Jika anda mempunyai masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau akibat pinjaman wang, anda boleh cuba cara daftar AKPK. Bagi yang tidak tahu, program ini boleh bantu kita untuk keluar dari kemelut hutang yang tidak berkesudahan.

Tidak perlu cerita panjang. Jemput baca langkah-langkah untuk mendaftar dan buat permohonan seperti di bawah. Jika sudah buat pendaftaran, boleh terus login AKPK.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara daftar AKPK

Untuk permulaan, berikut ialah cara daftar AKPK secara online:
  1. Layari laman web https://www.akpk.org.my
  2. Anda akan tiba di portal AKPK untuk login secara onlines ebagai Customer, Partner atau Organisation.
  3. Pada CUSTOMER LOGIN, tekan link Click here to login >.
  4. Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruangan untuk Password, tekan link New User? Register here. Pengguna Baru? Daftar di sini.
  5. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan. Pada ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda yang anda mahu gunakan untuk pendaftaran. Pilih NRIC untuk memasukkan nombor MyKad.
  6. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor MyKad anda (nombor kad pengenalan baru).
  7. Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda. Nama yang anda masukkan mestilah sama seperti nama anda yang tertera pada MyKad anda.
  8. Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Female (perempuan) atau Male (lelaki).
  9. Pada ruangan Date Of Birth, tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Kemudian, pilih tarikh lahir anda.
  10. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang masih aktif dan boleh dihubungi. Sebarang karakter selain nombor termasuk simbol “-“ tidak dibenarkan.
  11. Pada ruangan Email Address, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan.
  12. Baca Notis Privasi yang tertera di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan kenyataan, tick pada kenyataan di bawahnya.
  13. Kemudian, tekan butang Submit untuk meneruskan proses dan cara daftar AKPK secara
  14. Pendaftaran anda berjaya. Anda akan menerima emel daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun anda.
  15. Pergi ke emel anda dan dapatkan emel daripada AKPK. Dalam emel itu terkandung link untuk mengaktifkan akaun anda serta Login ID/Customer ID.
  16. Highlight link tersebut, Kemudian, right click pada mouse anda dan tekan Go to……”. Anda akan dibawa ke alamat untuk link
  17. Pada paparan seterusnya, akan tertera ruangan untuk Customer ID. Masukkan Customer ID/Login ID yang anda peroleh juga menerusi emel daripada AKPK tersebut.
  18. Kemudian, tekan butang Submit.
  19. Pada laman seterusnya, anda perlu mencipta password untuk akaun anda. Password anda mestilah alphanumeric(mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Tiada jarak dibenarkan. Panjang password anda mestilah antara 8-15 aksara.
  20. Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  21. Pada Confirm Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan di ruangan yang disediakan.
  22. Tekan butang Submit.
 

2. Cara login AKPK

Seterusnya, berikut ialah langkah-langkah untuk login AKPK:
  1. Kami andaikan pendaftaran anda berjaya
  2. Seterusnya, pada kotak pop-up berwarna hijau yang terpapar di skrin, tekan butang here untuk login ke akaun anda.
  3. Pada laman seterusnya, pada ruangan User ID, masukkan Login ID yang anda peroleh di emel anda. Anda mesti ingat Login ID ini kerana akan digunakan setiap kali anda ingin login ke akaun anda.
  4. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda telah cipta untuk akaun anda.
  5. Tekan butang LOGIN AKPK
  6. Login anda berjaya.
 

3. Cawangan AKPK di Malaysia

Jika anda sudah cuba cara daftar AKPK secara online seperti di atas, namun masih memerlukan kaunseling, sila hadirkan diri ke branch AKPK yang berhampiran.

Kuala Lumpur (KL)

Level 5 and 6, Menara Bumiputra Commerce Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 2616 7766 Fax: 603 2616 7601

*Berdekatan dengan Maju Junction

 

Shah Alam, Selangor

Bank Muamalat G1-3 Ground Floor PKNS Complex 40000 Shah Alam Selangor

*Kaunseling hanya pada hari Isnin sahaja

 

Johor Bahru

Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Bukit Timbalan 80720 Johor Bahru Tel: 607 221 0533 Fax: 607 221 0535

 

Melaka

Ground & Mezzanine Floor, No 179, Bangunan Munshi Abdullah Jalan Munshi Abdullah 75100 Melaka Tel: 606 292 1238 Fax: 606 292 1251

 

Seremban

Jabatan Insolvensi Malaysia Ground Floor Bangunan Tabung Haji Wisma Arab Malaysian Jalan Tuanku Munawir 70000 Seremban Negeri Sembilan

*Kaunseling hanya pada hari Selasa dan Rabu sahaja

 

Alor Setar, Kedah

No 11, Ground Floor, Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Kompleks Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar Kedah Darul Aman. Tel: 604 771 5773

 

Penang

Bangunan Bank Negara Malaysia No.27 Lebuh Light 10200 Penang Tel : 604 261 2246 Fax : 604 261 2243

 

Ipoh, Perak

Unit B-2-1 Greentown Square Jalan Dato’ Seri Ahmad Said 30450 Ipoh Perak Tel: 605 242 8319 Fax: 605 242 8452

 

Kuching, Sarawak

Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Satok 93720 Kuching Tel: 6082 414 910 Fax: 6082 414 960

 

Kota Kinabalu, Sabah

Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Lapan Belas 88000 Kota Kinabalu Tel: 6088 538 355 Fax: 6088 538 377

 

Kuantan, Pahang

G-02 Mahkota Square Jalan Mahkota 25000 Kuantan Tel: 609 513 3190 Fax : 609 513 3255

 

Kuala Terengganu

Bangunan Bank Negara Malaysia Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu Tel: 609 631 2797 Fax : 609 631 2801

 

Kota Bharu, Kelantan

PT5, Ground Floor Kota Indah, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Tel: 609 747 6968 Fax: 609 746 1085

Alang-alang sampai ke cawangan, selepas menerima kaunseling, adalah lebih baik untuk anda terus dapatkan borang permohonan AKPK.

 

Akhir kata

Jika masih lagi belum bersedia kerana malu untuk menghadirkan diri dan bersemuka dengan pegawai AKPK, sila hubungi hotline yang tertera seperti di atas.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar AKPK dan cara login AKPK ini dapat memudahkan lagi urusan kewangan anda.

Tidak ada siapa pun yang mahu terperangkap dalam kemelut hutang. Tapi, tindakan anda untuk buat pendaftaran dan permohonan dengan AKPK ada satu langkah bijak untuk masa hadapan yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.