Zaman sekarang sudah banyak urusan penting yang boleh dibuat secara online seperti perbaharui lesen, insurans, roadtax dan seumpamanya. Dalam penulisan kali ini, kami akan menjelaskan kepada anda mengenai cara renew insurans kereta Etiqa untuk panduan anda.
Izinkan kami berkongsi.
Renew Etiqa
Kelebihan perkhidmatan Etiqa
Sebelum anda pergi kepada cara renew insurans kereta Etiqa, ini adalah beberapa kelebihan berurusan dengan Etiqa.
- Mengutamakan pelanggan supaya dapat membantu lebih ramai mendapat perlindungan aset, mengekalkan gaya hidup dan membina masa depan yang lebih baik.
- Tuntutan profesional dan cekap untuk memastikan tuntutan diproses dengan cepat dan mudah.
- Produk dan perkhidmatan cemerlang melalui pelbagai anugerah telah diterima.
- Kepakaran tempatan dan pengalaman antarabangsa dengan menjadi syarikat insurans tempatan terkemuka di Malaysia di bawah kumpulan Maybank dengan kepakaran antarabangsa melalui usaha sama dengan syarikat insurans antarabangsa berusia 196 tahun, Ageas.
- Mudah dihubungi dengan liputan rangkaian yang meluas di seluruh negara.
Cara renew insurans kereta Etiqa secara online di website etiqa.com.my
Berikut merupakan cara renew insurans kereta Etiqa secara atas talian di laman web Etiqa.
Ikuti cara-cara di bawah:
- Layari laman web Etiqa di sini https://www.etiqa.com.my.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Sila pilih BAHASA untuk digunakan.
- Cari icon Kereta.
- Klik pada icon Kereta.
- Anda akan dibawa ke halaman Insurans dan Takaful Kereta.
- Terdapat 2 jenis bahagian iaitu Takaful Kereta dan Insurans Kereta.
- Baca maklumat yang tertera pada kedua-dua bahagian.
- Buat pilihan yang anda inginkan.
- Tekan butang Mohon Online & Jimat 10%.
- Anda akan dibawa ke laman berikutnya.
- Masukkan Nombor Plat Kenderaan pada ruangan Jom cari kenderaan anda.
- Tekan butang Dapatkan sebut harga.
- Anda akan dibawa ke laman seterusnya.
- Sila baca notis peringatan yang tertera untuk rujukan.
- Isikan maklumat yang diminta pada ruangan yang disediakan seperti:
- Poskod
- Jenis ID
- Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Dapatkan Sebut Harga.
- Jumlah harga insurans dan maklumat kenderaan anda akan dipaparkan.
- Sila lengkapkan semua maklumat pada ruangan yang diminta mengikut keperluan anda.
- Sekiranya sudah lengkap dan tiada apa-apa masalah, sila tekan To Declaration Page.
- Halaman Declaration akan dipamerkan.
- Sila baca maklumat yang dinyatakan dengan berhati-hati.
- Tick pada kotak persetujuan maklumat yang disediakan jika perlu.
- Pastikan jumlah pembayaran anda tepat.
- Jika tiada apa-apa masalah, sila teruskan ke bahagian Payment.
- Sila tick pada option cara pembayaran anda.
- Tekan Pay Now.
- Anda akan dibawa ke laman Secure Online Payment.
- Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang diminta.
- Jika sudah confirm, tekan PayRM…
- Renew insurans kereta anda sudah berjaya.
- Anda akan mendapat notis Successful.
- Semua maklumat pembelian dan pembayaran anda akan dipaparkan pada bahagian e-Document dan Transaction Summary.
- Sila klik Download All untuk memuat turun semua dokumen insurans anda yang diperlukan.
- Selesai.
Ada masalah untuk renew insurans kereta Etiqa?
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk renew insurans kereta Etiqa atau ada pertanyaan lain yang ingin diajukan. Anda boleh menghubungi bahagian Bantuan & Sokongan Etiqa di talian 1-800-88-6491.
Anda juga boleh terus ke halaman Hubungi Kami | Etiqa Malaysia di sini https://www.etiqa.com.my/v2/hubungi-kami untuk maklumat lanjut mengenai cara menghubungi mereka.
Akhir kata
Diharapkan penulisan ini dapat membantu anda yang ingin tahu bagaimana cara renew insurans kereta Etiqa dengan cepat dan mudah. Semoga ianya dapat mempermudahkan urusan anda.
Sekadar berkongsi, untuk anda yang belum pasti mengenai harga semasa insurans kereta. Pastikan anda semak harga insurans kereta murah secara online atau check dengan ejen terlebih dahulu.
Bolehlah anda membuat perbandingan dan pilihan yang terbaik nanti.
Semoga bermanfaat.