Pada masa kini banyak bank dan institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan kereta di pasaran Malaysia termasuklah Maybank. Jadi persoalannya pada hari ini sekiranya anda adalah seorang pengguna dan anda telah memiliki pembiayaan dari Maybank, bagaimanakah cara semak baki pinjaman kereta Maybank anda?

Disebabkan oleh faktor institusi kewangan menyediakan pembiayaan kereta, ramai masyarakat di Malaysia telah berpaling dan berminat untuk menggunakan transaksi pembayaran kereta dengan ciri ansuran.

Usah khuatir kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda cara semak baki pinjaman kereta Maybank anda dengan beberapa langkah yang mudah sahaja.

Tambahan pula, Maybank telah menyediakan platform pembayaran online untuk memudahkan urusan pembayaran ansuran anda menerusi komputer dan telefon pintar anda sahaja.

Cara semak baki pinjaman kereta Maybank

Buat pengguna Maybank di luar sana yang memiliki pembiayaan kereta, anda mungkin sedang memikirkan tentang berapa banyak baki ansuran anda bersama Maybank dan bagaimana cara untuk semak baki tersebut.

Berikut kami selitkan cara semak baki ansuran kereta Maybank anda:

Buat penyemakan baki akaun kereta secara online

  1. Cara semak baki pinjaman kereta Maybank yang pertama adalah anda harus ke laman web rasmi Maybank pada pautan maybank2u.com.my.
  2. Setelah melayari dan membuka laman web rasmi Maybank, anda harus log masuk ke dalam akaun Maybank anda.
  3. Masukkan nama pengguna anda.
  4. Masukkan pula kata laluan akaun Maybank anda.
  5. Pada paparan berikutnya, anda perlu klik pada “Pay & Transfer”.
  6. Kemudian klik pada “Pay”.
  7. Pilih pilihan “Payee”.
  8. Klik pula pada “Maybank Hire Purchase”.
  9. Langkah berikutnya pilih “Amount and Effective Payment Date”.
  10. Akhirnya maklumat tentang baki akaun kereta ansuran dan pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin anda.

Buat penyemakan baki ansuran melalui ATM

  1. Anda perlu ke cawangan ATM Maybank yang berhampiran dengan kawasan anda.
  2. Masukkan kad ATM anda.
  3. Masukkan PIN anda ke dalam mesin ATM.
  4. Pilih “Other Transaction”.
  5. Cara semak ansuran pinjaman kereta Maybank yang seterusnya adalah anda perlu pilih “Payment”.
  6. Pilih pula “Express Payment”.
  7. Pada menu berikutnya, klik pada “Loan / Financing”.
  8. Pilih “Vehicle Loan / Hire Purchase”.
  9. Masukkan nombor plat kenderaan anda atau nombor akaun anda ke dalam “Acc No Or Vehicle No”.
  10. Maklumat baki pinjaman ansuran anda akan dipaparkan pada skrin ATM.

Dengan adanya pilihan untuk menyemak baki ansuran anda secara online, anda dapat menjimatkan masa anda dengan melakukan pembayaran secara online di rumah sahaja.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kira pinjaman kereta anda, anda boleh rujuk artikel yang kami sediakan.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini akan memudahkan urusan anda untuk menyemak baki pinjaman kereta Maybank anda.

Semoga bermanfaat.

 

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply