What's Hot

    What is eBantuan JKM?

    eBantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) adalah sebuah sistem dalam talian yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk memudahkan proses permohonan bantuan kewangan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia. Laman web ini, ebantuanjkm.jkm.gov.my, adalah platform rasmi yang digunakan oleh individu dan organisasi untuk memohon pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM.

    Secara ringkasnya, eBantuanJKM adalah satu sistem pengurusan bantuan kebajikan kepada mereka yang berkeleyakan atau tidak berkemampuan untuk memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

    Apa tujuan eBantuan JKM diwujudkan?

    Tujuan utama eBantuan JKM diwujudkan adalah untuk memudahkan, mempercepatkan, dan menjadikan proses permohonan bantuan lebih telus dan berkesan. Sistem ini membolehkan pemohon mengakses maklumat mengenai bantuan yang tersedia, menyemak kelayakan, mengemukakan permohonan, dan mengikuti status permohonan mereka secara dalam talian. Ini membantu mengurangkan masa pemprosesan permohonan dan menjimatkan kos, sumber, dan tenaga yang digunakan oleh pemohon dan pihak berkuasa.

    eBantuan JKM juga diwujudkan untuk memastikan bantuan yang disalurkan oleh JKM mencapai golongan yang benar-benar memerlukan dan layak menerimanya. Sistem ini membolehkan JKM mengenal pasti, menilai, dan menguruskan permohonan bantuan secara lebih efisien dan sistematik, serta memantau dan menilai kesan bantuan terhadap kehidupan penerima. Melalui eBantuan JKM, pihak berkuasa dapat bekerja lebih dekat dengan golongan yang memerlukan dan menyediakan sokongan yang lebih baik untuk membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan dan mencapai kesejahteraan sosial.

    Cara login ebantuanjkm.jkm.gov.my

    Log masuk akaun sistem atau laman web ini hanya boleh diakses oleh kakitangan JKM

    Oleh itu, log masuk oleh orang awam adalah tidak disediakan

    Namun, pendaftaran untuk permohonan bantuan boleh dilakukan di laman web ini

    Tak boleh login eBantuan JKM sebab terlupa kata laluan?

    Jika anda tidak boleh login eBantuan JKM atau mempunyai apa-apa masalah dan pertanyaan berkaitan eBantuanJKM, sila hubungi nombor telefon 03 – 8000 8000.

    Walau bagaimanapun, ada kalanya sukar untuk menembusi talian.

    Anda boleh hadir atau kirimkan surat ke alamat:

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
    Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya

    Selain itu, boleh juga mendapatkan bantuan melalui emel ke [email protected]

    Cara daftar eBantuan JKM

    Bagi yang belum pernah memohon, ini adalah langkah-langkah dan cara untuk daftar eBantuan JKM.

    1. Buka laman web rasmi eBantuanJKM di sini: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
    2. Pilih Daftar Permohonan Atas Talian
    3. Baca dengan teliti bahagian PERHATIAN yang tertera
    4. Seterusnya, klik butang Daftar Permohonan
    5. Masukkan mkalumat yang diperlukan seperti:
      Negeri
      Daerah
      Mukim
      Nama Penuh
      No. Kad Pengenalan Baru
      Kod Pengesahan
    6. Klik Daftar
    7. Pada laman berikutnya, lengkapkan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B
    8. Tekan Daftar Permohonan
    9. Tamat

    *Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran secara manual, boleh muat turun borang JKM18 dan lengkapkan serta bawa bersama dokumen-dokumen lain yang diperlukan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran

     

     

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply