Tengah cari cara nak cetak penyata HSBC Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata HSBC Bank Online

Untuk dapatkan penyata HSBC Bank, kau perlu ada Internet Banking HSBC Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata HSBC Bank.

  1. Pergi ke website HSBC di sini: https://hsbc.com.my
  2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking HSBC Bank
  3. Login hsbc.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Pilih Continue using your password
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Log On
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard HSBC online
  9. Klik akaun seperti yang terpapar contohnya Amanah Advance Account-i
  10. Klik Pay and manage
  11. Pilih View statements
  12. Pilih samada Composite statement atau Credit card statement
  13. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  14. Download statement HSBC yang dikehendaki
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Kalau baki duit simpanan HSBC Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini HSBC Bank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web HSBC Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma kau boleh cuba kaedah umum ini:

  1. Masukkan kad ATM HSBC Bank kau
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Cari fungsi Penyata Mini
  4. Tekan menu Penyata Mini seperti yang terpapar
  5. Akan keluar kertas resit kecil daripada ATM
  6. Selesai

Anda kata tak ada pilihan tersebut, aku mohon maaf.

Tak semua bank ada fungsi ini.

 

Nak Download Penyata Akaun HSBC Malaysia Guna Apps Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata HSBC Bank
menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web HSBC Bank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app HSBC Bank sendiri.

  • Untuk pengguna iPhone, muat turun app HSBC Malaysia Mobile Banking di Apple App Store
  • Untuk pengguna Android, muat turun app HSBC Malaysia Mobile Banking di Google Play

Ingat, pastikan muat turun aplikasi HSBC Bank Malaysia punya, bukan HSBC Bank Singapura.

 

Penting ke E-Statement HSBC Bank Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata HSBC Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata HSBC Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata HSBC Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini HSBC Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement HSBC Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply