Tengah cari cara nak cetak penyata Bank Muamalat ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat. Aku tahu kau nak tengok transaction history dalam statement akaun Bank Muamalat kau.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara cetak penyata Bank Muamalat online

Untuk dapatkan penyata Bank Muamalat, kau perlu ada internet banking Bank Muamalat. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Bank Muamalat:

  1. Pergi ke website Bank Muamalat di sini: https://www.i-muamalat.com.my.
  2. Pastikan kau berada di laman utama internet banking Bank Muamalat.
  3. Login i-muamalat.com.my seperti biasa.
  4. Masukkan Username.
  5. Sahkan Chosen Image seperti yang terpapar.
  6. Masukkan Password.
  7. Tekan butang Login.
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard i-Muamalat online.
  9. Klik My Accounts > Accounts Summary.
  10. Pilih akaun kau seperti yang terpapar.
  11. Klik Transaction History.
  12. Pilih tempoh transaksi yang dikehendaki melalui View Transaction For.
  13. Jika tidak, pilih bulan dan tarikh seperti yang dikehendaki.
  14. Download statement MBSB Bank yang dikehendaki.
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF.
  16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak.
  17. Tekan butang Print.
  18. Selesai.

Kalau baki duit simpanan Bank Muamalat kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam mana nak cetak penyata Bank Muamalat mini di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Bank Muamalat, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM Bank Muamalat kau.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham.
  4. Masukkan PIN.
  5. Pilih Lain-lain Urusniaga / Others.
  6. Pilih Khidmat Penyata/ Statement Bank.
  7. Pilih Penyata Mini.
  8. Pilih Cetak.
  9. Tunggu sebentar.
  10. Penyata ringkas akan dicetak keluar.
  11. Selesai.

 

Nak muat turun penyata app i-Muamalat boleh tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Bank Muamalat menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Bank Muamalat pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau kau nak cuba, silakan download app Bank Muamalat sendiri.

  • Untuk iPhone, muat turun aplikasi i-Muamalat Mobile di Apple App Store
  • Untuk Android, muat turun i-Muamalat Mobile di Google Play

 

Penting ke e-statement Bank Muamalat terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Bank Muamalat memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Bank Muamalat.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Bank Muamalat yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Bank Muamalat, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Bank Muamalat secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply