Sila ambil perhatian bahawa ini jangan ambil perkongsian ini 100%. Ini kerana contoh soalan UKKM MRSM yang kami kongsikan ini hanyalah sekadar perkongsian dari ibu-bapa yang sudah selesai menghantar anak-anak mereka menjalani ujian UKKM.

Sila pastikan anda buat semakan tawaran menduduki ujian UKKM MARA terlebih dahulu.

Langkau artikel ini jika anda ada buat permohonan SBP / SMKA dan mahukan contoh soalan PKSK berdasarkan berdasarkan soalan dan jawapan UKSBP tahun-tahun sebelum ini.

Contoh soalan UKKM

Menurut pelajar-pelajar yang pernah menduduki UKKM sebelum ini, soalan Matematik adalah soalan yang pelik-pelik.

Sebenarnya, bukan pelik-pelik, tetapi ia memang menguji minda seseorang itu. Soalannya agak luar biasa. Jika pelajar benar-benar faham, mereka pasti akan mendapat jawapannya.

Matematik

Contoh soalan Matematik UKKM yang dikongsikan ialah seperti berikut:

Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?

Maklumbalas dari pelajar yang pernah menduduki peperiksaan ini, soalan tidaklah sesukar mana. Cuma perlu fikir lama untuk memahami konteks soalan tersebut yang sangat mencabar.

Jangan fikir terlalu lama, takut-takut tak cukup masa dan tak sempat jawab semua soalan.

Sains

Berkenaan soalan Sains, ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.

Walau bagaimanapun, soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:

  • Apa yang akan terjadi?
  • Apa yang kita perlu buat?

Ada yang kata, menyesal baca buku Sains kerana satu pun tak masuk dalam ujian. Apa-apa pun, lebih baik baca dari langsung tak baca.

 

Keperibadian

Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri. Ada yang kata soalannya tidak susah mana. Biasa-biasa sahaja.

Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang memang MRSM mahukan. Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.

 

Ulul Albab

Berikut pula ialah antara contoh soalan UKKM Ulul Albab. Ini adalah ujian khas dan perlu diduduki oleh pelajar.

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

 

Maklumat format ujian UKKM

Sekadar ingin memaklumkan, berbeza dengan PKSK, soalan UKKM tidak ada yang berbentuk penulisan. Semuanya adalah objektif.

Berikut ialah informasi mengenai subjek dan format Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

#1 Matematik

Masa menjawab untuk subjek Matematik ialah 30 minit sahaja. Ada 20 soalan objektif yang perlu dijawab.

#2 Bahasa Inggeris

Masa menjawab untuk subjek Bahasa Inggeris juga ialah 30 minit sahaja. Walau bagaimanapun, hanya ada 15 soalan objektif sahaja yang perlu dijawab.

#3 Sains

Subjek Sains mempunyai 30 soalan objektif. Masa menjawab dihadkan kepada 30 minit sahaja.

#4 Ujian Keperibadian

Ujian Keperibadian mempunyai paling banyak jumlah soalan iaitu 100 soalan. Dengan soalan yang banyak ini, masa yang ditetapkan cuma 30 minit sahaja.

Namun, ramai yang memberikan maklumbalas bahawa soalan Keperibadian semuanya mudah-mudah belaka.

#5 Ujian Khas Ulul Albab

Ujian Ulul Albab adalah khas untuk yang memilih untuk memasuki aliran agama. Jadi, ia terbahagi kepada dua bahagian yang perlu diambil iaitu:

  • Ujian berkenaan hafazan
  • Ujian tulisan Jawi

Contoh soalan UKKM MRSM ini ada dikongsikan di bahagian atas artikel ini.

 

Peringatan & tips untuk jawab soalan ujian UKKM

Contoh soalan UKKM MRSM sudah dikongsikan di atas. Kini, izinkan kami berkongsi beberapa tips dan peringatan sebelum dan semasa mengambil ujian ini.

  • Jangan lupa bawa Kad Pengenalan
  • Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
  • Sila bawa pensil sendiri
  • Sila bawa pemadam sendiri
  • Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti
  • Dengar taklimat ringkas terlebih dahulu
  • Berdoa agar dipermudahkan segala urusan

 

Akhir kata

Contoh soalan UKKM MRSM yang ada di sini adalah hasil perkongsian dari ibu-bapa yang cakna di Whatsapp, Telegram dan juga Facebook.

Jika anda juga salah seorang dari ibu-bapa yang sama-sama menghantar anak menduduki UKKM, jika tidak keberatan, sudi-sudikanlah berkongsi.

Semoga semua urusan untuk mengambil ujian UKKM ini dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

60 Comments

  1. 2A + 4L = 250
    L = (250 – 2A) / 4

    A + L = 100
    L = 100-A

    100 – A = (250 – 2A) / 4
    400 – 4A = 250 – 2A
    2A – 4A = 250 – 400
    -2A = -150
    A = 150 / 2
    A = 75
    L = 25
    A + L = 100

    A = Ayam
    L = Lembu

  2. saya mohon info ni di blog saya, nnti saya kreditkan ke
    blog ini boleh ya? kebetulan anak saya juga akan duduki ujian ini

  3. Jawapan soalan Matematik=100 ekor lembu – =150 ekor ayam – =250 ekor lembu+ayam Orang yg banyak komen nak bawak ape tu maksudnye die x baca betul ii dekat atas tu-_-

  4. Jawaban:

    Ayam = 75 ekor

    Penjelasan dengan langkah-langkah:

    lembu + ayam = 100

    Jumlah kaki = 250

    Ayam = ?

    Penyelesaian :
    * Mencari 2l + 2a

    → l + a = 100

    → 2( l + a ) = 2( 100 )

    → 2l + 2a = 200

    * Mencari l ( Lembu )

    4l + 2a = 250

    2l + 2a = 200

    ___________-

    2l = 50

    l = 25

    * Mencari a ( Ayam )

    a = 100 – 25

    a = 75

    Pembuktian
    * Lembu

    → 25 × jumlah kaki

    → 25 × 4

    → 100

    * Ayam

    → 75 × jumlah kaki

    → 75 × 2

    → 150

    * Jumlah hewan

    → Lembu + Ayam

    → 25 + 75

    → 100

    * Jumlah kaki

    → Lembu + Ayam

    → 100 + 150

    → 250

  5. lagi simple jln kira gini:
    x mewakili jumlah lembu, y mewakili jumlah ayam

    x+y=100
    4x+2y =250
    y=100-x

    4x+2(100-x)=250 2x=50
    4x+200-2x=250 x=25
    4x-2x=50 x= jumlah lembu

    100-x= jumlah ayam
    100-25=
    75#

  6. Pengalaman anak UKKM hari ni @ MRSM Trolak
    Maths susah skit, subjek lain ok.
    Ulul Albab ayat hafazan surah al insan (1-19). Kaedah yg ditanya, baca ayat 1-5 dahulu, stop & interviewer baca ayat 6, pasti diminta sambung hingga ayat 8, then stop.
    Sblm ujian ulul albab, diberi surah al mukminun utk dihafal ayat 1-12 & perlu hafal dlm masa 25min.
    Ujian ulul albab
    1. Surah yg diberi awal
    2. Surah tmbhan (bari diberi)
    3. Tulis ayat dlm jawi (diberi dlm 10 ayat bhs rumi), masa dlm 5min.

  7. Pengalaman UKKM hari tu:

    1. Jawab online dlm makmal komputer
    2. English – ada 3 passages dlm 2/3 soalan setiap passage
    3. Maths – Soalan Kbat dari soalan 15 ke atas
    4. Sains – tahun 4/5/6
    5. Soalan keperibadian: Jawab – Sgt setuju / setuju / tidak setuju / sgt tidak setuju

    Oh rupanya, ujian akan dijalankan secara berkala untuk grup peserta yang berbeza.

    Macam hari ni ada tiga grup. Fahri grup pertama.

    Akan datang ada lagi. Sehingga habis semua pemohon menjalani ujian.

    Tak lama. Around 3 jam saja termasuk daftar dan taklimat.

    Jadi ibu atau bapa bolehlah bawa buku untuk isi masa menunggu.
    .
    .
    .
    Pagi tadi Fahri kelihatan bersemangat.

    Jam 11.30 habis, agak muram.

    Katanya tak berjaya hafaz 8 ayat yang diberi secara rawak selama 25 minit.

    Yang lain katanya okay. Ujian Komputer. Ujian Jawi. Dan Hafazan Al Mulk.
    .
    .
    .
    Baik. Kepada anak anak yang belum jalani ujian dan akan tempuhi ujian UKKM ini,

    Di sini saya bagi tambahan tip ya. Soalan bocor.

    1. Ujian Komputer. BI. Maths. Sains. Kecenderungan. Objektif.

    2. Ujian bertulis Jawi. Jawikan perkataan.

    3. Ujian Hafazan Al Mulk ayat 1-14. Fahri dapat 10 ayat saja.

    4. Ujian Hafazan ayat rawak. Diberi di sana. Tempoh hafaz 25 minit. Bukan ayat surah lazim.

    5. Bekalkan beg kecil lengkap alatulis, minuman, biskut, surat, borang dan IC. Masa mula mula masuk ujian, jangan tinggal di luar. Bawa hingga selesai ujian.

    Pesan kat anak2 ya….. Anak saya dapat ayat al mulk tebuk tengah dan soh sambung. Dan dpt surah yg diberi on the spot.

  8. kenapa 75? kaki ayam ada 2 seekor.cuba korang 75 bahagi 2.ada baki 1 kan?takkanlah ada 1 ayam yang cacat.jawapan dia mestilah nombor genap.

  9. Soalan bi susah tk?yg sains tu antara tajuk yg msok ape eh?ngn matematik tajuk ape yg msok or Stu je contoh soalan haha sbb stress gile tkthu nk study ape haihh

  10. Aku geng amok pepereksaan (8/02/2021)
    Jadi Aku tak nak jawab sebab biarkan aku jawab dalam pepereksaan nanti….this is all about my nervousness ?chill out guys ✌️?sentiasa bersedia awal!!!my tips

    Sekian….suhaila faizal SK ST ANNE’S CONVENT PEL.KLANG

  11. Saye sangat nervous sbb tiga hari lagi saya akan Ade ukkm harap² tuhan mempemudahkan semuanya dn berjalan dngn lancar..

Leave A Reply