Kredit Digi Prepaid habis dan tiada cara nak tambah nilai? Dail *118*3# untuk pinjam kredit melalui perkhidmatan Talktime Advance CelcomDigi. Inilah cara SOS topup Digi yang terkini selepas penggabungan Celcom dan Digi.
Kod lama *128# yang dahulu digunakan untuk Talktime Advance sudah tidak berfungsi untuk tujuan ini. Semua permohonan pinjam kredit kini melalui menu *118# atau aplikasi CelcomDigi.
Sedikit mengenai SOS topup Digi
SOS ialah kependekan yang merujuk kepada permintaan pertolongan semasa kecemasan.
Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink. Namun, ramai pengguna Digi, Celcom dan U Mobile turut memanggil servis pinjam kredit mereka sebagai SOS topup.
Dalam terma rasmi Digi Prepaid, servis ini dipanggil Talktime Advance. Bagi pelanggan Celcom pula, namanya Pendahuluan Kredit (Credit Advance). Selepas penggabungan, kedua-duanya diuruskan oleh CelcomDigi melalui kod dail yang sama.
Cara SOS topup Digi melalui kod dail *118#
Ikut langkah ini untuk pinjam kredit Digi Prepaid:
- Dail *118*3# untuk terus membuat permohonan Talktime Advance.
- Sebagai pilihan lain, dail *118# dan tunggu menu utama keluar.
- Pilih Talktime Advance & Services.
- Kemudian pilih Get Talktime Advance.
- Sahkan permohonan anda. Jika layak, kredit pendahuluan akan dimasukkan ke dalam akaun anda.
- Anda akan menerima SMS pengesahan yang menyatakan jumlah pinjaman berserta caj perkhidmatan yang perlu dibayar balik.
Sebelum memohon, anda boleh check baki Digi dengan dail *126# untuk pastikan kredit anda memang sudah hampir habis.
Pinjam kredit melalui aplikasi CelcomDigi
Aplikasi MyDigi sudah digantikan dengan aplikasi CelcomDigi. Untuk pinjam kredit melalui aplikasi:
- Log masuk aplikasi CelcomDigi.
- Pergi ke bahagian Your Essentials dan tekan View All.
- Di bahagian Reload, pilih Talktime Advance.
- Ikut arahan pada skrin untuk lengkapkan permohonan.
Jumlah pinjaman, syarat dan caj
Beberapa perkara penting mengenai Talktime Advance Digi:
- Jumlah tidak tetap. CelcomDigi menentukan jumlah yang ditawarkan berdasarkan kelayakan setiap pelanggan, termasuk corak tambah nilai dan sejarah penggunaan talian.
- Caj perkhidmatan dikenakan. Jumlah penuh yang perlu dibayar balik (kredit pinjaman campur caj) dinyatakan dalam SMS pengesahan. Caj ini tidak akan dikembalikan.
- Bayaran balik automatik. Apabila anda tambah nilai selepas itu, jumlah tertunggak akan ditolak terus daripada topup tersebut. Anda boleh memohon semula selepas semua tunggakan dilangsaikan.
- Tempoh sah talian dilanjutkan apabila permohonan diluluskan.
- Internet tidak diaktifkan jika talian anda sudah tidak aktif. Pendahuluan kredit hanya membantu talian yang masih aktif.
Akhir kata
Servis pinjam kredit ini memang memudahkan ketika kecemasan, tetapi ingat bahawa setiap pinjaman datang dengan caj perkhidmatan. Gunakan Talktime Advance hanya apabila anda betul-betul memerlukannya, dan tambah nilai seberapa segera untuk melangsaikan tunggakan.
Semoga bermanfaat.