Ketahui bagaimana cara untuk tukar kad CIMB online dan beberapa info lain yang anda perlu ambil tahu sebelum melakukannya. Ingin tahu lebih lanjut?

Jemput baca perkongsian kami.

Boleh tukar kad CIMB online?

Ya, anda boleh menukar kad CIMB online jika kad anda sudah atau hampir mencapai tarikh luput.

Cara tukar kad CIMB online

Berikut adalah cara-cara untuk membuat pertukaran kad CIMB secara online:

  1. Buka halaman CIMB Debit Card Renewal di apply.cimb.com.my.
  2. Di laman tersebut, sila masukkan 6 digit nombor terakhir kad pengenalan anda pada ruangan Last 6-Digit of NRIC Number.
  3. Kemudian, masukkan 4 digit nombor terakhir kad debit anda pada ruangan Last 4-Digit of Debit Card Number.
  4. Seterusnya, tekan butang PROCEED.
  5. Yang terakhir, ikuti arahan di laman berikutnya bagi melengkapkan proses tukar kad CIMB online sehingga selesai.
  6. Tamat.

Ada cara lain untuk tukar kad CIMB?

Jawapannya ada. Andai kata anda tak boleh ikut cara seperti yang telah kami nyatakan di atas. Anda boleh saja tukar kad tersebut dengan menghadirkan diri ke cawangan CIMB Bank.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Pastikan anda membawa kad pengenalan dan kad CIMB anda yang lama.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran anda.
  3. Dapatkan nombor giliran di kaunter ambil nombor.
  4. Ambil tempat duduk anda sementara menunggu.
  5. Apabila nombor giliran anda sudah dipanggil, sila pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  6. Di kaunter urusan tersebut, beritahu yang anda nak tukar kad CIMB.
  7. Berikan segala butiran yang diperlukan oleh kakitangan bertugas.
  8. Ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses penukaran kad CIMB anda sehingga selesai.
  9. Jika tiada apa-apa masalah, kad CIMB anda akan berjaya ditukar.
  10. Selesai.

Ada masalah untuk tukar kad CIMB online?

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesukaran berhubung penukaran kad CIMB atau hal-hal lain yang berkaitan. Anda boleh terus menghubungi talian 03-6204-7788 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan CIMB Bank.

Waktu talian ini beroperasi adalah selama 24 jam. Oleh itu, anda boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa sahaja.

Akhir kata

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu dan mempermudahkan urusan anda di luar sana yang nak tukar kad CIMB sama ada secara online ataupun di cawangan.

Akhir sekali, buat anda yang mempunyai perniagaan. Kami cadangkan anda buka akaun cimb.bizchannel.com.my. Dengan adanya akaun ini, anda dapat menguruskan kewangan syarikat anda dengan lebih sistematik.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply