Anda teringin untuk bermain saham tetapi hanya mempunyai modal yang kecil? Anda juga tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain saham? Tidak mengapa, melalui perkongsian artikel kali ini, diharapkan dapat membantu anda bagi memulakan langkah untuk bermain saham. Kami akan membahaskan tentang cara bermain saham dengan modal kecil khas buat rujukan anda.

Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Perkara yang paling utama untuk ada ketahui adalah untuk bermain saham di Malaysia, anda tidak memerlukan kos yang tinggi. Malahan dikatakan kos untuk mula membeli saham adalah sangat rendah. Ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelabur.

Anda boleh mula membeli saham dengan hanya 1 lot yang bersamaan dengan 100 unit saham. Ini adalah bermaksud, jika saham tersebut serendah RM1.00 seunit, anda boleh membeli sebanyak 1 lot saham dengan nilai RM100.

Jadi jom kita terus kepada tip untuk bermain saham dengan modal yang kecil:

 

  • Pengetahuan bermain saham yang betul

Setiap perkara yang ingin dilakukan haruslah dengan ilmu dan pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang secukupnya, anda mungkin akan berdepan dengan kegagalan. Ya, gagal itu perkara yang perlu dilalui sebelum menempuhi kejayaan, tetapi kalau tanpa pengetahuan yang mencukupi, tidak mustahil untuk anda berdepan kegagalan secara terus menerus, bukan? Cara menyimpan duit juga akan dapat membantu proses bermain saham anda.

Dengan ilmu yang betul, anda boleh mengetahui saham apa yang harus dibeli, saham yang mana akan memberikan keuntungan dan manakah satu saham yang akan menyebabkan kerugian.

Mempunyai ilmu dan pengetahuan sangat penting untuk membolehkan anda mengetahui teori dan praktikal yang betul sebelum mempraktikkan menggunakan modal yang kecil sebelum menambah modal untuk mendapat pulang yang lebih tinggi.

Adalah lebih bagus jika anda boleh belajar selok belok bermain saham ini dengan individu yang berpengalaman.

 

  • Kawal emosi

Satu perkara penting yang harus anda ingat, untuk bermain saham, anda tidak boleh bermain dengan emosi. Sebaliknya anda harus mempunyai disiplin yang tinggi. Disebabkan sifat pasaran saham yang kerap turun dan naik, kebanyakkannya sukar atau tidak boleh diramal, maka anda perlulah mempunyai ketahanan emosi yang tinggi.

 

  • Tempoh masa

Bermain saham dengan modal yang kecil sudah tentu akan memberikan pulangan yang kecil. Walau bagaimanapun, di dalam pelaburan saham ni ada satu perkara yang dipanggil compounding effect, bermaksud pulangan yang akan anda perolehi boleh berganda dalam tempoh masa yang lama.

 

  • Kumpul modal secara berterusan

Sememangnya anda boleh bermain saham dengan modal yang kecil, tetapi sampai bila anda hanya mahu untuk memperolehi keuntungan yang kecil? Jadi anda dinasihatkan untuk mula menyimpan duit bagi menambah dana pelaburan saham anda. Semakin tinggi duit simpanan anda, semakin besar modal tambahan untuk membeli saham, menarik bukan?

 

Terdapat dua jenis saham am

1. Saham jangka masa pendek (Day Trading & Short Term Trading)

Saham secara harian atau lebih dikenali sebagai day trading merupakan kaedah bermain saham yang memerlukan seseorang individu untuk mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal bagi menganalisis turun naik harga saham di pasaran dalam tempoh singkat.

Dari segi tempoh masa, ia terbahagi kepada empat:

  • Scalping, iaitu saham yang dijual beli di dalam tempoh saat atau minit sahaja
  • Day trading, merupakan proses jual beli saham yang akan berlaku di dalam hari yang sama
  • Swing, adalah proses jual beli saham yang berlaku di dalam tempoh masa beberapa hari
  • Short term trading,  juga merupakan cara bermain saham bagi jangka masa pendek, tetapi mengambil masa sedikit lama, sama ada satu atau minggu

Jika anda berminat untuk bermain saham secara short-term trading, anda dikatakan perlu untuk mengetahui cara menggunakan analisis teknikal (technical analysis). Ia adalah untuk membantu anda meramal naik turun harga saham dipasaran.

 

2. Saham jangka masa panjang (Value Investing)

Value investing adalah cara bermain saham yang dikatakan lebih menyenangkan. Ini kerana anda tidak perlu untuk menganalisis harga pasaran saham setiap hari. Jika saham harian adalah bergantung sepenuhnya kepada untung rugi harga saham di pasaran, value investing pula lebih kepada memberi kepentingan nilai saham sesebuah syarikat yang anda beli.

Value investing membolehkan memegang portfolio saham untuk tempoh yang lebih lama sehingga bertahun sebelum anda menjualnya. Terdapat tiga jenis kategori saham yang boleh dipilih untuk memberikan pulangan lumayan, seperti:

  • Growth stock, iaitu membeli saham berpotensi yang akan menjadi jauh lebih bernilai dalam tempoh masa beberapa tahun
  • Dividend stock, adalah mendapat bayaran dividen di atas keuntungan syarikat
  • Asset play, merupakan kaedah membeli saham syarikat yang anda percaya nilai aset sebenarnya jauh lebih tinggi daripada harga yang ditentukan pasaran

 

Strategi bermain saham yang diperlukan

Berikut dikongsikan beberapa strategi yang perlu diketahui sebelum anda mula untuk bermain saham.

1. Pemilihan jangka masa trading

Anda ingin bermain saham jangka masa pendek atau jangka masa panjang? Ia sebenarnya lebih bergantung kepada kebolehan individu. Ini kerana anda perlu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda sendiri. Sama ada anda jenis individu yang boleh memberikan tahap kemahiran dan komitmen yang tinggi atau sebaliknya.

2. Pemilihan saham

Anda harus mengetahui kekuatan saham yang anda pilih. Ada saham yang jenis lambat turun tetapi cepat naik, ada juga yang naik sekali tetapi jatuh berkali-kali. Memahami sifat dan tabiat saham adalah lebih kepada pengetahuan. Jika anda mempunyai pengetahuan, ia akan dapat membantu anda untuk membuat pemilihan saham dengan lebih baik. Saham yang sesuai dengan modal kecil adalah banyak bergantung kepada jangka masa pelaburan anda.

3. Pemilihan sistem skrin dan analisis saham

Sistem ini merangkumi trading plan system, iaitu sistem untuk melihat saham-saham yang berpotensi dan juga sistem untuk menganalisis saham dengan mudah. Kepantasan sistem juga merupakan antara perkara yang penting.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda untuk mengetahui cara bermain saham dengan modal kecil. Jika anda betul-betul berminat untuk melabur saham, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar dan berpengetahuan dalam bidang pelaburan saham ini. Selamat mencuba!

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply