Tengah cari cara nak cetak penyata OCBC Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara cetak penyata OCBC Bank online

Untuk dapatkan penyata OCBC Bank, kau perlu ada internet banking OCBC Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata OCBC Bank:

  1. Pergi ke website OCBC Bank di sini: https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/
  2. Pastikan kau berada di laman utama internet banking OCBC Bank
  3. Login internet.ocbc.com.my/internet-banking/ seperti biasa
  4. Masukkan Login ID
  5. Sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard OCBC Internet
  9. Klik Your Accounts
  10. Klik View e-Statements
  11. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  12. Download statement OCBC yang dikehendaki
  13. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  14. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  15. Tekan butang Print
  16. Selesai

Kalau baki duit simpanan OCBC Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam mana nak cetak penyata mini OCBC Bank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web OCBC Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM OCBC Bank kau
  2. Pilih Bahasa
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan
  7. Pilih Penyata Ringkas
  8. Tunggu sebentar
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  10. Selesai

 

Nak muat turun penyata OCBC Malaysia guna app boleh tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata OCBC Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web OCBC Bank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau kau nak cuba, silakan download app OCBC Bank sendiri.

 

Penting ke e-statement OCBC Bank terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata OCBC Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat apa-apa permohonan, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata OCBC Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata OCBC Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini OCBC Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement OCBC Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply