Jadual pinjaman peribadi AmBank penting untuk anda semak sebelum sign agreement. Dengan merujuk repayment table AmBank ini, anda dapat gambaran berapa ansuran bulanan yang perlu dibayar.

Kadar rata (flat rate) AmBank Islamic Personal Financing-i ialah 3.80% setahun (dengan Takaful, RM10,000–RM200,000). Ada juga pakej 3.45% (tanpa Takaful, RM80,000 ke atas) dan 4.25% (RM5,000 ke atas). Pinjaman peribadi konvensional AmMoneyLine pula 4.88%–11.99% mengikut profil pemohon. Tempoh 2 hingga 10 tahun. Dikemaskini Jun 2026 (promosi Personal Financing-i sehingga 31 Disember 2026).

Jadual Pinjaman Peribadi AmBank (Personal Financing-i)

Jadual ansuran bulanan di bawah dikira pada kadar rata 3.80% setahun (pakej dengan Takaful). Cari jumlah pinjaman di lajur kiri, kemudian baca ansuran mengikut tempoh.

Jumlah 2 tahun 3 tahun 5 tahun 7 tahun 10 tahun
RM10,000RM448RM309RM198RM151RM115
RM20,000RM897RM619RM397RM301RM230
RM30,000RM1,345RM928RM595RM452RM345
RM50,000RM2,242RM1,547RM992RM754RM575
RM70,000RM3,138RM2,166RM1,388RM1,055RM805
RM100,000RM4,483RM3,094RM1,983RM1,507RM1,150
RM150,000RM6,725RM4,642RM2,975RM2,261RM1,725
RM200,000RM8,967RM6,189RM3,967RM3,014RM2,300

Anggaran di atas untuk pakej dengan Takaful. Kelayakan asas: pendapatan minimum RM1,500 sebulan dan umur 18 hingga 60 tahun. Kadar AmMoneyLine konvensional berbeza mengikut profil kredit dan jenis pekerjaan, jadi gunakan jadual ini sebagai panduan kasar sahaja.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman AmBank Terkini?

Jadual di atas dikira berdasarkan kadar rata semasa (dikemaskini Jun 2026). AmBank boleh mengemas kini kadar dari semasa ke semasa. Untuk pengesahan kadar dan jadual rasmi terkini, rujuk laman web AmBank dan buat carian "Personal Financing-i" atau "AmMoneyLine":

JENISPINJAMAN
IslamikAmBank Islamic Personal Financing-i
KonvensionalAmMoneyLine

Kalau anda berminat dan rasa mampu bayar balik, boleh terus mohon pinjaman peribadi AmBank.

 

Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi AmBank

Katakan anda buat Personal Financing-i AmBank sebanyak RM50,000 untuk tempoh 5 tahun (60 bulan) pada kadar rata 3.80% setahun.

Jumlah faedah: RM50,000 x 3.80% x 5 = RM9,500. Campur pokok jadi RM59,500, kemudian bahagi 60 bulan.

Ansuran bulanan ialah RM59,500 / 60 = lebih kurang RM992 sebulan.

 

Senario #1: Pinjam AmBank RM50,000 Dalam Tempoh 5 Tahun

Pada kadar rata 3.80%, ansuran bulanan ialah RM992. Jumlah bayaran balik RM992 x 60 = RM59,500. Jumlah faedah yang anda bayar ialah RM9,500.

 

Senario #2: Pinjam AmBank RM50,000 Dalam Tempoh 10 Tahun

Pada tempoh 10 tahun, ansuran turun kepada RM575 sebulan. Tapi jumlah bayaran balik naik kepada RM575 x 120 = RM69,000, dengan faedah RM19,000, iaitu RM9,500 lebih tinggi berbanding tempoh 5 tahun. Lagi lama tempoh, lagi banyak jumlah faedah keseluruhan.

 

Kalau Ikut Repayment Table AmBank, Apa Pilihan Terbaik?

Ikut kemampuan dan jangan pinjam terlalu lama. Kalau mampu bayar ansuran lebih tinggi, pilih tempoh lebih pendek supaya jimat jumlah faedah.

Kalau rasa tak layak, jangan pinjam. Sila semak kelayakan pinjaman peribadi AmBank dahulu sebelum tambah komitmen bulanan baru.

 

Akhir kata

Bayaran balik pinjaman peribadi AmBank adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Bayar ansuran tepat pada masa untuk kekalkan kelayakan meminjam pada masa hadapan dan jaga skor kredit anda. Semoga bermanfaat.