Kebiasaannya, kebanyakan pelajar lepasan SPM akan mengalami dilema untuk menentukan hala tuju mereka selepas SPM. Nak sambung belajar atau nak kerja terus? Kalau nak sambung belajar, nak belajar apa? Di mana? Kalau kerja, nak kerja apa? Di mana? Di sinilah SEPKM akan membantu para lepasan SPM di negara kita.
Apa itu SEPKM? Di sini kami akan kongsikan apa itu SEPKM dan cara untuk gunakannya. Bukan apa, mudahlah bagi pelajar lepasan SPM untuk rancang masa depan.
Apa itu SePKM?
SEPKM ini merujuk kepada Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk memantau perkembangan pelajar lepasan SPM. Melalui portal ini, murid, ibu bapa dan pihak guru serta kerajaan akan dapat melihat data rasmi mengenai keperibadian dan minat kerjaya seseorang pelajar itu. Tidak sama dengan sistem SAPS murid yang sedia ada.
Melalui portal ini juga, kerajaan akan dapat memastikan semua pelajar mempunyai hala tuju pendidikan dan kerjaya yang jelas selepas SPM.
Antara objektif SEPKM dibangunkan ialah:
- Dapat menganalisis data dengan lebih cepat dan tepat, dan dapat memaparkan dan merekod data perkhidmatan bimbingan dan perundingan dengan berkesan
- Rekod bimbingan perngurusan dan khidmat nasihat dapat digunakan untuk tindakan susulan dengan lebih berkesan
- Merancang operasi berdasarkan data dalam sistem dengan berkesan
- Dapat mengakses rekod perkhidmatan perundingan melalui komputer dan telefon bimbit
- Guru membimbing dan berunding dapat mengakses maklumat pelajar dengan mudah
Cara login SePKM
Di sini kami akan terangkan cara yang memang mudah untuk pengguna SEPKM mengakses portal ini:
- Layari laman web rasmi SEPKM di sini: https://epkm.moe.gov.my/index.php
- Sila pilih bahagian murid dan masukkan nombor kad pengenalan.
- Buat pengesahan sama ada perkembangan semasa pelajar lepasan SPM (dapat sambung belajar atau tidak)
- Sekiranya tidak menyambung pelajaran, terdapat beberapa bidang pekerjaan dan insdustri yang perlu dipilih.
- Sekiranya anda melanjutkan pelajaran, anda perlu sahkan pusat pengajian yang anda ikuti sama ada pra-universiti, tingkatan 6, matrikulasi, giat mara, diploma atau lain-lain.
Apakah penilaian oleh SePKM?
Terdapat 4 pernilaian yang akan diambil kira dan direkod di dalam SEPKM. Penilaian tersebut ialah:
- Aktiviti kokurikulum
- Minat dan kerjaya
- Personaliti pelajar
- Penilaian ujian psikometrik
Melalui penilaian ini, semua pihak dapat berbincang bersama pelajar akan hala tuju pelajar selepas mereka menduduki SPM.
Kaedah dalam SePKM
Berikut ialah kaedah yang dilaksanakan oleh pihak KPM dan kaunseling untuk pelajar lepasan SPM:
1. Mengenali diri sendiri
Para pelajar akan mengisi borang maklumat berkenaan biodata diri dan ujian psikologi untuk pihak kaunseling mengenali diri anda.
2. Analisis kerjaya secara umum
Setiap pelajar akan dianalisis berkenaan dengan kerjaya untuk mengetahui potensi masing-masing dan mereka boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan yang mereka ada.
3. Memadan ciri diri dengan kerjaya
Pelajar akan menjalani sesi kaunseling kerjaya dan konsultansi untuk ibu bapa dan penjaga juga akan dijalankan.
4. Merancang pelan tindakan akademik dan kerjaya
Pelajar akan dapat:
- Pemilihan subjek elektif
- Pemilihan program dan pusat pengajian terkini
- Maklumat kerjaya terkini dan masa depan
Akhir kata
Inisiatif SePKM akan dapat membantu sedikit sebanyak hala tuju pelajar lepasan SPM. Pelajar akan dapat berbincang sama ada ingin meneruskan pengajian di dalam bidang yang sepatutnya atau ingin memasuki dunia pekerjaan terus.
Dengan inisiatif kerajaan ini, pelajar lepasan SPM akan lebih jelas dan kurang dilema akan masa depan mereka.
Semoga dipermudahkan segala urusan.