Orang kata, dengan cara refinance rumah, kita boleh dapat duit. Selain itu, dengan pembiayaan semula rumah ini, kita dapat memendekkan lagi tempoh pembayaran hutang.

Tambah lagi sedikit dengan pengeluaran duit KWSP, Tabung Haji dan ASB, mungkin boleh pendekkan lagi tempoh loan rumah itu.

Benarkah begitu?

Apa maksud refinance rumah?

Sebelum itu, izikan kami berkongsi mengenai refinance rumah.

Ia bahasa awam atau bahasa percakapan biasa yang merujuk kepada pembiayaan semula aset hartanah, iaitu rumah.

Dalam bahasa lebih mudah faham, refinance rumah bermaksud mewujudkan pinjaman baru untuk melunaskan hutang sedia ada.

Dalam tulisan ini penulis akan menggunakan istilah ‘refinance rumah’ merujuk kepada maksud pembiayaan semula pinjaman perumahan.

Asasnya, refinance rumah sepatutnya dapat meringankan beban kewangan membayar balik hutang, bukan menambah amaun bayaran balik hutang.

Pembiayaan semula rumah, boleh kurangkan beban

Ya, sepatutnya refinance rumah dapat meringankan beban kewangan, termasuklah dari segi kadar faedah lebih rendah, amaun bayaran balik juga lebih kecil dan peminjam memperolehi sejumlah wang tunai pada kadar tertentu.

Justeru, ada beberapa perkara perlu diketahui berhubung refinance rumah supaya keputusan membuat pembiayaan semula ini menghasilkan kebaikan.

Artikel ini akan memperincikan beberapa perkara, termasuklah sebab musabab kepada keperluan membuat refinance rumah dan info-info penting yang perlu anda tahu dan ambil kira seperti risiko, nilai pasaran semasa rumah, rekod kewangan dan beberapa hal lain.

Cara refinance rumah

Sebelum anda membuat keputusan yang besar ini, cuba ikut cara pembiayaan semula yang kami kongsikan seperti di bawah.

Pastikan ada proses refinance rumah

Jangan main semberono, suka-suka mahu finance rumah. Orang buat, kita juga mahu buat.

Pastikan kita tahu apa proses pembiayaan semula rumah.

Buat sedikit kajian dengan membaca. Jangan terus buat sahaja.

 

Tetapkan sasaran kewangan

Anda perlu pastikan, apakah tujuan sebenar anda untuk refinance rumah.

  • Adakah untuk kurangkan pembayaran bulanan housing loan?
  • Adakah mahu memendekkan tempoh masa bayar hutan?
  • Adakah mahu ambil sedikit duit untuk perbaiki rumah yang rosak?
  • Atau adakah mahu dapatkan sedikit wang untuk bayar hutang?

Tepuk dada, tanya poket sendiri.

Tak semua yang kita mahu, kita boleh dapat.

Buat keputusan betul-betul. Gunakan kalkulatar refinance rumah untuk buat semakan samada dengan memulakan pinjaman perumahan baru, kita akan kerugian atau tidak.

 

Check nilai pasaran rumah sekarang

Ini juga sangat mustahak. Anda perlu ada maklumat mengenai nilai pasaran semasa rumah anda sebelum membuat refinance.

Ada banyak cara dan pelbagai sumber untuk mengetahui harga pasaran rumah sama ada melantik agen penilai hartanah atau membuat semakan sendiri mengenai nilai hartanah di kawasan anda.

 

Semak rekod CCRIS

CCRIS merujuk kepada sistem yang diwujudkan Bank Negara Malaysia dikenali sebagai Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System) bertujuan merekod dan menilai tahap “kesihatan kredit” seseorang.

Biasanya ramai orang risau apabila berkait dengan CCRIS. Apapun, jika anda mahu refinance rumah, mahu tidak mahu anda perlu menyemak dan mengetahui status kredit lampau dan kredit semasa.

Ini kerana, apabila anda mengemukakan permohonan kepada bank untuk refinance rumah, CCRIS adalah antara pusat rujukan utama bagi institusi kewangan itu untuk mengetahui sama ada anda kompeten (layak) atau tidak dari sudut kredit dan kewangan.

 

Buat analisa, adakah ini berisiko besar?

Antara cara buat refinance rumah yang paling penting ialah ambil peduli tentang risiko yang anda bakal berhadapan.

Setiap keberhasilan kewangan tentu ada risiko. Begitu juga dalam soal refinance rumah. Ia ada risiko. Ini perlu dinilai dan diberikan perhatian sebelum mengambil keputusan refinance rumah.

Justeru, semak beberapa perkara, termasuklah perjanjian pinjaman sedia ada.

Adakah disebut di dalam perjanjian berkenaan sebarang denda atau penalti jika anda membuat refinance ke atas hartanah berkenaan.

Jika ada denda atau penalti, adakah ia pada kadar tinggi atau pada kadar munasabah yang bijak untuk anda buat refinance.

 

Jangan ambil satu bank sahaja

Jika ingin buat pembiayaan semula rumah, pastikan anda pergi beberapa bank untuk mendapatkan sebut harga dan cadangan untuk pembiayaan semula. Jangan terus ambil bank yang sekarang, iaitu bank yang anda sedang buat pembiayaan.

Antara bank yang boleh membuat urusan refinance rumah ialah:

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • CIMB
  • MBSB
  • Ambank
  • Alliance Bank
  • AIA

 

Kebaikan refinance rumah

Biasanya ada beberapa sebab mengapa seseorang mengambil keputusan untuk buat pembiayaan semula rumah mereka.

Anda juga, jika mahu membuat refinance rumah, patut mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada sebab berkenaan, termasuklah untuk mengurangkan beban kewangan membayar balik hutang.

Bukan saja-saja mahu buat refinance rumah, sebaliknya ia sepatutnya khusus untuk mereka yang menghadapi kesukaran atau berasa terbeban bagi menyelesaikan hutang sedia ada hartanah berkenaan.

Ini kerana refinance rumah bertujuan ‘memindahkan’ baki ansuran pinjaman asal ke hutang baru pada amaun lebih kecil.

Dan, ini sepatutnya akan dapat membantu meringankan beban kewangan kerana selain menanggung amaun pinjaman pada kadar lebih rendah, peminjam berpeluang memperolehi kadar faedah lebih rendah.

Selain itu, refinance rumah memberi kebaikan dari segi tabungan (saving) apabila peminjam berpeluang menabung menggunakan lebihan amaun yang diperolehi daripada hasil refinance berkenaan.

Jika pun tidak digunakan sebagai tabungan, lebihan wang yang diperolehi daripada refinance berkenaan mungkin dapat digunakan untuk perkara lain yang lebih produktif.

Perlu diingatkan, anda tidak patut menggunakan amaun yang diperolehi itu untuk hal lain seperti aktiviti libur atau beli-belah barang tidak wajib atau tidak perlu.

 

Akhir kata

Teliti juga beberapa hal lain seperti jumlah keseluruhan kos urusan refinance rumah dan amaun perolehan wang tunai daripada refinance berkenaan.

Dan, tidak kurang penting juga ialah anda perlu semak kelayakan semasa yang ditetapkan bank atau institusi kewangan bagi menentukan anda memenuhi atau tidak semua syarat kelayakan asas untuk refinance rumah.

Kami berharap agar perkongsian tentang cara refinance rumah ini serba sedikit dapat membantu anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply