Kepada anda yang memiliki lebih dari satu akaun bank selain Bank BSN, kadangkala pasti akan muncul keadaan di mana salah satu akaun bank kepunyaan anda itu sudah lama tidak digunakan kerana ianya sekadar akaun sampingan. Kalau anda pernah mengalaminya, pasti anda tertanya-tanya sekiranya akaun bank saya sudah lama tidak digunakan, bolehkah saya aktifkan semula akaun bank saya? Jawapannya ya, dan pada hari ini kami akan kongsikan dengan anda tentang cara aktifkan semula akaun BSN anda dengan mudah.
Pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda cara aktifkan semula akaun Bank BSN anda.
Sekiranya anda pengguna Maybank dan ingin mengetahui cara aktifkan akaun Maybank anda, klik saja pada pautan ini.
Cara aktifkan semula akaun BSN
Perlu diberi perhatian bahawa pengaktifan akaun bank anda hanya boleh dilakukan di kaunter BSN sahaja dan bukan melalui kaedah online ataupun secara atas talian.
Setiap bank juga terdapat syarat-syarat untuk anda mengaktifkan akaun bank anda semula.
Baiklah mari kita ke isi kandungannya.
Cara aktifkan Bank BSN
- Anda perlu mencari cawangan Bank BSN yang berhampiran dengan anda untuk langkah pertama.
- Sebelum anda ke lokasi tersebut, anda perlu memastikan bahawa anda membawa bersama kad pengenalan anda dan segala dokumen yang diperlukan seperti kad debit anda.
- Setelah anda menjumpai lokasi Bank BSN yang terdekat, anda perlu ke lokasi tersebut.
- Kemudian, anda perlu ke kaunter khidmat pelanggan Bank BSN dan minta untuk bercakap bersama operator bank.
- Apabila operator sudah bersedia untuk melayan anda, anda perlu menyatakan bahawa anda ingin mengaktifkan semula akaun Bank BSN anda yang sudah lama tidak digunakan.
- Operator akan menjelaskan lebih lanjut kepada anda tentang cara dan langkah yang perlu anda ikuti.
- Selesai sudah cara aktifkan Bank BSN anda.
Kos pengaktifan Bank BSN
Soalan yang pasti anda terbayang-bayang adalah “Berapa banyak pihak bank akan mengecas saya untuk perkhidmatan mengaktifkan akaun bank saya?”
Jangan risau kos yang akan dikenakan kepada anda adalah kos minimal dan akan dikenakan caj setiap tahun. Bagi akaun Bank BSN yang sudah setahun tidak aktif, tempoh yang akan dikenakan adalah 7 tahun.
Setiap tahun akan dikenakan caj sebanyak RM10 selama 7 tahun sahaja bagi akaun Bank BSN anda.
Apa akan jadi kepada Bank yang tidak aktif melebihi 7 tahun?
Sekiranya Bank BSN anda sudah tidak aktif selama 7 tahun, segala baki wang simpanan akan diserahkan kepada pihak Bank Negara dan akaun bank anda akan dilabelkan sebagai akaun yang tidak dituntut dan akan ditutup serta-merta.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi BSN pada pautan ini.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan proses anda untuk mengaktifkan akaun bank anda,
Semoga bermanfaat.