Setiap telefon Android, lain cara untuk buat screenshot. Kali ini, kami akan kongsikan cara screenshot Samsung yang mudah. Boleh digunakan untuk kebanyakan model Samsung seperti Note 10, A50, A51 dan lain-lain lagi.
Sebagai pengguna telefon pintar, anda semestinya wajib tahu salah satu fungsi penting yang anda boleh dapat dan gunakan dalam urusan harian anda, iaitu fungsi screenshot. Kadangkala, anda ingin screenshot maklumat penting yang anda terjumpa di telefon anda.
Cara screenshot Samsung
Anda mungkin memerlukan kamera di telefon lain untuk menangkap gambar maklumat tersebut, atau anda perlu menghafal dan menyalin maklumat tersebut di kertas, dua perkara yang membazir tenaga. Telefon pintar seperti Huawei dan Samsung telah menyediakan fungsi untuk anda screenshot sahaja maklumat ini, dan gambar maklumat ini akan tersimpan secara automatik dalam telefon anda.
Macam mana untuk gunakan fungsi screenshot ini? Di bawah akan dikongsikan beberapa cara yang anda boleh gunakan.
Cara Screenshot Samsung Menggunakan Butang Home Dan Power
Fungsi ini hanya wujud di telefon Samsung yang mempunyai butang Home di hadapan skrin sahaja.
- Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
- Tekan butang Power (biasanya terletak di sebelah kanan badan telefon) dan butang Home secara serentak. Tekan dengan lama sehingga di skrin terpapar aktiviti seperti telefon anda sedang menangkap gambar, serta terdengar bunyi menangkap gambar seperti ketika menggunakan kamera (hanya boleh didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent)
- Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery (biasanya dalam file yang diberi nama screenshot).
Cara Screenshot Samsung Guna Feature Motion Control
Feature ini hanya boleh didapati pada telefon pintar Samsung model:
- Samsung S9 dan S9+
- Samsung Galaxy S8 dan S8+
- Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge
- Samsung Galaxy S6
- Samsung Galaxy Note 5
- Samsung Galaxy 5
- Samsung Galaxy S4 dan Galaxy Note 4
- Samsung Galaxy S3 dan Note 3
- Samsung Note 2
- Samsung Galaxy Note
- Dan beberapa Samsung Galaxy yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan ke atas.
Cara Screenshot:
- Buka telefon pintar anda, dan pergi ke Settings.
- Pilih Motion and Gesture.
- Pada menu tersebut, aktifkan mod Palm Swipe To Capture.
- Setelah itu, keluar dari Settings dan pergi ke gambar, maklumat, video yang anda ingin screenshot.
- Gesel tapak tangan anda di skrin dari hujung kanan skrin ke hujung kiri skrin. Bunyi screenshot terhasil, dan screenshot anda berjaya.
Cara Screenshot Menggunakan Volume Down (-) Dan Power
Fungsi ini hanya wujud pada telefon Samsung yang tidak mempunyai butang Home, seperti Samsung S8 dan S9.
Cara untuk screenshot Samsung jenis ini adalah seperti berikut:
- Pastikan bahawa telefon anda dalam keadaan aktif (bukan power off) dan bukan berkunci.
- Tekan butang Volume Down (-) dan butang Power secara serentak. Butang Volume Down biasanya berpasang dengan butang Volume Up (+), dimana butang Volume Up terletak di atas kepada butang Volume Down.
- Tekan dengan lama sehingga di skrin terpapar aktiviti seperti telefon anda sedang menangkap gambar, serta terdengar bunyi menangkap gambar seperti ketika menggunakan kamera (hanya boleh didengar jika telefon anda bukan dalam mod Silent)
- Setelah itu, anda pergi ke Gallery. Anda akan jumpa screenshot anda di file dalam Gallery (biasanya dalam file yang diberi nama screenshot)
Screenshot Menggunakan Bixby
Fungsi ini juga hanya wujud pada telefon Samsung versi baru seperti S8 dan S9. Anda hanya perlu menyebut “Hai, Bixby” pada telefon anda. Pastikan dahulu telefon anda aktif dan tidak ditutup. Kemudian, sebut “Take a screenshot”. Pastikan juga anda menyebutnya sewaktu anda sedang membuka maklumat/gambar/video yang anda ingin screenshot.
Screenshot Dengan Fungsi Scroll Screenshot
Cara screenshot Samsung dengan fungsi ini nampak lebih mudah.
Feature scroll screenshot ini membolehkan anda membuat satu screenshot untuk keseluruhan maklumat atau isi yang terdapat dalam sesebuah page. Maksudnya, anda tidak perlu lagi membuat satu screenshot untuk mendapatkan sebahagian maklumat, dan scroll ke bawah untuk screenshot maklumat lain yang tidak masuk pada screenshot yang pertama.
Hanya dengan satu scroll screenshot, semua maklumat dapat dihimpuan dalam satu gambar sahaja.
Feature scroll screenshot ini tidak dimiliki oleh semua telefon pintar Samsung. Kebanyakan telefon yang memilikinya memiliki spesifikasi yang sangat tinggi selain Samsung S8 dan S9. Contohnya, S7 dan S7 Edge.
- Masuk ke Settings.
- Pilih Advanced Features.
- Aktifkan Smart Capture. Tekan ON.
- Pergi ke maklumat/gambar/video yang anda ingin screenshot.
- Buat satu screenshot di situ, dengan menekan butang Power + Volume Down secara serentak.
- Kemudian, satu menu kecil akan tertera di skrin, iaitu Scroll Capture, Draw, Crop, dan Share. Tekan Scroll Capture.
- Scroll screenshot anda berjaya.
Akhir kata
Kesimpulannya, cara untuk screenshot di telefon pintar Samsung anda tidaklah sukar. Malah, amat mudah. Bagi anda pengguna Samsung, pastikan anda ambil tahu tentang fungsi-fungsi ini dan manfaatkan apa yang terbaik yang dapat ditawarkan oleh telefon pintar anda.
Semoga bermanfaat.