Adakah kau salah seorang yang cuba berniaga, tapi tak berjaya? Kalau ya, ada sebabnya bisnes tak menjadi. Izinkan aku kongsi kenapa bisnes gagal dan ada kalanya stuck, tak berkembang.
Kalau belum mula apa-apa, jemput baca cara mulakan bisness online secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
Kenapa bisnes gagal?
Ini adalah antara beberapa sebab kenapa bisnes tak menjadi.
Terlalu fokus pada untung
Kau tak boleh fokus pada untung semata-mata. Kau kena pastikan produk atau servis kau di tahap terbaik terlebih dahulu. Ini perkara paling asas.
Kalau apa yang kau jual itu bukan yang terbaik, macam mana nak berjaya?
Kau abaikan accounting
Ya, ramai yang tak peduli tentang kewangan. Yang kau tahu, jual jual jual. Asal ada duit masuk, itu sudah cukup bagus pada kau.
Salah sebenarnya.
Kau kena tahu serba sedikit tentang perakauan dan kewangan. Bukan aku suruh belajar hebat sampai jadi akauntan.
Tak.
Asalkan tahu apa maksud revenue – profit – costs – COGS – balance sheet – cash flow : itu sudah mencukupi.
Ada banyak lagi terma yang kau perlu tahu. Perlahan lahan belajar.
Banyak kos tersembunyi
Sebab itu aku kata, kau kena pandai baca akaun. Kalau tak, memanjang kau akan kena tipu dengan staf kau. Banyak hidden costs yang tak nampak.
Melainkan kau ada hitam putih, nampak duit keluar masuk dalam akaun. Ada penyata untuk kau gariskan dengan pensil dan tanya staf kau.
Kos ini yang akan makan margin keuntungan.
Penutup kata
Bisnes itu bukan tak boleh diajar. Ia sesuatu yang boleh dipelajari.
Kalau kau miskin, kau boleh belajar untuk buat bisnes dan jadi kaya.
Terus-terang, pandai dalam bisnes bukannya dari keturunan. Kau pasti boleh!