Bagi pemilik syarikat PKS yang terjejas dek wabak Coronavirus COVID-19, jangan terlalu risau. Anda boleh cuba buat permohonan pinjaman TEKUN COVID yang berjumlah RM10,000. Faedah cuma 0% sahaja.

Bagi yang ada buat permohonan bantuan PKS BSN, anda tidak boleh mohon pembiayaan Tekun.

Sedikit mengenai Pinjaman Tekun Nasional COVID

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro atau  juga dipanggil Covid Business Recovery – Micro (CBRM).

CBRM ialah skim pembiayaan mikro yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19.

Pembiayaan bermula dari RM1,000. Namun, kelulusan maksima yang diberikan oleh pihak TEKUN adalah sebanyak RM 10,000 kepada setiap syarikat PKS yang lulus.

Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima pula sehingga 3 tahun, iaitu 36 bulan, dengan penangguhan selama 6 bulan.

Covid Business Recovery – Micro (CBRM) merupakan skim pembiayaan mikro yang disediakan untuk perniagaan para usahawan yang berusaha untuk memulihkan dan meningkatkan semula perniagaan sedia ada.

Cara buat permohonan pinjaman Tekun COVID

  1. Layarai laman web rasmi Tekun di sini: https://fas.tekun.gov.my/cbrm
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: https://fas.tekun.gov.my/cbrm/register
    • Masukkan Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Masukkan Alamat Email
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan sekali lagi
    • Tekan Daftar Akaun
  3. Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
  4. Isikan Alamat Email
  5. Isikan Kata Laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap

 

Dokumen sokongan

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan Tekun COVID.

Dokument tersebut ialah:

  1. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17). Boleh download di sini.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  3. Salinan MyKad pemohon dan pasangan
  4. Salinan penyata akaun bank untuk 1 bulan terkini
  5. Salinan salah satu bil utiliti terkini (Bil elektrik / bil air / bil telefon)

 

Kelayakan permohonan pinjaman Tekun COVID

  1. Perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19
  2. Merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  3. Mestilah berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah sehingga umur 65 tahun)
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  6. Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  7. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  8. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
  9. Pemohon yang berjaya perlu memilih salah satu kemudahan yang diberikan samada dari Bank Simpanan Nasional atau TEKUN Nasional

Mohon izin untuk mengulang sekali lagi.

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 1,000 hingga RM 10,000.

Tempoh pembiayaan maksima pula adalah 3 tahun, manakala tempoh penangguhan pula adalah selama 6 bulan.

Tiada kadar keuntungan yang dikenakan kepada pembiayaan Skim CBRM.

 

Akhir kata

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan pinjaman atau pembiayaan Tekun COVID ini, sila hubungi rujuk berikut:

Nombor telefon

  • 03-9059 888

 

Waktu operasi

  • Isnin – Jumaat
  • 9.00 pagi – 5.00 petang

Anda juga boleh layari www.tekun.gov.my

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

24 Comments

  1. Abdul Risham Bin Mat on

    Saya Abdul Risham bin Mat. No i/c 750404-09-5097 memohon pertolongan dari pihak tuan untuk memudahkan pinjaman CBRM AT TEKUN. Saya telah beberapa kali cuba masukkan Email [email protected]. com tidak berjaya. Saya memohon dari pihak tuan memudahkan cara untuk membuat pinjaman ini.

  2. wan norhumaira akmal on

    hai saya dah terlepas peluang untuk mendapatkan modal untuk niaga semula..boleh sesiapa tolong saya?

  3. mohon tempoh permohonan di panjangkan..saya dpt borg baru beberapa hari,sye buat panggilan ke tekun utk hantar borg dan mereka mengatakan dana utk cbrm da habis..

  4. Permohonan pembiayaan tekun saya ditolak.. macam mana caranya untuk saya tahu sebab permohonan saya ditolak?

  5. hi, nama saya jeniffer ,sebagai pengurus kantin sekolah tamil.Peniagaaan kita sebab wabak covid ini tidak dapat dijalankan.Tapi bila minta bantuan tekun ini ,tidak lulus .Saya bangsa cina tapi kahwin dgn org tamil ,nk pi minta bantuan kah mana saya pun tak tahu .Utk rakyat islam banyak dapat bantuan tapi untuk rakyat tamil dan cina susah nk dapat bantuan .Nak minta kat bsn micro,pegawai pula bagi tau statment bank bln kena ada rm10000 ,so mak cik -mak cik jual kuih -muih dan sarapan pagi di tepi jln adakah mereka income sebln rm10000……Harap beri tahu ada bantuan apa dapat tlng untuk rakyat cina atau cina kahwin tamil sekian terma kasih.

  6. Rahmah bt Ahmad on

    Saya ingin membuat pinjaman tekun kerana perniagaan di nursery saya terjejas sepanjang pkp dan tempat saya dilanda banjir pada hujung tahun lepas di mana pokok2 saya banyak yang tenggelam dan mati.
    011-24135251

Leave A Reply