Salinan akaun bank CIMB boleh didapati melalui dua cara utama: muat turun e-penyata secara dalam talian melalui laman web CIMB Clicks, atau mohon terus di cawangan CIMB berhampiran anda.

Izinkan kami berkongsi panduan lengkapnya.

Di mana boleh dapatkan salinan akaun bank CIMB?

Bagi memperolehi salinan atau penyata CIMB anda, anda boleh memuat turun penyata tersebut secara dalam talian di laman web CIMB Clicks atau mohon di cawangan. Perlu diambil perhatian, aplikasi mudah alih CIMB Clicks telah digantikan oleh aplikasi CIMB OCTO mulai 11 Jun 2024. Walau bagaimanapun, laman web CIMB Clicks di cimbclicks.com.my masih beroperasi seperti biasa.

Bagaimana cara untuk mohon?

Jika anda memerlukan salinan atau penyata CIMB anda, anda boleh menggunakan 2 cara seperti di bawah untuk mendapatkannya.

a) Muat turun e-penyata di laman web CIMB Clicks:

  1. Buka laman web CIMB Clicks di cimbclicks.com.my menggunakan pelayar komputer atau telefon.
  2. Halaman utama CIMB online banking akan terpapar.
  3. Lakukan proses log masuk ke akaun anda seperti biasa.
  4. Setelah berjaya masuk, halaman utama akaun anda akan dipaparkan.
  5. Pada bahagian My Accounts Overview, klik ikon 3 bintik pada bar SA STATEMENT.
  6. Tekan View / Download eStatement.
  7. Masukkan bulan penyata yang diperlukan pada ruangan Month.
  8. Tekan ikon anak panah ke bawah untuk memuat turun.
  9. Salinan penyata akaun CIMB anda akan dipaparkan dalam format PDF.
  10. Anda boleh cetak jika perlu.
  11. Tamat.

b) Walk-in ke cawangan CIMB:

  1. Dapatkan IC anda terlebih dulu untuk rujukan di cawangan nanti.
  2. Kemudian, walk-in di mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran anda.
  3. Ambil nombor giliran anda dan tunggu seketika sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Seterusnya, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  5. Nyatakan tujuan anda datang adalah untuk mohon salinan atau penyata akaun bank CIMB anda.
  6. Selepas itu, ikuti permintaan dan arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas bagi melengkapkan proses mendapatkan bank statement anda sehingga selesai.
  7. Jika tiada apa-apa masalah, salinan atau penyata anda akan dikeluarkan.
  8. Selesai.

Ada pertanyaan lanjut tentang salinan akaun bank CIMB?

Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan lanjut mengenai soalan di atas atau hal-hal lain yang berkaitan. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pengguna CIMB di talian 03-6204-7788 bagi mendapatkan bantuan.

Waktu talian ini beroperasi adalah selama 24 jam.

Akhir kata

Sampai di sini saja artikel kami mengenai salinan akaun bank CIMB untuk anda baca. Diharapkan dengan adanya perkongsian ini, urusan anda akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, jika anda ada masa lapang. Baca juga cara terminate ASB loan atau cara jual balik ASB melalui CIMB untuk anda yang mungkin dah lama nak tahu.

Semoga bermanfaat.