Anda pengguna TuneTalk yang tahu tapi tidak biasa dengan cara share kredit, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan panduan yang ringkas bagi memudahkan segala persoalan anda tentang perkhidmatan share kredit TuneTalk.
Terdapat beberapa cara yang boleh anda guna untuk share credit melalui TuneTalk. Tapi sekiranya anda pengguna Maxis dan Digi, sila ke laman seterusnya iaitu berkenaan cara share kredit Maxis dan share kredit Digi.
Izinkan kami berkongsi.
Cara Share Kredit TuneTalk
1. Cara share kredit TuneTalk melalui USSD
Anda boleh ikuti caranya seperti di bawah.
- Dial *111#.
- Pilih 4, Credit.
- Klik Send.
- Pilih 2, Transfer.
- Klik Send.
- Masukkan nombor penerima diikuti dengan *amaun seperti yang dinyatakan pada menu Send Instructions.
- Contohnya, 013xxxxxxx*5.
- Klik Send.
- Pilih 1, Confirm bagi mengesahkan transaksi yang hendak dilakukan.
- Klik Send.
- Satu pop-up kecil keluar bahawa transaksi anda berjaya.
- Klik OK.
- Selesai.
2. Cara share kredit TuneTalk melalui SMS
Terdapat beberapa terma yang perlu anda ketahui apabila menggunakan perkhidmatan share kredit melalui SMS (dalam negara).
- Kredit minima (RM1) dan kredit maksimum (RM10) hanya boleh dipinda bagi transaksi share kredit.
- Talian anda perlu aktif dengan baki yang mencukupi.
- Setiap SMS yang dihantar ke 23232 dikenakan caj sebanyak RM0.10.
- RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya akan ditolak.
- Kredit yang dipinda mempunyai kadar tempoh sah kredit yang berbeza.
-
- Tempoh sah kredit, 1 hari (RM1 – RM2).
- Tempoh sah kredit, 3 hari (RM3 – RM10).
Berikut merupakan caranya.
- Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
- Kemudian, klik New Message (mesej baru).
- Taip RM (amaun) diikuti dengan nombor telefon penerima pada ruang mesej baru dan hantarkan ke 23232. Caranya seperti berikut:
- Contohnya, masukkan RM3 013xxxxxxx
- Pada ruang nombor penerima pula, letakkan 23232.
- Kemudian, hantarkan mesej tersebut.
- Anda akan terima satu pengesahan SMS bahawa transaksi anda telah berjaya.
- Selesai.
3. Cara request kredit TuneTalk melalui SMS
Selain cara share kredit, anda boleh juga request (minta) kredit seperti cara di bawah.
- Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
- Kemudian, klik New Message (mesej baru).
- Taip RQ (amaun) diikuti dengan nombor telefon penerima pada ruang mesej baru dan hantarkan ke 23232. Caranya seperti berikut:
- Contohnya, masukkan RQ3 013xxxxxxx
- Pada ruang nombor penerima pula, letakkan 23232.
- Kemudian, hantarkan mesej tersebut.
- Anda akan terima satu pengesahan SMS bahawa transaksi anda telah berjaya.
- Selesai.
4. Melalui TuneTalk app
Pastikan anda ada aplikasi TuneTalk dalam telefon anda sebelum menggunakan cara ini.
- Buka aplikasi TuneTalk anda.
- Klik pada simbol (…) pada sebelah kanan bawah aplikasi tersebut.
- Pilih Credit Transfer.
- Kemudian, klik pada butang bersimbol tambah (+)
- Masukkan nombor telefon penerima pada ruang To.
- Pilih amaun yang dikehendaki.
- Klik Credit Transfer.
- Sahkan maklumat anda.
- Masukkan password anda pada ruang Please key in your Selfcare password.
- Klik Submit.
- Sahkan transaksi transfer kredit anda.
- Klik Confirm.
- Selesai.
#5 Melalui SMS
Pastikan talian TuneTalk anda aktif dengan baki yang mencukupi sebelum teruskan ke caranya seperti di bawah.
- Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
- Kemudian, klik New Message (mesej baru).
- Layari laman web https://www.tunetalk.com/my/zh/coolplan/global/idd-rates bagi mengetahui kod negara lain.
- Taip RL diikuti dengan kod negara dan nombor telefon penerima pada ruang mesej baru dan hantarkan ke 33333.
- Caranya seperti berikut:
- Contohnya, masukkan RL6100692098 (kod negara dan nombor telefon penerima berbeza mengikut setiap negara).
- Pada ruang nombor penerima pula, letakkan 33333.
- Kemudian, hantarkan mesej tersebut.
- Ada satu pop-up akan keluar, klik Send.
- Pilih amaun yang hendak dipinda. (klik pada nombor 1,2…)
- Tekan pada butang anak panah bagi mengantarkan mesej tersebut.
- Klik 1 bagi mengesahkan transaksi anda.
- Hantarkan mesej itu.
- Anda akan terima SMS yang mengatakan bahawa transaksi anda berjaya.
- Anda akan terima SMS kedua bagi memaklumkan anda bahawa penerima telah berjaya dapat kredit yang dipinda.
- Selesai.
Akhir kata
Walaupun TuneTalk tidak dapat sambutan yang menggalakkan, namun mereka dapat bertanding dengan syarikat telekomunikasi yang lain seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain.
Diharapkan agar perkongsian cara share kredit TuneTalk dapat memudahkan lagi urusan anda.
Jika anda guna Celcom, boleh cuba cara share kredit Celcom juga.
Semoga bermanfaat.