Sistem Penyata Gaji & Imbuhan MARA (ePENYATA) masih beroperasi di alamat penuh https://online07.mara.gov.my/epenyata/. Pastikan anda taip alamat penuh dengan /epenyata/ di hujung. Alamat ringkas online07.mara.gov.my sahaja tidak memaparkan laman log masuk dan mengembalikan ralat pelayan (semakan kami pada Jun 2026).

Apa itu ePenyata Gaji MARA?

Sistem Penyata Gaji & Imbuhan MARA (ePENYATA) diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu kakitangan MARA menyemak dan mencetak penyata gaji bulanan mereka dengan lebih mudah.

Penting: sistem ini untuk kakitangan MARA sahaja. Jika anda peminjam pinjaman pelajaran MARA dan mahu semak penyata atau baki pinjaman, sistem yang betul ialah eBaki MARA di apps.mara.gov.my/ebakiv2, bukan ePenyata Gaji.

Cara login online07.mara.gov.my/epenyata/

  1. Layari laman rasmi ePenyata Gaji di sini: https://online07.mara.gov.my/epenyata/
  2. Lihat pada bahagian LOG MASUK yang tertera di skrin
  3. Masukkan Id Pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Masuk
  6. Selesai

Penyata gaji bulanan hanya untuk semakan dan rujukan pegawai berkenaan sahaja. Kegunaan lain memerlukan kebenaran pegawai pengawal atau pegawai yang diberi kuasa terlebih dahulu.

Tak boleh login sebab masalah kata laluan ePenyata Gaji MARA

Klik pautan Lupa Kata Laluan? yang tersedia di laman log masuk ePenyata dan ikut arahan untuk set semula kata laluan anda. Untuk bantuan lanjut, hubungi MARA Hotline di 03-2613 2000.

Macam mana nak daftar online07.mara.gov.my/epenyata/

  1. Layari laman rasmi ePenyata Gaji di sini: https://online07.mara.gov.my/epenyata/
  2. Lihat pada bahagian LOG MASUK
  3. Tekan pada [Daftar Pengguna]
  4. Kemudian, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    No Gaji
    No KP
  5. Tekan butang Cari
  6. Seterusnya, masukkan maklumat seperti:
    Nama
    Pusat
    Emel
    Nombor Telefon
    Pilih Imej Keselamatan
  7. Tekan butang Simpan
  8. Selesai

*Pendaftaran di sistem ini hanya boleh dilakukan oleh kakitangan MARA sahaja