What's Hot

    Apa itu STAMPS Hasil?

    STAMPS atau Stamp Assessment and Payment System adalah merupakan satu sistem taksiran dan pembayaran setem yang diwujudkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi membolehkan proses penyeteman dibuat secara dalam talian.

    STAMPS adalah singkatan dari “Sistem Taksiran Mahkamah Secara Elektronik”yang merupakan sistem elektronik yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). STAMPS dapat diakses melalui pautan stamps.hasil.gov.my. Fungsi utama STAMPS adalah untuk mengira dan mengesahkan nilai duti setem yang perlu dibayar oleh individu atau syarikat dalam transaksi harta tanah atau instrumen perjanjian yang melibatkan duti setem.

    Duti setem adalah cukai yang dikenakan ke atas dokumen atau instrumen tertentu yang digunakan dalam transaksi komersial dan harta tanah, seperti perjanjian jual beli, pinjaman, pajakan, dan lain-lain. Melalui STAMPS, pengguna boleh mengakses sistem untuk mengisi maklumat yang diperlukan, mengira jumlah duti setem yang perlu dibayar, dan kemudian mencetak nota taksiran yang akan digunakan sebagai bukti pembayaran.

    Apa fungsi STAMPS Hasil?

    STAMPS membantu memudahkan proses taksiran dan pembayaran duti setem dengan mengurangkan masa dan kos yang terlibat, serta mengurangkan kesalahan dalam pengiraan.

    Sistem ini juga membolehkan LHDNM untuk memantau dan mengaudit transaksi duti setem dengan lebih efisien dan efektif.

    Cara login stamps.hasil.gov.my

    1. Layari laman web rasmi STAMPS di sini: https://stamps.hasil.gov.my
    2. Lihat pada bahagian Log Masuk di ruangan PENYETEMAN DOKUMEN SECARA DALAM TALIAN
    3. Pilih jenis ID yang digunakan
    4. Masukkan No. Pengenalan Diri yang telah dipilih mengikut jenis ID
    5. Masukkan Kata Laluan
    6. Tekan Daftar Masuk
    7. Selesai

    Tak boleh login STAMPS HASIL sebab terlupa kata laluan?

    Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan berkaitan STAMPS, sila hubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM berdekatan di senarai ini:https://stamps.hasil.gov.my/stamps/assets/files/lhdnm-senarai-caw.pdf

    Selain itu, boleh juga menghantar emel kepada:
    [email protected]

    Cara daftar STAMPS HASIL

    1. Kunjungi laman web rasmi STAMPS di sini: https://stamps.hasil.gov.my
    2. Lihat pada bahagian PENYETEMAN DOKUMEN SECARA DALAM TALIAN
    3. Sila klik pada DAFTAR ID DI SINI
    4. Pilih pendaftaran untuk INDIVIDU atau PENGGUNA SYARIKAT
    5. Tekan pada KLIK DI SINI UNTUK TERUSKAN
    6. Seterusnya, masukkan maklumat yang diperlukan di ruangan Maklumat Pendaftaran seperti:
      Status Warganegara
      Jenis Pengenalan Diri
      No. Pengenalan Diri
    7. Klik Semak
    8. Tunggu sebentar
    9. Maklumat peribadi lengkap anda akan dipaparkan
    10. Jika tiada apa-apa masalah, tekan Seterusnya
    11. Sahkan maklumat anda pada halaman Pengesahan Pendaftaran ID Individu
    12. Masukkan 6 aksara kod pengesahan seperti yang ditunjukkan di halaman tersebut
    13. Klik Hantar
    14. Sila ikuti arahan seterusnya untuk melengkapkan proses pendaftaran sehingga selesai
    15. Tamat

     

     

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply