Banyak juga kami terima soalan mengenai cara renew kad Bank Islam yang tepat. Kami juga sedia maklum tentang perkara ini kerana kad Bank Islam tak boleh ditukar dengan mudah seperti tukar kad Maybank dan bank-bank yang lain.

Habis itu, apa kaedah yang betul? Jangan risau. Kami ada sediakan jawapannya di sini. Jom baca perkongsian kami.

Kenapa kena renew kad Bank Islam?

Anda disarankan untuk renew kad Bank Islam anda dengan kadar segera adalah bagi mengelakkan sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan kad Bank Islam anda mengalami masalah atau tergendala.

Cara renew kad Bank Islam di kaunter

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana renew kad Bank Islam anda di cawangan Bank Islam:

  1. Bawa IC serta kad bank anda yang lama atau sudah expired.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu seketika sehingga tiba giliran anda.
  4. Apabila sudah sampai giliran anda, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  5. Di kaunter tersebut, nyatakan kepada kakitangan bertugas bahawa anda nak renew kad Bank Islam.
  6. Kemudian, ikuti permintaan dan arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses renew kad anda sehingga selesai.
  7. Akhir sekali, kad Bank Islam anda akan berjaya diperbaharui.
  8. Tamat.

Boleh renew kad secara online?

Untuk pengetahuan anda, sebarang urusan berkaitan pertukaran atau renew kad Bank Islam hanya boleh dilakukan di cawangan Bank Islam sahaja.

Oleh itu, sebarang proses kemaskini kad Bank Islam tidak boleh dibuat secara online walaupun melalui laman web vao.bankislam.com.my.

Ada pertanyaan lanjut tentang renew kad Bank Islam?

Sekiranya anda masih ada persoalan berkenaan renew kad Bank Islam atau hal-hal lain yang memerlukan bantuan daripada pihak Bank Islam sendiri.

Anda boleh mencapai mereka dengan menghubungi talian 03-26-900-900 bagi mendapatkan maklum balas dan tindakan susulan.

Akhir kata

Kesimpulannya, nak renew kad Bank Islam hanya boleh menggunakan 1 cara saja. Memang agak menyusahkan sebenarnya. Tapi, mungkin ini adalah salah satu alternatif oleh pihak Bank Islam untuk memastikan keselamatan data pelanggan mereka terus dilindungi.

Jadi, nak atau tak nak. Terpaksalah kita akur.

Akhir sekali, buat anda yang mungkin juga merupakan pelanggan BSN. Suka untuk kami ingatkan supaya anda kemaskini nombor telefon BSN anda jika anda dah pakai nombor baru. Jangan buat diam saja.

Nanti tak dapat TAC number susah pula.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply