Cara paling pantas semak baki Hotlink Prepaid: dail *100# pada telefon anda, atau buka aplikasi Hotlink untuk lihat kredit dan kuota data sekaligus.
Ini panduan bagi mereka yang menggunakan pelan prepaid dari Maxis. Di sini kami berkongsi cara check balance Hotlink Prepaid. Untuk mengelakkan situasi kehabisan kredit ketika kecemasan, selalu semak baki anda supaya kekal berhubung. Sekiranya baki tidak mencukupi, anda boleh memohon SOS topup, iaitu topup kecemasan pinjaman daripada Hotlink.
Cara check balance Hotlink Prepaid
Untuk menyemak baki akaun anda, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk berbuat demikian. Anda boleh semak baki akaun anda di aplikasi Hotlink ataupun menggunakan kod UMB. Di sini kami kongikan cara semak dengan tepat.1. Check balance Hotlink Prepaid melalui aplikasi Hotlink
- Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
- Pilih pada pautan iOS atau Android
- Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
- Baki Hotlink Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
- Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.
2. Check balance Hotlink Prepaid melalui kod UMB
- Di dial-pad telefon bimbit anda, dail *100#.
- Baki Hotlink Prepaid anda akan tertera di paparan skrin telefon bimbit anda.
- Sambungan internet tidak diperlukan untuk semak baki menggunakan cara ini.
Lebih cara untuk terus berhubung
Sekiranya anda kekurangan baki topup, ada dua cara lagi yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan topup di kala kecemasan selain daripada SOS topup.1. Ask-A-Topup
Dengan Ask-A-topup, anda boleh meminta kredit daripada orang yang dikenali dengan syarat, mereka juga menggunakan pelan Hotlink Prepaid. Hanya anda perlu request dan sekiranya mereka approve, kredit akan ditolak dari baki akaun mereka dan akan dimasukkan ke akaun anda. Anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.- Melalui aplikasi Hotlink
- Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
- Pilih pada pautan iOS atau Android
- Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
- Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
- Di halaman seterusnya, pilih Ask-A-Topup.
- Masukkan nombor telefon pemberi.
- Pilih jumlah anda mahu minta.
- Tekan Hantar.
- Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
- Melalui kod UMB
- Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*3#
- Masukkan nombor telefon pemberi.
- Masukkan jumlah yang anda mahu minta (RM1 - RM100 maksima).
- Tekan Hantar.
- Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
2. Share-A-Topup
Bagi Share-A-Topup pula, anda dibenarkan untuk berkongsi baki kredit anda kepada pengguna Hotlink Prepaid yang lain. Sama seperti servis Ask-A-Topup, anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.- Melalui aplikasi Hotlink
- Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
- Pilih pada pautan iOS atau Android
- Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
- Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
- Di halaman seterusnya, pilih Share-A-Topup.
- Masukkan nombor telefon penerima.
- Pilih jumlah anda mahu kongsi.
- Tekan Hantar.
- Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
- Melalui kod UMB
- Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*2#
- Masukkan nombor telefon penerima.
- Masukkan jumlah yang anda mahu kongsi (RM1 - RM100 maksima).
- Tekan Hantar.
- Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
Sekiranya proses penggunaan servis Hotlink Prepaid anda gagal, pihak Hotlink akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Hotlink di sini atau hubungi 03 7492 2123
Akhir kalam
Pihak kami berharap agar perkongsian cara check balance Hotlink Prepaid ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk kekal berhubung bersama orang tersayang.
Semoga bermanfaat.