Cara paling pantas untuk dapatkan no akaun Bank Rakyat anda adalah melalui iRakyat (perbankan internet di www.irakyat.com.my atau aplikasi iRakyat Mobile Banking), penyata akaun anda, ATM Bank Rakyat, atau dengan menghubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454.
Anda kehilangan no akaun Bank Rakyat, tiada pula simpanan di dalam handphone anda. Tidak mengapa, kami akan kongsikan beberapa cara dapatkan no akaun Bank Rakyat untuk anda.
Jom kita tengok.
Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di iRakyat
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di iRakyat, ianya lebih mudah. Anda boleh dapatkan no akaun anda di sini. Berikut adalah langkah-langkahnya:- Layari www.irakyat.com.my atau buka aplikasi iRakyat Mobile Banking.
- Masukkan Username anda. Security phrase akan tertera dan tekan Yes.
- Masukkan Password anda. Isikan huruf dan nombor sekuriti yang tertera.
- Tekan Login.
- Pilih My Account dan Account Info.
- Maklumat akaun dan nombor akaun anda akan terpapar.
Jika anda belum mempunyai akaun iRakyat, sila lihat cara daftar iRakyat yang kami kongsikan ini.
Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat melalui penyata akaun
Cara ini paling mudah jika anda masih menyimpan penyata akaun lama. Nombor akaun Bank Rakyat tertera di bahagian atas penyata akaun (bank statement). Anda juga boleh muat turun penyata elektronik (e-statement) melalui iRakyat tanpa perlu ke cawangan.
Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di ATM
Jika anda ingin mendapatkan no akaun di ATM, anda hanya perlu ke ATM Bank Rakyat dan ikuti langkah-langkah berikut:- Masukkan kad bank anda.
- Isikan nombor pin anda.
- Pilih Pertanyaan Baki.
- Pilih Jenis Akaun.
- Anda akan dapat melihat nombor akaun bank anda.
Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat melalui tele-Rakyat
Jika anda masih buntu untuk mendapatkan nombor akaun anda, sila gunakan tele-Rakyat. Tele-Rakyat ialah pusat panggilan pelanggan Bank Rakyat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk anda.Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan nombor akaun anda:
- Hubungi 1-300-80-5454 (7:30 pagi hingga 9:30 malam).
- Beritahu pegawai bank anda, anda perlukan nombor akaun.
- Pegawai akan meminta no kad pengenalan anda dan beberapa soalan untuk pengesahan.
- Anda akan diminta tunggu sebentar dan nombor akaun anda akan diberikan.
- Maklumat akaun.
- Melaporkan kehilangan kad ATM.
- Maklumat kadar semasa.
- Status permohonan pembiayaan.
- Pertanyaan dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan.
Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di cawangan
Jika anda ingin ke cawangan untuk dapatkan no akaun anda juga boleh. Mudah sahaja langkahnya:- Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
- Maklumkan kepada pegawai kaunter anda ingin tahu nombor akaun anda.
- Pegawai kaunter akan meminta kad pengenalan anda dan akan membuat pengesahan terlebih dahulu.
- Sekiranya pengesahan diterima, pegawai kaunter akan memberi nombor akaun anda.
Contoh nombor akaun Bank Rakyat
Nombor akaun Bank Rakyat terdiri daripada 10 digit. Format ini menggantikan format lama 12 digit selepas sistem Bank Rakyat dinaik taraf.Untuk semakan lanjut, sila hadir ke mana-mana cawangan berhampiran atau layari iRakyat di www.irakyat.com.my atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454.
Akhir kata
Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda sekiranya anda perlu.
kami juga ada kongsikan artikel mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan dan untuk blacklist.
Semoga bermanfaat.