Kalau lupa password untuk log masuk UOB Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan UOB Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password UOB Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan UOB Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan UOB Bank melalui Perbankan Internet UOB Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi UOB Bank di sini: https://pib.uob.com.my
  2. Halaman utama UOB Bank akan terpapar
  3. Klik Forgot Username / Password?
  4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun UOB Bank ini
  5. Pilih ID Type seperti yang dipaparkan iaitu samada IC Number / Passport No, Police ID ataupun Military ID
  6. Kalau pilih New IC Number (MY/SG), masukkan nombor Kad Pengenalan Malaysia ataupun Singapura anda di ruangan yang disediakan
  7. Pilih ID Issuing Country
  8. Masukkan Email Address
  9. Masukkan Date Of Birth
  10. Masukkan Introducer details dan Introduer Branch (tidak wajib)
  11. Tekan tick di bahagian ‘1. Your Credit Card and Banking Account Statement (excluding Loan Statement) will be automatically converted to eStatement upon your successful registration. 2. I agree to the Terms and Conditions of UOB Personal Internet Banking, Mobile Banking and eStatement Service Enrolment.’
  12. Tekan butang Next
  13. Masukkan SMS OTP yang diterima di telefon bimbit berdaftar

Masukkan nombor akaun atau nombor kad seperti yang dikehendaki
  14. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru UOB Bank dan membuat pengesahan sehingga siap
  15. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet UOB Bank
  16. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan UOB Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password UOB Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja UOB Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan UOB Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak UOB Bank di talian 03-2612 8121
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan UOB Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login UOB Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan UOB Bank anda melalui https://pib.uob.com.my.

Pastikan anda log masuk UOB Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login UOB Bank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking UOB Bank di sini: https://pib.uob.com.my
  2. Muka hadapan UOB Bank akan terpapar
  3. Sila login uob.com.my macam biasa
  4. Isikan USERNAME
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Submit
  6. Sila sahkan frasa Secret Word seperti yang terpapar
  7. Isikan PASSWORD
  8. Klik butang Login
  9. Sila buat pengesahan melalui aplikasi UOB Mighty (jika ada)
  10. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem UOB Bank
  11. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui UOB Bank
  12. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password UOB Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh UOB Bank
  2. Anda tidak pernah login UOB Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun UOB Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak UOB Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun UOB Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan UOB Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan UOB Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari UOB Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak UOB Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi UOB Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply