih yang lain.
Di bawah skim pembiayaan ini, usahawan menyewa peralatan berkenaan dengan MARA.
Apa yang menarik ialah setelah nilai bayaran sewa diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tertentu, peralatan berkenaan akan dipindah milik kepada usahawan sebagaimana amalan dalam skim sewa beli kenderaan.
Manakala bagi menampung perbelanjaan mengurus (overhead cost) seperti membayar gaji pekerja, sewa premis, bil fasiliti (elektrik, air dan telefon), usahawan boleh mendapatkan pembiayaan MARA yang ditawarkan menerusi konsep Bai al-Inah.
Syarat asas kelayakan pinjaman MARA
Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu diketahui usahawan sebelum memohon pinjaman perniagaan MARA.
Jika syarat kelayakan berkenaan dipenuhi, biasanya tidak sukar untuk MARA meluluskan sesuatu permohonan pembiayaan kewangan kepada usahawan.
Benar, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ada kalangan usahawan merungut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan pinjaman perniagaan dari bank dan agensi tertentu, termasuklah MARA.
Namun, hakikatnya MARA masih mengekalkan fungsi asalnya, iaitu membantu aktiviti ekonomi, termasuklah kekal menyediakan pembiayaan kewangan kepada mana-mana entiti perniagaan dan usahawan yang layak.
Antara syarat kelayakan bagi memohon skim pinjaman MARA ialah:
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Berumur 18 tahun dan lebih
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran pihak berkuasa
- Berpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan terbabit
- Modal pemohon pinjaman mestilah 10 peratus daripada kos projek
- Mengemukakan cagaran / jaminan mencukupi
- Mesti mengikuti kursus keusahawanan jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan
- Menjalani ujian psikometri (kecuali skim pinjaman tertentu)
Sudah tentu syarat memohon pinjaman yang ditetapkan MARA bukan bertujuan menyusahkan usahawan, sebaliknya bagi memudahkan segala proses pembiayaan dan memastikan usahawan benar-benar bersedia untuk melaksanakan projek dan perniagaan terbabit setelah permohonan pinjaman diluluskan.
Jenis pinjaman MARA
Ada beberapa skim pinjaman perniagaan di MARA yang boleh dan sesuai dipohon usahawan.
Secara asasnya, terdapat tiga jenis pembiayaan perniagaan:
- Pembiayaan Kontrak
- Pembiayaan Am (Pinjaman bawah RM500,000)
- Pembiayaan Am (Pinjaman dari RM500,000 ke RM5 juta)
Setiap satu dari kategori yang dinyatakan di atas, mempunyai banyak lagi skim di bawahnya.
Walaupun ada banyak lagi skim pinjaman yang disenaraikan di laman rasmi MARA, izinkan kami kongsi beberapa yang ada:
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE)
Antaranya termasuklah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) yang dikhususkan kepada usahawan Bumiputera dalam bidang kontrak binaan, perkhidmatan dan elektrik yang memperolehi kontrak dari kementerian atau agensi kerajaan.
Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)
Skim pinjaman perniagaan MARA lain ialah Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) untuk pembelian harta tetap, ubah suai premis dan modal pusingan serta Skim Pembiayaan Lepasan iPMa (SEMAi) untuk lepasan institusi pendidikan MARA.
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Skim lain ialah Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), iaitu satu bentuk jaminan kewangan MARA untuk beberapa bank komersial terpilih bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan.
MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS)
Usahawan juga boleh memohon skim MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS), iaitu skim kerjasama dengan Bank Rakyat yang MARA bertindak sebagai penjamin pinjaman, manakala Bank Rakyat sebagai penyedia pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan kontrak atau projek.
Cara mohon pinjaman MARA untuk perniagaan
Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti usahawan dalam memohon skim pinjaman MARA.
Isi borang
Untuk bermula, usahawan boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat MARA berdekatan.
Biasanya usahawan perlu mengisi beberapa borang berkaitan permohonan pinjaman MARA untuk perniagaan, termasuklah borang maklumat peribadi, borang jaminan atau cagaran serta borang permohonan pembiayaan perniagaan.
Business plan
Usahawan yang berminat, perlu sediakan rancangan perniagaan atau business plan untuk pihak MARA. Ini adalah bertujuan untuk melihat samada pemohon benar-benar serius dan mampu untuk menjalakan bisnes.
Kami sarankan agar anda menghubungi sesiapa yang telah berjaya mendapatkan pembiayaan dari MARA dan ikuti nasihat mereka.
Akhir kata
Untuk maklumat lanjut, usahawan boleh hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur menerusi talian 03-2613 2543 atau 03-2613 2544.
Maklumat lanjut boleh juga diperolehi di mara.gov.my.
Semoga bermanfaat.
31 Comments
SAYA MEMPUNYAI LESEN KONTRAK KELAS F DAN BERDAFTAR DENGAN CIDB. INGIN MEMOHON PINJAMAN TANPA CAGARAN. SEBANYAK RM 50K BAGAIMANA CARANYA..SAYA TINGGAL DI PUTATAN SABAH.
Saya mempunyai lesen berniaga untuk bisnes studio rakaman, menerbit/menjual album lagu-lagu tempatan sabah produk CD/DVD bermula dari tahun 2015 lalu.
Oleh itu saya ingin memohon pembiayaan perniagaan mara sebanyak rm30,000 sekiranya layak
Saya mempunyai ssm dan lesen perniagaan.tp sya hnya berniaga di pasar malam boleh ke saya mohon pinjaman mara dan mcm mana caranya
Saya berkerja sebagai foreman dan berpengalaman hmpir 10tahun..memang niat nak bukak bengkel..kadang saya buat kerja dekat rumah.. Jadi bolehkah sy buat pinjaman mara 30k?
Saya menjalankan perniagaaan produk kesihatan secara sambilan,bagaimanakah saya hendak mendapatkan bantuan tambahan modal dalam perniagaan saya.
Salam sejahtera saya menjalankan servis kereta tidak punyai kedai hanya dirumah kediaman, punyai ssm , acc semasa memerlukan pinjaman dari mara,terima kasih
Saya ada lesen perniagaan tanpa premis dari Majlis Perbandaran. Bolehkah buat pinjaman dengan Mara?
Saya menjalankan perniagaan
Secara talian online menjual produk kecantikan, nutrition produk, supplements dan aksesori wanita dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara
Assalamualaikum kami ada kedai menjahit pakaian polis hospital imigresen dan lain lain kami telah berniaga dari 2010 dan masih berniaga sampai hari ini..apakah kami layak mohon bantuan keuangan dari mara untuk menambah pembelian aset mesin jahit dan modal yang lain terima kasih..
Saya hendak pinjam rm 75,000.00.untuk modal pusingan
Assalamualaikum Saya menjalankan perniagaan
Mobile Spa dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara
Saya menjalankan perniagaan
Mobile Spa dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara
suami saya mempunyai lesen perniagaan..kami berdua tidak mempunyai modal untuk berniaga secara kecilan.boleh kah kmi berdua membuat pinjaman mara
Sy mempunyai kedai kecil kecilan dan sy hendak memohon pinjaman mara sebanyak rm15,000 untuk mengubah suai kedai dan menambah modal,adakah sy layak untuk memohon pinjaman mara
saya nak pinjam rm10000,untuk modal pusingan
saya nk guna modal utk niaga dan bsrkn..beli brng2 kdai..perlu 40k
Saya perniagaan perabot jati yg di ambil terus dari indonesia dan ada kedai sendiri.. saya memerlukan modal pusingan sebanyak rm 80k.. layak ke saya nak membuat loan dgn syarikat mara.T.K
untuk permohonan pinjaman mara, apa yang perlu saya sediakan untuk document? blh apply oline or walk in dimana-mana cawangan mara yang berdekatan. tq.
ASSALAMUALAIKUM,SY DAH BERNIAGA KUIH HAMPIR 4 TAHUN ,SY PUNYAI SSM DAN PUNYAI AKAUN BANK YG AKTIF LAYAK KE SY UNTUK MEMBUAT PINJAMAN MARA BAGI MEMBELI OVEN DAN MIXER YG LAGI BESAR UTK TUJUAN PERNIAGAAN KUIH SY DAN INGIN MEMPERLUASKAN LAGI PASARAN JUALAN KUIH SY
untuk permohonan pinjaman mara, apa yang perlu saya sediakan untuk document? blh apply oline or walk in dimana-mana cawangan mara yang berdekatan. TQ
Assalamualaikum, Saya ingin memulakan perniagaan kontraktor perumahan. Jadi apa peluang Dan rujukan pada saya untuk mendapatkan permohonan pinjaman mara yang sesuai buat saya. Mohon pencerahan. Terima kasih
Saya mempunyai bengkel motor…tp kekurangan modal untuk membeli barangan kedai…boleh kah saya memohon pinjaman mara
Assalamualaikum…
Saya sedang menjalankan perniagaan membuat dan menjual biskut dan pelbagai jenis kek di rumah saya. Saya mempunyai lesen SSM dan saya bercadang untuk mengembangkan perniagaan saya dengan membuka kedai kek. Bolehkah pihak MARA membantu saya dalam urusan mendapatkan ruang/ premis perniagaan serta pembiayaan…
Sy perlukan wang model pusingan sebanyak rm100k dn sy ada ssm sya sewa kedai restoran di kawasan taman sungai besi jumlah sewa kedai rm9500 sy perlukan model sebanyak rm100k boleh sy buat pinjaman pada mara tq
Saya sedang menjalankan perniagaan di lokasi kuala lumpur iaitu restoran sy kekurangan model dan perlukan pinjaman dri MARA.selain itu saya ada SSM dn DBKL.boleh ke sy buat pinjaman sebanyak 200k
Sy berniaga dr rmh menjual makanan dan membuat penghantaran..lebih 6 bulan dan ada lesen berniaga..boleh ka saya membuat pinjaman utk membuka premis perniagaan
Saya ada berniaga online seperti cadar dan lain lain dulu saya bukak booth saya tiada lesen perniagaa cuma ada ssm dgn acc boleh ke saya hendak membuat pinjaman bermodalkan hanya 20k
sy ada ssm bekerja dlm bidang elektrical,ingin membuat pinjaman untuk mendirikan rumah sewa diatas tanah sendiri,bagaimana cara2 permohonan,,pinjaman bermodalkan 150000,
Saya ingin meminjam 100k UTK modal pusingan
Saya ingin ada lesen berniaga kontraktor dan ingin memohon pinjaman sebanyak rm100k UTK modal pusingan
Assalamualaikum. Saya baru nak mulakan urusniaga emas terpakai.perlukan modal untuk pusingan beli emas terpakai. Lesen belum lg memohon. Nak dapatkan modal dahulu.