Tengah cari cara nak cetak penyata AmBank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara cetak penyata AmBank online

Untuk dapatkan penyata Ambank, kau perlu ada internet banking Ambank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Ambank:

  1. Pergi ke website AmBank di sini: https://ambank.amonline.com.my/web/
  2. Pastikan anda berada di laman utama internet banking AmBank
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan gambar keselamatan iaitu Security Image yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard AmOnline
  9. Klik Savings/Current Accounts
  10. Klik eStatement
  11. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  12. Download statement AmBank yang dikehendaki
  13. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  14. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  15. Tekan butang Print
  16. Selesai

Kalau baki duit simpanan Ambank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam mana nak cetak penyata mini AmBank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Ambank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM Ambank kau
  2. Pilih Bahasa
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan
  7. Pilih Penyata Ringkas
  8. Tunggu sebentar
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  10. Selesai

 

Nak muat turun penyata AmOnline guna app boleh tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Ambank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Ambank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Ambank sendiri.

  • Untuk iPhone, sila muat turun aplikasi AmOnline melalui App Store
  • Untuk Android, sila muat turun aplikasi AmOnline melalui Google Play

 

Penting ke e-statement AmBank terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Ambank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat apa-apa permohonan, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Ambank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Ambank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Ambank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement AmBank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply