Malaysian University English Test (MUET) adalah salah satu syarat wajib untuk anda diterima ke universiti pilihan anda.

Jadi pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda yang ingin mendaftar untuk mengambil ujian MUET tentang cara pendaftaran peperiksaan .

Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET anda boleh rujuk di laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Mendaftar Untuk Menduduki Ujian MUET

Bagi membantu persediaan anda untuk mengambil MUET kami akan berkongsi dengan anda artikel tentang tips untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang besar.

Baiklah terdapat dua jenis pendaftaran MUET yang boleh dilakukan, iaitu pendaftaran melalui sekolah/institusi, ataupun mendaftar sebagai calon persendirian.

Mendaftar Sebagai Calon Persendirian

Fasa 1 – Pembelian Nombor PIN MEC

  1. Semak dahulu kekosongan pusat ujian MUET, sebaiknya di pusat ujian MUET yang berhampiran dengan anda. Untuk menyemak kekosongan pusat ujian MUET, anda boleh layari laman web https://online.mpm.edu.my/utilityV2/availPusat2.jsp. Pusat ujian yang mempunyai kekosongan akan tertulis STILL AVAILABLE, manakala yang sudah penuh akan tertulis NOT AVAILABLE.
  2. Kemudian, anda perlulah membeli nombor PIN MEC. Terdapat dua kaedah pembelian nombor PIN MEC, iaitu melalui cawangan Bank Simpanan Nasional, ataupun secara online.
  3. Untuk pembelian di Bank Simpanan Nasional:
  4. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dengan anda.
  5. Sertakan wang RM 100 untuk membuat pembayaran. RM40 untuk yuran pendaftaran, dan RM60 untuk yuran mata pelajaran.
  • Sertakan juga RM1 sebagai caj daripada BSN untuk pembelian nombor PIN MEC.
  1. Anda akan mendapat nombor PIN MEC anda.
  2. Untuk pembelian nombor PIN MEC secara online pula:
  3. Layari laman web https://dapatpay.dapat.com/mpm/. Anda akan tiba di paparan Pembelian No Pin MPM.
  4. Beberapa ruang perlu diisikan. Pada ruangan No KP Calon/IC No Candidate, masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda sempang (Misalnya, 900101141234)
  • Kemudian, pada ruangan No Tel Bimbit/HP No, masukkan nombor telefon anda, juga tanpa tanda sempang.
  1. Pada ruangan Emel/Email, masukkan alamat emel anda. Pastikan alamat emel yang anda masukkan, alamat emel yang aktif, boleh diakses dan digunakan.
  2. Pada Pilih Servis/Choose Services, tick pada MUET.
  3. Terdapat dua butang untuk anda pilih di bawah. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran secara online banking, tekan butang FPX. Jika ingin buat pembayaran menggunakan kad kredit/debit, tekan butang yang tertera logo MasterCard dan VISA.
  • Sekiranya anda pilih FPX (online banking), pada Pilih Bank, pilih bank yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran, Seterusnya, pada Jumlah/Total (RM), masukkan jumlah pembayaran yang anda ingin lakukan. Anda perlu membayar sebanyak RM 100, di mana RM40 untuk yuran pendaftaran, manakala RM60 untuk yuran mata pelajaran. Kemudian, tekan butang Bayar. Lakukan sehingga proses pembayaran anda selesai, dan anda mendapat nombor PIN anda.
  • Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit, masukkan jumlah pembayaran RM100 pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Bayar. Selesaikan proses seterusnya sehingga anda memperoleh nombor PIN anda.

 

Fasa 2 – Pendaftaran MUET Online

  1. Cara pendaftaran peperiksaan MUET yang seterusnya, anda perlu layari laman web https://portal.mpm.edu.my/perkhidmatan-online, untuk ke portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Kemudian, terdapat beberapa link untuk ditekan. Di bawah tajuk MUET, tekan link Pendaftaran Online.
  3. Kemudian, bawah sub-tajuk PENDAFTARAN ONLINE STPM DAN MUET, tekan ikon untuk Calon Persendirian.
  4. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah sedikit, dan tekan butang DAFTAR PENGGUNA.
  5. Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi pendaftaran anda. Pada Jenis pengenalan diri, pilih Nombor Kad Pengenalan Baru.
  6. Pada ruangan untuk pengenalan diri, masukkan nombor kad pengenalan baru anda, dan disertakan dengan tanda sempang (Misalnya, 900102-05-8076)
  7. Pada ruangan Nama penuh calon, masukkan nama penuh anda. WAJIB sama seperti yang tertera pada kad pengenalan anda.
  8. Pada ruangan E-mel, masukkan alamat emel anda yang aktif, boleh diakses dan digunakan.
  9. Pada ruangan Kata laluan, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai maksimum panjang 8 aksara/huruf sahaja.
  10. Pada ruangan Pastikan kata laluan, sahkan kata laluan anda dengan memasukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Anda diingatkan untuk menggunakan kata laluan dan no. pengenalan diri sebagai pengguna ID untuk mengakses sistem.
  11. Tekan butang Simpan.
  12. Kemudian, log masuk semula ke sistem dengan memasukkan nombor pengenalan diri (nombor kad pengenalan) anda di ruangan Pengguna ID.
  13. Pada ruangan Katalaluan, masukkan password untuk akaun anda.
  14. Anda boleh tick pada Ingat Katalaluan Saya, sekiranya anda ingin sistem memasukkan kata laluan anda secara automatik di ruangan.
  15. Tekan butang Log Masuk.
  16. Setelah anda dapat akses ke akaun, pada laman tersebut, tekan butang Peperiksaan berwarna kelabu di bahagian atas.
  17. Kemudian, pada bahagian kiri skrin, tekan butang Peperiksaan. Akan keluar sub menu. Tekan butang Pendaftaran Calon Peperiksaan.
  18. Kemudian, pada laman seterusnya, pilih Pendaftaran MUET.
  19. Kemudian, pada ruangan No pin MEC, masukkan nombor PIN MEC yang telah anda beli secara online, ataupun di kaunter BSN.
  20. Pada laman seterusnya, beberapa ruang perlu diisikan. Pada Nama Calon, masukkan nama penuh anda.
  21. Pada Jenis pengenalan diri, pilih Nombor Kad Pengenalan Baru. Kemudian, pada pengenalan diri, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  22. Pada Jantina, pilih jantina anda.
  23. Pada Umur, masukkan umur semasa anda.
  24. Pada Kaum, sila pilih kaum anda.
  25. Pada Gred Bahasa Inggeris, sila pilih gred kertas Bahasa Inggeris untuk SPM anda. (Ataupun untuk mana-mana peperiksaan awam lain seperti yang tertera di ruangan.
  26. Pada Pusat Pengajian (jika masih menuntut), masukkan nama pusat pengajian anda terkini sekiranya anda masih belum tamat belajar di situ.
  27. Pilih Ya atau Tidak untuk Calon Istimewa.
  28. Pada Alamat Surat Menyurat, masukkan alamat penuh rumah/alamat yang bersesuaian untuk segala urusan menghantar surat kepada anda.
  29. Pada Poskod, masukkan poskod alamat anda.
  30. Pada Bandar, masukkan bandar tempat anda menetap.
  31. Pada Negeri, masukkan negeri anda menetap yang terkini, serta masukkan Daerah tempat anda menetap.
  32. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh digunakan untuk menjawab/membuat panggilan pada ruangan No telefon bimbit.
  33. Pada No telefon, masukkan nombor telefon rumah (sekiranya ada).
  34. Pada E-mel, masukkan alamat emel anda.
  35. Pada Negeri dipilih dan Daerah dipilih, masukkan negeri dan daerah untuk pusat ujian yang menjadi pilihan anda untuk menduduki ujian MUET.
  36. Pada Pusat dipilih, pilih pusat ujian yang tertera. Pusat ujian yang tertera adalah berdasarkan negeri dan daerah yang anda pilih.
  37. Scroll ke bawah, dan tekan butang Simpan.
  38. Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat pendaftaran anda. Semak semula maklumat yang tertera.
  39. Sekiranya ada pembetulan, tekan butang Kemaskini. Jika tiada, tekan butang Cetak Slip Pendaftaran, untuk mencetak slip anda.
  40. Pendaftaran anda berjaya.

Kesimpulannya, cara pendaftaran peperiksaan MUET amatlah mudah.

Pastikan anda kenal pasti tarikh yang diumumkan untuk menduduki ujian MUET. Kemudian, beli nombor PIN di BSN atau secara online.

Seterusnya, buatlah pendaftaran anda secara online. Anda juga perlu sentiasa update dengan portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, untuk mengetahui maklumat-maklumat lain yang akan diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia kepada semua calon yang akan menduduki MUET, seperti penangguhan peperiksaan MUET untuk Speaking Test, dan sebagainya.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara pendaftaran MUET ini dapat memudahkan lagi urusan pendaftaran MUET anda. Sebagai seorang pelajar jangan pernah berputus asa atau mengalah dalam pelajaran kerana tanpa pelajaran kita tidak akan pergi jauh di dalam kehidupan kita.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply