Pinjaman tidak bercagar mungkin satu terma yang agak asing dan jarang digunakan oleh kebanyakan orang di Malaysia.

Jadi, untuk menjawab persoalan ini, kami akan terangkan satu persatu.

Apakah Pinjaman Tidak Bercagar?

Nak tahu apa maksud pinjaman tidak bercagar?

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil Unsecured Loan.

Susah pula kalau mahu kami terangkan dalam Bahasa Inggeris.

Untuk mudah faham, pinjaman ini ialah sejenis pinjaman yang tidak memerlukan peminjam untuk mencagarkan sebarang cagaran.

Contoh cagaran adalah tanah, rumah, kereta dan lain-lain yang dianggap sesuai.

Banyak pinjaman tidak bercagar ditawarkan oleh syarikat pinjawan wang berlesen, pinjaman kad kredit dan pemberi pinjaman lain yang menawarkan kredit.

Pinjaman ini juga ditawarkan oleh bank untuk mereka yang ingin meminjam lebih daripada yang mereka mampu dengan bajet bulanan mereka.

Macam menarik kan?

 

Apakah Kelebihan Pinjaman Tidak Bercagar?

Kelebihan pinjaman ini adalah syarat kelayakannya sangat mudah dan yang paling penting, tidak perlukan apa-apa cagaran.

Peminjam tidak perlu memberikan apa-apa kecuali tandatangan dan bukti pekerjaan atau slip gaji yang menunjukkan pendapatan bulanan.

 

Apakah Keburukan Pinjaman Tidak Bercagar?

Tak semuanya indah.

Pinjaman ini juga ada kelemahannya.

Kelemahan pinjaman tidak bercagar ialah kadar faedah biasanya lebih tinggi daripada pinjaman bercagar.

Pinjaman seperti ini mungkin sukar untuk dibayar balik jika peminjam kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kewangan.

Hati-hati sebelum meminjam.

Kalau masih tak faham, boleh rujuk tulisan daripada akhbar Utusan Melayu yang menunjukkan perbezaan dengan lebih terperinci.

 

Adakah Sama Dengan Pinjaman Peribadi?

Ya, betul.

Pinjaman peribadi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang diberikan kepada individu yang memohon untuk tujuan yang berbeza-beza.

Terdapat banyak sebab mengapa orang mungkin memerlukan pinjaman peribadi dalam hidup mereka.

Namun, alasan yang paling biasa adalah kerana mereka tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi atau mereka memerlukan wang dengan kadar segera.

Pinjaman peribadi ialah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana si peminjam boleh meminjam seberapa banyak yang diperlukan.

Kemudian, si peminjam boleh bayar balik dengan ansuran bulanan dalam tempoh satu tahun, dua tahun atau lebih.

Peminjam boleh buat pinjaman ini dan duitnya boleh digunakan untuk apa sahaja seperti membayar hutang kad kredit, bayar deposit membeli kereta, bayar hutang kawan-kawan dan lain-lain lagi.

Proses mendapatkan pinjaman peribadi tidak sukar dan biasanya mengambil masa beberapa hari.

Ada juga proses yang kurang dari satu jam untuk diluluskan.

 

Di Mana Boleh Mohon di Malaysia?

Kami ada buat senarai pinjaman peribadi di Malaysia.

Boleh rujuk senarai ini:

[display-posts taxonomy=”post_tag” tax_term=”bank, pinjaman peribadi” tax_operator=”AND” posts_per_page=”150″]

 

Akhir kata

Pinjaman tidak bercagar adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai skor kredit yang baik dan berumur lebih daripada 18 tahun.

Apa itu skor kredit?

Bagi yang tidak biasa dengar, skor kredit ialah satu nombor yang menunjukkan kelayakan kredit seseorang untuk meminjam.

Nombor ini dikira dengan mengambil kira sejarah kewangan individu tersebut.

Di Malaysia, skor kredit hanya boleh diperolehi melalui CTOS.

Skor kredit sekitar 300 hingga 850.

850 adalah skor terbaik.

Lebih tinggi markah, lebih baik.

Jadi, kalau skor kredit anda bagus, bolehlah memohon.

Kalau tidak terlalu bagus, sila usaha untuk perbaiki kredit dengan membayar hutang-hutang yang sedia ada dulu.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply