Adakah anda sampai ke sini sebab nak cari cara nak semak baki kad kredit Bank Rakyat anda? Iyalah, shopping sana-sini. Sikit-sikit Shopee. Sikit-sikit terkena racun TikTok Shop. Takut juga terlebih belanja guna credit card Bank Rakyat kan?

Jangan bimbang, jom kita check sama-sama.

Cara semak baki kad kredit Bank Rakyat online

Nak pantau berapa banyak sudah guna kad kredit Bank Rakyat, memang tak lah.

Lagipun, kadang-kadang bila guna kad kredit, dia tak terus masuk dalam latest transaction.

Terpaksa tunggu beberapa hari.

Tahu-tahu, dah banyak baki terkumpul.

Jadi, untuk elakkan hutang menimbun, ada baiknya selalu check balance credit card Bank Rakyat anda.

Guna online banking sahaja.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Sila layari online banking Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Halaman utama iRakyat akan terpapar
  3. Teruskan dengan menekan butang Login dan pilih Personal Banking
  4. Log masuk irakyat.com.my seperti biasa
  5. Masukkan Username
  6. Teruskan dengan menekan butang Login
  7. Sila buat pengesahan Secure Phrase dengan klik pada butang Yes
  8. Masukkan Password
  9. Masukkan Word yang tertera ke dalam ruangan yang disediakan
  10. Teruskan dengan menekan butang Login
  11. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem iRakyat
  12. Jika telah selesai log masuk, tekan menu Account Info
  13. Klik Account Overview
  14. Klik Kad Debit-i / Credit Card-i
  15. Klik kad kredit anda, contohnya VISA
  16. Pastikan nombor kad kredit tersebut adalah betul
  17. Lihat outstanding balance seperti yang terpapar
  18. Buat bayaran minimum jika perlu
  19. Sila screenshot untuk rujukan dan simpanan
  20. Selesai

 

Kalau nak check balance credit card Bank Rakyat melalui Customer Service, boleh tak?

Boleh.

Kebiasaannya, ada dua pilihan.

Satu, bercakap dengan robot. Tekan-tekan nombor, ikut arahan, terus dapat baki.

Kedua, bercakap dengan customer service terus.

Cuma ini kena tunggu lama sedikit.

Biasalah, talian sibuk.

Ramai orang yang berhutang kad kredit macam anda nak tau macam mana nak kasi settle.

Gurau!

Alahai, janganlah ambil hati.

Apa pun, boleh cuba follow panduan di bawah:

  1. Buat panggilan ke Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Tekan lagi nombor ikut arahan seperti yang dinyatakan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Kad Kredit Bank Rakyat
  6. Teruskan mengikut arahan daripada layanan automatik untuk mendengar baki kad kredit anda
  7. Jika anda selesa untuk bercakap dengan manusia, pilih untuk bercakap dengan khidmat pelanggan
  8. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  9. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  10. Beritahu khidmat pelanggan, anda nak semak baki kad kredit
  11. Berikan nombor kad kredit anda, VISA atau MASTERCARD Bank Rakyat anda
  12. Kalau tak ingat nombor kad kredit, berikan nombor IC
  13. Jika perlu, pegawai di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
  14. Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  15. Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu
  16. Baki kad kredit anda akan diberitahu
  17. Tanya pegawai jika anda ada apa-apa soalan berkaitan pembayaran baki kad kredit yang tertunggak
  18. Rekodkan dan simpan semua maklumat penting yang diberikan
  19. Jika baki kad kredit masih banyak, mungkin boleh cuba buat balance transfer
  20. Jika baki tidak banyak dan masih mampu bayar, buat pembayaran kad kredit
  21. Selesai

 

Kalau pergi branch Bank Rakyat untuk semak baki kad kredit, boleh ke?

Boleh memang boleh.

Tapi jarang-jarang orang buat.

Tapi kalau anda jenis veteran yang tak biasa guna Perbankan Internet, boleh sahaja datang ke cawangan.

Ini panduan yang ringkas untuk anda:

  1. Sila pergi ke branch Bank Rakyat yang berkekatan
  2. Pastikan bawa credit card dan IC untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Pastikan anda ingat nombor akaun pinjaman peribadi Bank Rakyat anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Duduk di tempat yang disediakan
  6. Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Pegawai bertugas akan bantu untuk buat semakan baki kad kredit anda
  10. Jika perlu, minta pegawai print statement kad kredit anda sekali
  11. Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan baki tertunggak kad kredit anda
  12. Selesai

 

Kalau hutang kad kredit makin banyak, boleh buat balance transfer Bank Rakyat tak?

Mestilah boleh.

Balance transfer kad kredit itu biasa.

Normal.

Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu semak baki kad kredit Bank Rakyat anda dulu.

Dah dapat tahu balance, baru boleh rancang untuk penyelesaian baki.

Jangan semberono dan bertindak melulu.

Dengar orang buat balance transfer, anda pun nak buat juga.

Research dulu, baru buat keputusan.

Chup!

Sekadar mahu berkongsi berkenaan balance transfer yang juga dipanggil debt consolidation ini.

Senang cerita, dalam Bahasa Melayu dipanggil “penyatuan hutang”.

Anda satukan semua hutang-hutang yang ada dengan pelbagai bank ke satu bank sahaja.

Apa yang bagusnya dengan balance transfer ialah anda boleh pindahkan hutang kad kredit daripada Bank Rakyat ke mana-mana bank lain dengan 0% interest dalam tempoh tertentu.

Kebaikan paling utama yang orang nampak bagi balance transfer ialah tempoh bayaran menjadi semakin pendek.

Menarik kan?

Ya, memang menarik tawaran untuk buat balance transfer keluar dari Bank Rakyat.

Tapi ada keburukannya juga.

Memanglah dia kata 0% interest dan repayment period iaitu tempoh bayaran semula jadi semakin pendek.

Tapi kalau anda tak dapat jelaskan hutang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, siaplah anda kena sembelih dengan bank.

Ini maklumat umum sahaja.

Tak semua bank sama.

Lain bank, lain caranya.

Cuma jika anda beragama Islam, adalah lebih baik jika buat balance transfer kepada kad kredit Islamik yang patuh syariah berbanding kad kredit konvensional.

 

Boleh cerita lagi tentang balance transfer Bank Rakyat dan penyatuan hutang?

Masih tak faham?

Mari sini rapatkan saf.

Duduk depan sikit.

Kami nak kongsi cara kira-kira untuk balance transfer.

Katakan anda buat balance transfer bagi hutang pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM5,000.

Katakanlah tawaran yang diberikan ialah 0% interest.

Katakan pula pilih tempoh masa balance transfer selama 6 bulan.

Katakan lagi anda pilih untuk bayar minimum 1% sahaja iaitu RM50 setiap bulan.

Jadi, anda hanya akan bayar RM50 selama 5 bulan.

Maknanya di sini, pada bulan ke-6, anda perlu bayar baki RM4,750 secara penuh.

Kalau tidak, gula-gula dan janji 0% tadi akan bertukar semula ke kadar faedah yang asal.

Mungkin kadar faedah pinjaman peribadi yang asal itu setinggi 30%.

Gila kan?

Ya, memang gila.

Itulah cara bank cari untung.

Nama pun kapitalis.

Kalau anda tak pandai rancang, mesti sakit nak bayar interest tinggi.

Itulah, pandai pinjam, pandailah bayar.

Seperkara lagi, sebelum kami terlupa, selalunya anda perlu bayar one-time processing fee pada bank yang anda ingin pindahkan dari Bank Rakyat.

Cuma seperti kami kata, ini panduan umum semata-mata.

Lain bank, lain cara.

Semak dulu dengan mereka supaya cakna.

 

Akhir kata

Shopping memang best, tapi bab nak bayar balik hutang kad kredit Bank Rakyat memang menyeksakan.

Walaupun nafsu membeli itu tinggi, kita kena juga hati-hati.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki kad kredit Bank Rakyat ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Nasihat kami, selagi boleh guna cash, gunalah cash.

Guna kad kredit di tempat-tempat yang perlu sahaja.

Memanglah boleh kumpul points, tapi selalunya ramai yang terbabas.

Disebabkan nak kumpul mata ganjaran, terbeli yang bukan-bukan.

Berbelanjalah berpada-pada.

Jangan lupa bayar hutang yang ada.

Cepat-cepat selesaikan hutang kad kredit Bank Rakyat.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply